Labels

Showing posts with label scorpene. Show all posts
Showing posts with label scorpene. Show all posts

Wednesday 27 July 2011

BloggerzExpress : ~ Biometrik KDN Gagal, Biometrik SPR Gena Pulok?


psst : - kaji dulu habis2an sblum buat keputusan biometrik malaysia ni cerdik pandai jgn nanti 'mengabeh boreh' jo!!

Nampaknya program pendaftaran Biometrik pekerja asing gagal mencapai sasaran dimana setakat ini hanya 30 peratus dari 1.3 juta pekerja asing yang mendaftar dengan tinggal lima hari saja lagi. Kalau KDN boleh dikatakan gagal, macamana SPR boleh berbangga untuk guna Biometrik semasa pilihanraya?

Itu belum cerita 10 peratus MyKad yang rosak atau lebih 2.4 juta MyKad rosak seperti laporan dihttp://amkns.blogspot.com

Adakah 1.3 juta pekerja asing tersebut tak nak daftar Biometrik kerana mungkin mempunyai MyKad palsu yang boleh dikesan kelak apabila mendaftar dalam sistem Biometrik yang dihubungkan ke KDN - SPR - JPN?

Orang suruh celup jari , mudah, murah, nak guna cara mahal, susah.

Orang suruh pergi sekolah naik bas, dia nak pergi sekolah naik jet pejuang canggih Typhoon berharga RM3 Billion sebuah.

BIOMETRIK: 1.3 JUTA BELUM DAFTAR 


PUTRAJAYA 26 Julai 2011 – Ke manakah mereka? Tinggal lima hari lagi Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Yang Sah berakhir tetapi lebih 1.3 juta pekerja asing yang sepatutnya mengambil peluang pendaftaran itu belum berbuat demikian.

Sehingga semalam, hanya 390,404 daripada 1.75 juta pekerja asing mendaftar sejak program bermula 13 Julai lalu, sedangkan Kementerian Dalam Negeri menegaskan tempoh akhir Ahad ini tidak akan dilanjutkan



Baca Berita Penuh ..

Friday 22 July 2011

Peguam Perancis William Bourdon Ditahan.


BloggerzExpress : ~ Aku ingat Kerajaan Perancis pun patut kena siasat sama. Pada masa Kerajaan Malaysia beli menatang nihhh, Abdul Razak Baginda terima pingat dari bekas Presiden Perancis iaitu chirac. Motif pemberian pingat nih berkait rapat dengan menatang dua bijik nihhh. kerajaan m'sia and perancis masing2 kongsi gelab.....banyak menteri2 perancis juga terlibat dlm kes jualan commisyen ni dgn pakjib dan razakbaginda.....senang jek bagi UMNO...heheh...BOMMM C4....hilang,lenyap,kecai, di dunia.....

Peguam Perancis William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang malam tadi untuk bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit kepada pemimpin kanan Malaysia, ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Difahamkan, beliau akan diusir pulang, paling awal malam ini.
Menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel, pegawai imigresen masuk ke dalam pesawat untuk menahan Bourdon (kiri) sebaik sahaja beliau mendarat di KLIA.

"Beliau kini dibawa ke pusat tahanan imigresen di KLIA," kata Gabriel.
Pada mulanya, pegawai imigresen tidak membenarkan isteri Bourdon, juga seorang peguam, mengikutnya ke pusat tersebut.

Selepas beberapa rundingan, beliau dibenarkan menemani suaminya.

Menurut Gabriel, pegawai imigresen "menyoal Bourdon".
Bourdon mendarat di Pulau Pinang semalam dan berucap mengenai 'Ops Scorpene' di Bayan Baru malam tadi.

Peguam Perancis yang berkhidmat dengan pertubuhan tanpa keuntungan - Sherpa - dan mengkhusus dalam membela hak asasi manusia dan jenayah menentang kemanusiaan.

Baca Berita Penuh ..

Saturday 1 January 2011

Fitnah : - Blogger UMNO Minta Maaf


psst : - fitnah itu boleh merosakkan umat islam!! 
PAS bersetuju dengan kenyataan ketua Polis Negara yang akan memantau laporan media baru yang tidak tepat. 

“Hanya cuma PAS mengharapkan supaya pihak polis bertindak sama rata dan sama adil kepada semua yang terlibat, jika melaporkan berita fitnah, kata Ketua penerangan PAS pusat, Ustaz Idris Ahmad. 

Tambahnya, jangan media baru yang dimiliki oleh Pakatan Rakyat sahaja diambil tindakan.

Menurutnya, ada satu laporan fitnah oleh blogger UMNO terhadap Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS yang mengatakan beliau ada skandal dengan perempuan. 

Jelasnya, Salahudin telah bersemuka dengan pemfitnah itu di parlimen baru-baru ini ketika beliau menghadiri perjumpaan blogger UMNO di parlimen. 

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat