Labels

Showing posts with label hassan ali akidah. Show all posts
Showing posts with label hassan ali akidah. Show all posts

Tuesday 7 February 2012

Hassan Ali Gila Kuasa Nak Jadi MB, Patut Jadi Pengkhianat.

Setelah puas Hasan Ali buat 'roadshow' untuk pertahankan dirinya akibat dipecat daripada Pas kini nampak semakin lengang isu berkaitan Hasan Ali.Cuma sekali sekala media pro Umno keluarkan kenyatan Hasan yang menguntungkan Umno iaitu serangan beliau terhadap Pas.Kalau Hasan tak serang Pas dalam ceramah akidahnya maka muka Hasan tak akan keluar dalam media arus perdana kerana ini merugikan Umno.Tak percaya?Kalau takat buat ceramah isu murtad dan akidah Umno tak akan layan Hasan Ali.


Setelah Hasan tuduh ahli parlimen Shah Alam sebagai parasit dalam Pas dan dakwa kata 72 peratus pemimpin Pas dikuasai golongan sekular Khalid Samad bangkit jawab tuduhan Hasan Ali terhadap beliau.Kata Khalid Samad dalam blog beliau khalidsamad.com ;

Ketika usaha kerjasama dengan UMNO dijalankan, Hassan Ali pernah bertanya pada saya, “siapa patut menjadi MB Selangor?” Saya jawab sambil memandang terus ke muka beliau, “Tan Sri Abdul Khalid”. Beliau terdiam, perasaan kecewa jelas kelihatan terbayang di mukanya. Mungkin beliau merasakan saya mengkhianati dirinya. Mungkin beliau inginkan saya, sebagai orang kanannya memperjuangkan ‘haknya’ untuk menjadi MB. Mungkin bagi dirinya, itulah peranan seorang kanan. Saya tidak tahu, mungkin itulah yang difikirkannya. Beliau diam dan terus berpaling.

Pasti ada yang masih ingat bagaimana saya telah menggantinya dalam pertemuan dengan Pak Lah dan Khir Toyo. Kami berjaya menggagalkan usaha kerjasama bersama UMNO dan dengan itu cita-cita Hassan Ali untuk menjadi MB hancur berkecai.

Bermula dari saat itu saya merasakan hubungan kami sudah mula berubah dan Hassan Ali mula membawa agenda tersendiri.

Kata Khalid lagi;

Melalui tulisan ringkas ini saya ingin memberitahu semua bahawa Hassan Ali sudah gila talaq. Maka jangan percaya apa yang dinyatakan beliau. Beliau sanggup berbohong dan memutar-belit semua perkara. Lagi beliau cakap lagi jelas kegilaannya.

Hadis Rasulullah (SAW);
Dari Abi Umaamah yang berkata, telah bersabda Rasulullah (SAW),
<“Terdapat pada orang beriman semua jenis kekurangan, kecuali khianat dan berdusta” (Dari Ahmad, Baihaqi dari Saad Bin Abi Waqas).

Hadis ini diketengahkan bukan untuk menafikan keimanan mana-mana pihak. Tetapi ianya adalah untuk menjelaskan betapa kejinya sifat khianat dan berdusta.Baca semua di sini.

psst....Hassan ali harus ingat PAS pernah ditendang UMNO dari perikatan dulu.



Mission Acomplete


Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat