Labels

Showing posts with label chua soi lek hina islam. Show all posts
Showing posts with label chua soi lek hina islam. Show all posts

Monday 20 February 2012

Najib Dinobatkan Juara Hipokrit Oleh Akhbar Unggul AS

Senyapnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak! Walaupun dunia menggeleng-gelengkan kepalanya ke atas skandal Media FBC, di mana pentadbiran beliau menggunakan wang pembayar cukai Malaysia untuk ‘membeli’ penyebutan nama yang menggalakkan di waktu perdana televisyen antarabangsa, Najib tidak didengar atau dilihat pun. Mungkin dia menyembunyikan kepalanya kerana malu tetapi menurut rekodnya yang lepas, PM Malaysia tidak mudah sesal atau rasa bersalah.


Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman web BBC, penyiar berkata “sebilangan kecil” program-program yang disiarkan di BBC World News antara Februari 2009 dan Julai 2011, tidak mengikuti peraturan dalaman yang bertujuan untuk melindungi integriti editorial.

“Peraturan-peraturan ini memastikan program adalah percuma, dan dilihat bebas dari tekanan komersial atau tekanan lain dari luar,” kata kenyataan tersebut.

Hubungan ekonomi



Klik ''Baca Berita Penuh'' Untuk Sambungannya



Baca Berita Penuh ..

Wednesday 1 February 2012

Jangan Jadi Ulama Pengampu!!!

Lu semua tengok video ni, Si Ulama ni cakap tak serupa bikin

Dan Tonton Video Ni

Ulama ini akan hadir dengan seribu satu alasan, iaitulah alasan mengapa UMNO tidak boleh ditentang atau dihina. Dari isu protes hinggalah ke isu pemakaian baju kuning. Maka keluarlah seribu satu ayat dan seribu satu hadis merekrut Tuhan demi masa depan orang Islamlah kononnya. Orang ramai kembali percaya dengan UMNO. Kerana UMNO tidak lagi mencaci atau mempermainkan agama Islam seperti zaman pemerintahan Mahathir.


Ulama muda cari makan UMNO ini cuba memperlihatkan mengenai kelebihan bersatu dengan UMNO daripada menentang UMNO. PAS diajak meninggalkan DAP dalam Pakatan Rakyat demi hayat perjuangan umat Islam di Malaysia.

Ulama muda cari makan UMNO ini dikatakan sedang berjuang dari dalam. Ramai yang mempercayai akan perkara ini. Akan tetapi lupakah kita bila mana Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu berjuang dari dalam UMNO? Sehingga menduduki kerusi nombor dua negara? Apa jadi pada beliau hari ini?

Andai kata PAS termakan ajakan UMNO untuk bergabung. Maka jelaslah bahawa formula UMNO di zaman Najib ini seperti berikut:-

UMNO + PAS + MIC + MCA = BN

AzrinRen : Kalau lu dah banyak ilmu tentang agama, hukum hakam agama, sistem agama dan lain-lain perundangan agama. Lu harus berdakwah secara berhemah bukan jadi pengampu. Lu dengan cara lu tu membolehkan orang ramai hilang hormat sama lu, Lu ni seolah-olah nak kata UMNO semua batul dan nak tutup pekong busuk mereka. Lu ambil contoh macam ustaz azhar idrus tu. Semua orang hormat dia sebab sikap dia bukan orang yang kuat pengampu macam lu. Gua dari dulu memang tak suka pergi tengok kuliah lu. Lebih baik gua pergi tengok kuliah mantan mufti datuk asri zainul abidin, mufti perlis dr juanda jaya dan ustaz nazim daripada tengok kuliah lu. 

Kepada umum, nabi kita adalah nabi muhammad rasulullah s.w.t, jadi kita harus mengikut hukum sunnah nabi dan melihat bagaimana cara nabi berdakwah. Bukan macam si ustaz ni.Kuat mengampu, Selepas masuk UMNO semua dia cerca marba tanpa mencermin diri sendiri. Sekian.

psst....Mahathir arah polis bunuh orang islam di memali ada lu bersuara?? hassan ali perguna agama untuk mensabotaj pentadbiran selangor, ada lu bersuara??

Baca Berita Penuh ..

Thursday 26 January 2012

Takutkan Cina : Chua Soi Lek DibiDAS,

Cuba takutkan Cina: DHPP bidas Soi Lek

KUALA LUMPUR, 26 Jan: Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek ternyata tidak berasas dan menyimpang jauh dengan realiti sebenar yang berlaku dalam masyarakat, terutama membabitkan kaum Cina di negara ini.

Bahaya Juga Mat Sex Ni...

Sebaliknya, sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional (BN) ternyata semakin merosot berbanding sokongan yang diberikan oleh mereka terhadap Pakatan Rakyat yang semakin meningkat dari sehari ke sehari.
Naib Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, Vincent Lee (gambar di atas) menegaskan, bagi PAS sendiri lebih-lebih lagi dengan adanya DHPP, sokongan kaum Cina terhadap PAS ternyata semakin kuat.

Menurutnya, perkembangan tersebut berlaku ekoran orang-orang Cina di negara ini ternyata semakin faham dengan perjuangan PAS untuk menegakkan Islam yang pasti akan memberikan keadilan kepada semua penduduk di negara ini dan ketelusan.

Katanya, dalam masa yang sama, sokongan orang-orang Cina terhadap DAP turut meningkat, sejajar dengan perjuangan parti itu yang juga untuk keadilan dan ketelusan bersama-sama dengan PAS.
"PAS adalah satu-satunya parti di negara ini yang berlandaskan agama iaitu Islam, manakala pada asasnya pula setiap agama memperjuangkan keadilan dan ketelusan.
"Itulah yang menyebabkan orang-orang Cina turut menyokong PAS, lebih-lebih lagi dengan adanya DHPP yang menjadi jambatan antara PAS dan orang bukan Islam," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

Chua Soi Lek ketika membangkitkan isu mengenai undang-undang Islam di negara ini mengatakan bahawa masyarakat Cina kini mula kembali ke pangkuan BN kerana mereka sedar sokongan mereka kepada DAP akan membuka jalan kepada PAS untuk berkuasa.
“PAS yang akan menjadi parti dominan. PAS yang akan memberi arahan, PAS yang akan memerintah jika mereka (pembangkang) berkuasa.

“Ini adalah sesuatu yang komuniti Cina perlu sedar - pengundi DAP berikan kuasa kepada DAP, memperkuatkan DAP (dan) membuka jalan kepada PAS yang akan berkuasa di peringkat pusat,” katanya seperti yang dilaporkan media semalam.

Bekas Menteri Kesihatan itu berkata, PKR tidak mampu bersaing dengan parti Islam itu dalam soal organisasi, disiplin parti dan yang lebih penting, kesetiaan ahli sambil menyifatkan parti itu lebih lemah dalam gabungan tiga parti tersebut dalam Pakatan Rakyat.
Menurut Vincent, bagi orang-orang Cina di Malaysia sekarang, mereka tidak lagi boleh dipengaruhi dengan kenyataan yang bukan-bukan dari Umno BN yang memburuk-burukkan PAS kerana perjuangan PAS sudah difahami oleh mereka.

"Begitu juga jika mereka menggunakan isu hukum hudud. Ini sudah tidak memberikan sebarang kesan buruk bagi sokongan orang-orang Cina terhadap PAS kerana semua itu sudah difahami dengan jelas oleh orang-orang Cina setelah mereka memahami perjuangan PAS.
"Malah jika isu hukum hudud ditimbulkan, masyarakat Cina pasti akan tahu dengan sendirinya bahawa pilihanraya sudah semakin dekat kerana isu mengenai hukum hudud akan ditimbulkan oleh Umno BN setiap kali menjelang pilihanraya.

"Dengan itu, orang-orang Cina dengan sendirinya akan lebih bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya dengan memberikan sokongan kepada PAS," jelasnya.
Begitu juga jika ditimbulkan isu kononnya DAP perkudakan PAS, tambahnya, juga tidak akan berhasil kerana orang-orang Cina sendiri tahu realiti sebenarnya dalam Pakatan Rakyat.
Katanya, setelah gagal mempengaruhi orang-orang Cina dengan isu-isu seperti itu, kini Soi Lek pula membangkitkan perkara itu untuk menghalang sokongan orang Cina terhadap DAP dan PAS, tetapi ia tetap juga tidak berhasil.

"Orang-orang Cina sendiri sudah tahu dalam Pakatan Rakyat berbeza dengan BN yang tidak terdapat parti yang dominan. Sebaliknya dalam Pakatan Rakyat semua parti mempunyai peranan yang selari," tegasnya.

"Perkara itu tidak berlaku dalam BN kerana Umno yang menjadi parti dominan dalam BN. Jadi jika benar itulah yang menjadi puncanya, Soi Lek kenalah berikan alasannya, bukannya dengan hanya mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana kenyataan Soi Lek itu hanyalah kenyataan politik dan tidak tepat sama sekali," katanya.

Beliau juga menegaskan, kerjasama erat antara DAP dan PAS sememangnya sudah tidak boleh dinafikan oleh sebarang pihak, malah sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa atau mencapai kemenangan dalam PRU Ke-13, DAP telah berjanji untuk terus memberikan sokongan kepada Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin dari PAS untuk menjadi Menteri Besar Perak. -HD
Sokongan Cina kepada DAP akan beri PAS kuasa, kata Soi Lek

KUALA LUMPUR, 25 Jan — Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membangkitkan isu undang-undang Islam di Malaysia, mengatakan masyarakat Cina mula kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN) kerana mereka sedar sokongan kepada “DAP akan membuka jalan kepada PAS untuk berkuasa.”
“PAS menjadi parti dominan. PAS yang akan memberi arahan, PAS yag akan memerintah jika mereka (pembangkang) berkuasa.

“Jika mereka berkuasa, PAS akan memerintah,” kata Presiden MCA kepada The Malaysian Insider dalam temubual ekslusif minggu lalu.
Dr Chua menegaskan ia adalah fakta dan menafikan ia hanya strategi untuk meraih semula sokongan komuniti Cina pada pilihan raya umum akan datang.

“Ini adalah sesuatu yang komuniti Cina perlu sedar - pengundi DAP berikan kuasa kepada DAP, memperkuatkan DAP (dan) membuka jalan kepada PAS, yang akan berkuasa di peringkat pusat,” katanya.

Dr Chua mengingatkan PAS “hari kemenangan” akan berlalu dengan pantas dan mentertawakan sebarang kemungkinan PKR akan menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat.
Katanya, PKR tidak mampu bersaing dengan parti Islam itu dalam soal organisasi, disiplin parti dan yang lebih penting, kesetiaan ahli, menyifatkan parti itu lebih lemah dalam gabungan tiga parti itu.
Bekas menteri kesihatan ini berkata PKR berkeyakinan dalam mengetuai barisan pembangkang ke Putrajaya namun ia telah menghadapi masalah dalaman iaitu “pembelot” dari pemimpin penting mereka.

“PKR mungkin satu-satunya parti di dunia yang begitu yakin dapat menawan Putrajaya, satu-satunya parti yang mendakwa akan menang tetapi mempunyai banyak masalah.
“Ia satu-satunya parti yang mempunyai paling ramai ahli meninggalkan parti, 50 pemimpin utama meninggalkan PKR termasuk 12 atau 13 wakil rakyat yang secara terbuka mengatakan mereka kecewa dengan PKR,” kata Dr Chua.

Pada pilihan raya umum 2008, wakil rakyat PKR paling ramai di Parlimen dengan 31 orang, berjaya menawan lima negeri dan memperoleh 83 kerusi Parlimen bersama Pakatan Rakyat.
Namun PKR berdepan dengan satu persatu “pembelot” dalam parti itu selepas pilihan raya umum 2008.

Kemudian PKR gagal mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor dalam pilihan raya kecil sebelum enam ahli Parlimen mereka berindak keluar parti dan kini menyebabkan DAP mempunyai jumlah yang paling besar di Parlimen dengan 28 orang.

Untuk mengelakkan kejadian sama berulang Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu akan meletakkan 40 peratus calon baru dengan membariskan profesional dan aktivis. -TMI


psst...Islam dihina...mana pi panglima ludah ngan baharom rempit tu???

Baca Berita Penuh ..

Friday 6 January 2012

Nasihat Azwan Ali Untuk UMMI HAFILDA Dan BARISAN NASIONAL



KUALA LUMPUR - Ummi Hafilda Ali, saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 berjanji akan mendedahkan rahsia dahsyat kepimpinan atasan Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau trio 'bateri 3A' sekiranya mereka tidak bertaubat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Ummi memberi amaran itu kerana beliau tidak sanggup melihat trio berkenaan iaitu Anwar, isterinya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan abangnya sendiri, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali terus mengelirukan rakyat dengan dakyah demi kepentingan politik mereka.

"Hari ini mereka panggil polis anjing tetapi semasa Anwar berkuasa pada 1997, dia guna 50 orang polis untuk menangkap saya, jadi orang muda terutama mahasiswa perlu tahu siapa yang buat salah laku dan salah guna kuasa.

"Wan Azizah mempunyai pengaruh untuk menasihatkan suami kembali ke pangkal jalan, jangan sampai saya serta 'geng' iaitu (Datuk) Nallakaruppan, (Datuk) Zulkifli Noordin dan Rahimi Osman dedahkan perkara sampai nanti mereka (3A) tidak boleh angkat kepala. Kami merayu mereka kembali ke pangkal jalan," katanya. - Utusan


Kesan daripada ugutan Ummi Hafilda yang tidak habis-habis dengan 'pendedahan' demi pendedahan. Hari Jumaat yang mulia ini, Azwan Ali telah menjawab pertuduhan Ummi Hafilda itu dengan nasihat-nasihat khas kepada Betina Neraka (BN) yang dipercayai ditujukan kepada Ummi Hafilda supaya menghentikan kerja-kerja mengaibkan orang dan juga kepada orang ramai supaya tidak mempercayainya.

Azwan Ali juga turut menasihatkan Barisan Nasional agar tidak bekerjasama dengan Betina Puaka semata-mata untuk memenangi PRU-13 dalam kerja-kerja mengaibkan orang.

 psst....Ummi nak bongkar apa pasni??? nak bongkar ker atau nak kencing???



Baca Berita Penuh ..

Wednesday 4 January 2012

Siti Fatimah 18A Terus Cemerlang Di UK


From GB : Bekas Pelajar Maahad Muhammadi, Kelantan Terus Cemerlang Di UK

Hangat diperkatakan seluruh negara, mahasiswa cemerlang Malaysia ke United Kingdom membuka aurat, hilang jati diri dan sebagainya. Pesan kami, jangan kita menjadi terlalu negatif, kerana kita semua manusia ada kelebihan dan kekurangan, dan ramai lagi watak cemerlang negara yang terus mengekalkan jati diri dan nama baik negara untuk kita semua teladani.

Ambillah yang jernih. Mari kita belajar daripada contoh-contoh kejayaan dan positif. Anak Kelantan yang menduduk tempat pertama dalam SPM 2006, dengan 17 1A dan 1 2A, kini sedang membuat jurusan perubatan (Medicine) di University of Nottingham, United Kingdom.

Beliau ialah Siti Fatimah Mukhtar.

Masih kekal dengan imej tudung labuh, masih kekal dengan jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang Muslim. Inilah watak yang seharusnya menjadi contoh kepada seluruh anak muda dan para pelajar di seluruh negara.


Siti Fatimah bersama dengan keputusan peperiksaan SPM 2006 beliau. Cukup cemerlang sehingga dinobatkan sebagai pelajar terbaik seluruh negara dengan 17 1A dan 1 2A.


Fatimah sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada adik-adik junior yang datang meminta nasihat


Fatimah (kiri sekali) bersama rakan-rakan kuliah perubatan di University of Nottingham, masih mengekalkan imej bertudung labuh walaupun berada di negara Barat.


Fatimah (dua dari kiri) menyemak bacaan Quran rakan beliau.


Masa lapang digunakan untuk mengajar dan sama-sama bertadarus al-Quran bersama teman-teman di sekitar Nottingham, UK.
Majlis sering dihadiri oleh para pelajar Malaysia, Brunei dan Indonesia yang bacaan mereka disemak oleh Fatimah yang sudah menghafaz lebih kurang 17 juzu' al-Quran.

Komen Azrin Ren : Beginalah antara contoh manusia yang cintakan Allah Azza Wa Jalla dan Cintakan kepada Rasulnya, beginilah manusia yg tidak lupa akan nikmat keistimewaan yang diberi oleh Allah Azza Wa Jalla dan terus menjadikan Sunnah Rasul Sebagai pegangan kehidupan dan pedoman. Siti Fatimah terus cemerlang di UK kerana beliau seorang yang tidak Alpa dengan duniawi semata-mata, Apa yng diusahai oleh Siti Fatimah terus diberkati Oleh Allah Azza Wa Jalla. 

Kita jangan sesekali melupai apa yg telah Allah Azza Wa Jalla berikan kepada kita, Jika kita lalai. kita akan menjadi orang-orang yg tergolongan dihina dan dilaknati oleh Allah Azza Wa Jalla...Alhamdulillah Siti Fatimah imannya terus terpelihara dan tidak terikut-ikut amalan syaitan yang ingin melihat anak-anak cucu cicit adam hawa rosak dan hancur.

InsyaAllah, jika kita tidak lupakan Allah Azza Wa Jalla, Allah Azza Wa Jalla juga tidak akan melupai kita juga, Jika kita melupainya. Allah Azza Wa Jalla akan menarik semula keistimewaan pemberiannya dan diganti dengan-dengan yang haram.

Bila Allah
Azza Wa Jalla mencintai seseorang hamba, maka para malaikat juga akan mencinta hamba tersebut. Dan sebenarnya, manusia yang dicintai Allah  Azza Wa Jalla itu sangat harum namanya di kerajaan Langit.

psst...Kepada yg kantoi tu...tipu di dunia boleh tetapi jangan cuba-cuba nak menipu di akhirat dan dipadang masyar nanti... 

Opss ada lagi..jangan jadi pelupa macam pemimpin-pemimpun UMNO yg alpa dengan duniawi dan kebendaan...politik tetap politik..kekeke!!!...sebab aku benci politik kotor permainan UMNO..

Untuk ingin mengatahui dengan lebih lanjut mengenai Siti Fatimah...jom klik SINI



Baca Berita Penuh ..

Monday 28 November 2011

Salam Maal Hijrah


Perutusan Sempena Sambutan Maal Hijrah 143Yb. Dato' Tuan Guru Hj Harun Taib
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Pertama-tamanya saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru Hijriyyah 1433 kepada seluruh umat Islam khususnya para pendokong agama Allah s.w.t. Sambutan ini menandakan bermulanya tahun baru mengikut kalendar Islam yang dilihat semakin hari semakin dilupakan oleh umat Islam sendiri dek kerana terlalu mengagongkan kalendar barat berbanding kalendar sendiri.

Kalendar Islam diasaskan oleh Saidina Umar al-Khattab ketika menjadi Khalifah yang kedua dengan menjadikan tahun berlakunya hijrah Nabi Muhammad s.a.w. sebagai tahun pertama dalam Islam. Jelasnya, sambutan tahun baru ini adalah juga secara langsung menyambut ulangtahun penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari kota Mekah ke kota Madinah.
Sambutan Maal Hijrah tidak akan bermakna jika sekadar kita mengingati penghijrahan Nabi tanpa mengetahui tujuan Nabi berhijrah. Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. adalah untuk menegakkan sebuah negara Islam yang mendaulatkan hukum hakam Allah. Islam tidak cukup hanya menjadi amalan ritual semata-mata tetapi mesti berdaulat dan diamalkan dalam masyarakat dan negara tercinta.

Umat Islam hari ini hanya sekadar mengingati dan menyambut peristiwa Hijrah tetapi dalam masa yang sama negara yang mereka diami tidak mendaulatkan Islam yang menjadi sebab kepada Nabi berhijrah. Al-Quran dan As-Sunnah yang sepatutnya menjadi rujukan dan panduan kepada negara hanya tersimpan rapi dan menjadi dokumen sepi tanpa siapa yang memperduli. Pemerintah yang mengaku dirinya Islam menjadikan hawa nafsu sebagai tuhan dengan menolak untuk menjadi hamba Allah yang menguatkuasakan undang-undangnya.

PAS yang ditubuhkan adalah untuk membawa aspirasi Hijrah Nabi s.a.w. PAS bukan sekadar menyambut peristiwa penting ini tetapi juga memperjuangkan tujuan disebalik Hijrah tersebut. Perjuangan ini diwarisi dan diteruskan sebagai melaksanakan amanah yang diberikan agar Islam terus berdaulat dalam sebuah negara yang menerima hidayat.

Justeru, saya menyeru agar umat Islam tidak menjadi umpama seorang bapa yang menyambut kelahiran yang baru tetapi tidak mengetahui tanggungjawab dia yang sebenar terhadap bayi yang dianugerahkan kepadanya itu. Marilah kita menyambutnya dengan penuh kegembiraan dengan memikul amanah yang diberikan dengan sebaik-baiknya sebagai hamba 
Allah.

Kita bukan sahaja dikehendaki untuk menyambut awal hijrah ini sebagai memperingati peristiwa ini sebagaimana kita memperingati  tahun kelahiran kita. Tetapi menyambut peristiwa hijrah ini memberi makna bahawa kita mesti berusaha sedaya mungkin, hatta walaupun tersingkir daripada negara sendiri untuk kita berusaha supaya mendapat mencari sebuah tempat ataupun tanah subur yang boleh menyebarkan Islam melaluinya dan satu kawasan yang boleh memancar di dalamnya cahaya Islam.


Baca Berita Penuh ..

Tuesday 1 November 2011

Sifat Rasulullah


Kisah Sifat Rasulullah 

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga..

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah. Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu? Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia. Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 'Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas....

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini? Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

Baca Berita Penuh ..

Monday 24 October 2011

Libya Laksana Hukum ISLAM?

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=SJo0ul-syvc&noredirect=1

Anda boleh lihat klip pengumuman ini...

ringkasan:

1- Libya sebagai sebuah negara Islam akan emnjadikan sumber asasi perudangannya adalah ISLAM!
2- Semua undang2 sedia ada sekiranya berlawanan dengan undang2 ISlam adalah terbatal secara legal...contoh: undang2 sedia ada yg menegah poligami adalah dibatalkan kerana bertentangan dengan ISlam.
3-Semua faedah bank adalah dibatalkan secara berperingkat dan sebarang urusan yang berkait riba adalah juga terbatal
4-Tiada lagi rumah yang dibeli dikenakan riba jika bawah dari 10k dinar libya, dan proses untuk menghapuskan semua faedah tersebut sedang dijalankan..

 Apa cereta ni... 

Mesir umum ISLAM
Brunei umum ISLAM
Libya umum ISLAM
Tunis umum ISLAM

Malaysia tunggu apa lagi?....nak tunggu sampai jd mcm Syria dan Libya dulu ke?..buatlah mcm Brunei..belum apa2 lagi dah umumkan utk kembali kepada ISLAM>>>>

Semoga kerajaan malaysia yg masih segarkan undang-undang penjajah dan lebih utamakan freemason. dapat di singkirkan. apabila disingkirkan laksanakan hukum hudud. selepas itu perbetulkan akidah umat ISLAM dimalaysia, penzalaim manusia dapat dihaouskan, maksiat dihapuskan, jahil dihapuskan, artis pakai seksi tunjuk paha dan bontot dan dihapuskan. undang-undang ISLAM 100% dilaksanakan. penceraikan dihapuskan, hina menghina dihapuskan, buang anak lempar bayi dari bangunan dapat dihapuskan. insyaAllah semua obleh jika undang-undang ISLAM didahulukan Keimanan diutamakan. sekian.

 Teks ucapan..dlam arab: 

نحن كدولة اسلامية اتخدنا الشريعة الاسلامية المصدر الأساسي للتشريع ...ومن ثم فإن أي قانون معارض للشريعة الاسلامية ..فهو معطل قانونا ... وأضرب مثلا في هده القوانين وهو قانون الزواج والطلاق الدي حدد من تعدد الزوجات ..هدا القانون مخالف للشريعة الاسلامية وهو موقوف .. وهناك نية صادقة لتقليل كل القوانين المصرفية منها بالدات ..نحن نسعى إلى تكوين مصاريف اسلامية بعيدة عن الربى بإدن الله تعالى ..سيتحدث معكم في وقت لاحق السيد علي الترهوني لبين لكم أن هناك جملة من القرارات من ضمنها

Baca Berita Penuh ..

Saturday 22 January 2011

Calon : - Sifat Baik Cikgu Mala.


BloggerzExpress : - Chua Soi Lek Mempersenda Islam Dan Menakut-Nakutkan Kaum Cina Mengenai Islam, Itulah Cara-Cara Soi Sek Lek Nak Kembalikan Sokongan Kaum Cina Di Tenang. Chua Soi Lek Seolah-Olah Dirasuk Untuk Menjadi Boneka Sang Penguasa. Masih Ingat Wahai Chua Soi Lek Ke Atas Kekantoian Anda? ;)
Mata pemimpin BN nampaknya terus tertumpu seputar isu sama ada calon PAS Normala Sudirman bersalam atau tidak dengan lelaki, khususnya bangsa Cina.

Pagi ini, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Tan Lian Hoe hari ini terus menyelar pendirian muslimat PAS itu.

 "Ini perkara paling asas... Bukan hanya lelaki, tetapi bila dia (Normala) bersalam dengan wanita, dia juga pakai sarung tangan. Ini tidak mesra. Adakah dia fikir tangan kita kotor,"kata pemimpin GERAKAN itu.

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat