Labels

Showing posts with label dap. Show all posts
Showing posts with label dap. Show all posts

Friday 19 April 2013

DAH CONFIRM!! : DAP putuskan guna logo PAS, PKR dalam PRU!!

Azrin Ren : DAP kena buat ceramah, pesan kepada golongan muda kaum cina, supaya mereka memesan logo apa harus dipangkah kepada warga yang berumu, Supaya kekeliruan tidak timbul semasa pengundian berlansung. Ini Kalilah!!!


Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, calon-calon mereka akan bertanding menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan PKR di Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya umum 5 Mei ini.

Katanya, keputusan itu diambil kerana sehingga jam 3 petang ini - tarikh akhir yang ditetapkan DAP - mereka tidak mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Karpal juga berkata tiada tanda-tanda surat itu akan tiba.

"Ekoran itu, kami akan teruskan apa yang diputuskan semalam dan bertanding bawah lambang PAS di Semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak," katanya ketika dihubungi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi juga mengesahkan DAP akan menggunakan logo parti Islam itu di semenanjung.

#Ini kalilah, DAP kena kerja keras, beritahu kepda rakyat apa sudah terjadi, terutamanya kepada golongan atas pagar.

Baca Berita Penuh ..

Saturday 21 January 2012

Akhbar Australia Lapor Rosmah 'berbelanja besar'

Akhbar Australia lapor Rosmah 'berbelanja besar'

Tabiat berbelanja besar seorang lagi anggota keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menarik perhatian media Australia hari ini - kali ini di Sydney.


Dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar Australia Sydney Morning Herald, kolumnis Andrew Horney menggelar Rosmah sebagai "first lady of shopping', kerana dikatakan telah membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

Memetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp, kolumnis itu melaporkan bahawa "pelanggan terbesar" Kapp telah membelanjakan jumlah yang mengejutkan sewaktu "percutian peribadi" di sana "sekitar dua minggu lalu".

darling hotel sydney australiaMenurut kolum tersebut, Rosmah dan Najib, semasa cuti tersebut,
menginap di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam (kanan) di Hotel Darling.

Dengan tajuk 'Super Kerr Now a Model Citizen', kolum itu turut melaporkan bahawa Rosmah telah meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya'

psst...Rosmah pakai emas, Rakyat pakai kayu...

Baca Berita Penuh ..

Friday 7 January 2011

Semakin PANAS : - Akhbar Indonesia mula hangatkan isu 'menteri rogol Robengah'!!!


 
 Hehehe..Adakah dia didalam dilema?


Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat