Labels

Showing posts with label pru jun. Show all posts
Showing posts with label pru jun. Show all posts

Monday 2 April 2012

TAK SOKONG TIDAK MENJADI HAL TETAPI JANGAN HINA DAN FITNAH...

Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta ahli-ahli Umno akar umbi supaya berhenti memfitnahnya kerana beliau tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan mereka.


Anwar berkata, walaupun dirinya dimaki, dihina setiap hari malah pernah dipukul ketika dalam penjara sebelum ini, beliau tetap bersyukur kerana rakyat bijak dan diberi akal untuk menilai.

“Saya di penjara enam tahun, ditelanjang dan dipukul bukannya sebab saya bergaduh dengan orang bawahan Umno tetapi saya hendak bela rakyat dan tidak mahu rasuah berterusan oleh mereka yang menyalahgunakan duit rakyat,"

Anwar berkata, sekiranya ahli Umno tidak menyokongnya, ia tidak membawa masalah kepadanya tetapi beliau meminta mereka berhenti daripada melemparkan fitnah dan menghina dirinya.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, beliau memberi jaminan bahawa selepas PR memenangi pilihan raya akan datang, dalam tempoh 24 jam tersebut, beliau akan mengumumkan harga minyak akan turun.

Menurutnya, beliau juga turut memberi jaminan setelah menjadi Perdana Menteri, pinjaman Perbadanan Tabung Tinggi Pendidikan Nasional (PTPTN) akan turut diumumkan batal.

psst....Jib dan tun madey tak pernah lansung di londeh kerana mereka menzalimi rakyat, orang yang nak membela rakyat sahaja sesuai untuk di londeh....

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat