Labels

Showing posts with label samseng jalan kebun. Show all posts
Showing posts with label samseng jalan kebun. Show all posts

Wednesday 25 January 2012

Samseng Jalan Kebun Atau Budak Hingusan Ditahan Polis

Polis menahan seorang lelaki untuk membantu siasatan berhubung kejadian gangguan terhadap majlis ceramah pergerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Shah Alam, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob ketika dihubungiMalaysiakinitengahari ini, mengesahkan perkara tersebut.
Menurutnya, lelaki tersebut ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 148, Kanun Keseksaan. Seksyen berkaitan kesalahan membawa senjata dalam rusuhan.
Katanya, beliau akan mengadakan sidang akhbar di ibupejabat polis Shah Alam jam 4 petang ini mengenai perkembangan selanjutnya siasatan kes berkenaan.

Dalam kejadian pada 21 Januari lalu, ceramah ABU di Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Shah Alam di Jalan Kebun itu, terpaksa ditunda selepas diganggu sekumpulan lelaki yang dilapor bersenjatakan kayu dan topi keledar.

Rupa Samseng Jalan Kebun Terganasa Dan Digeruni
Akibat serangan tersebut, seorang lelaki berusia 33 tahun mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital. Mangsa kini dilaporkan stabil dan masih trauma dengan kejadian tersebut.
Sementara itu,Sinar Harian Online melaporkan lelaki itu berusia lewat 20-an selepas dikenal pasti antara yang menimbulkan kekecohan.

Ia memetik ACP Zahedi sebagai berkata, pihaknya sedang mengenal pasti beberapa suspek lagi dan siasatan sudah mula dijalankan selepas kejadian tersebut berlaku.

“Tangkapan susulan akan dibuat selepas ini kerana dipercayai kekecohan ini ditimbulkan oleh beberapa individu yang dikenal pasti orang awam yang hadir,” katanya.
Beliau berkata, ceramah yang dianjurkan itu tidak dimaklumkan kepada pihaknya tetapi keadaan dapat dikawal selepas anggota polis tiba di tempat kejadian.

Zahedi juga menegaskan, tidak berlaku sebarang kerosakan di dalam atau luar dewan ketika kejadian termasuk dakwaan gerai yang dimusnahkan oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali.

Menurutnya, empat laporan diterima selepas kejadian tersebut dan hasil daripada laporan, pihaknya mengambil tindakan dan membawa kepada penahanan seorang suspek untuk siasatan.

psst...Betl ker Ditahan??? Kang Kena Ugut Ngan Ah Jib Gor, Mamat Tu terus dibebaskan...

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat