Labels

Showing posts with label ron95. Show all posts
Showing posts with label ron95. Show all posts

Sunday 27 February 2011

Doraemon : - Tak Boleh Kata Apa-Apa Ker????

p/s : - bersiap sedia lah kawan kawan... penyelarasan harga minyak petrol pasti tiba selepas PRK nanti... Tungguuuuuuu !!! Kalau tak naik... bukan BN nama nyer.... 


PM: K'jaan tak cadang naikkan harga RON95
Salhan K Ahmad
Feb 25, 11

Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak dapat menjangka sekiranya harga minyak akan terus terjejas ekoran keadaan politik yang tidak stabil di Timur Tengah.

Katanya, kerajaan bagaimanapun akan terus menyemak harga berkenaan untuk masa akan datang.

"Kita akan semak. Saya tak boleh kata apa-apa untuk masa akan datang.

"Maksudnya untuk masa ini kita tidak ada cadangan untuk naikkan harga minyak.

"Kalau keadaan di Timur Tengah ini dapat reda cepat, jadi dia akan menurun. Jadi harga RON98 akan menurun. Itu yang kita janjikan," katanya.

Jelasnya, kerajaan hanya mengawal harga RON95 yang ditetapkan dengan subsidi kerajaan.

"Kita akan pantau keadaan ini. Buat masa ini tidak ada langkah untuk kita menaikkan harga minyak RON95. RON97 diapung mengikut harga pasaran.

"(Bagi) RON95, harga yang ditetapkan kerajaan mengikut jumlah subsidi yang begitu besar.

"Kita peruntuk subsidi RM10.3 bilion dalam bajet tahun ini tapi kalau tidak ada perubahan harga, jumlah subsidi kita akan meningkat dengan agak ketara," katanya.

Baca Berita Penuh ..

Monday 31 January 2011

Minyak : - Harga Minyak Ron97 Naik 0.10...

Terima kasih orang Tenang.....terima kasih penjilat.. terima kasih pencacai...

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut seorang sumber kerajaan. 

Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya). 

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.
 
Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini. 

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

psst : - RON 95 petrol termurah di Mesia sekarang, diguna majoriti rakyat marhain.. TAPI... jangan aksiden, kereta senang terbakar. 
Ramai member aku yang keje pomen bagitahu.

Baca Berita Penuh ..

Saturday 8 January 2011

Minyak : - Harga Minyak Dunia Turun!!!

Nah Lagu Ni Aku Bagi Untuk UMNO...Hehehe........ 

Harga minyak dunia turun tetapi kerajaan BN naikkan harga minyak!!!!Memang kerajaan kenakan rakyat dulu.Rakyat diperbodohkan!!!!

 Crude Oil 89.17 - 0.23%
Natural Gas 4.60 - 1.50%
Gasoline 2.38 - 1.42%
Heating Oil 2.50 - 0.28%
Gold 1381.79 + 0.02%
Silver 29.51 - 0.97%
Copper 4.34 - 0.55%



Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat