Labels

Showing posts with label konvensyen pakatan rakyat. Show all posts
Showing posts with label konvensyen pakatan rakyat. Show all posts

Monday 30 January 2012

Haron Din tanding PRU13, ketuai Pas Perlis


Haron Din Pernah Bermimpi Rasul Ketika Sakit

KANGAR - Pas Perlis mengesahkan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din akan bertanding pada pilihan raya umum ketiga berturut-turut sekali gus mengetuai Pas negeri itu dalam usaha menawan Perlis dari tangan Barisan Nasional (BN).

Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin berkata, pengesahan itu dibuat bagi menutup desas-desus pelbagai pihak mendakwa Haron Din tidak akan bertanding lagi pada pilihan raya umum (PRU) kali ini disebabkan masalah kesihatan.


Menurutnya, Pas Perlis sudah mengemukakan tawaran bertanding PRU kepada tokoh pengamal perubatan Islam itu sejak setahun lalu dan baru menerima jawapan positif beberapa minggu lalu.

“Haron Din bersedia bertanding buat kali ketiga walaupun dua kali tertewas dalam PRU terdahulu dan Pas bersedia menyerahkan mana-mana kerusi yang dirasakan sesuai untuknya.

“Bagaimanapun, saya yakin beliau akan menawarkan diri untuk bertanding di Parlimen sahaja dan mampu menang pada kali ini berdasarkan sokongan padu ditunjukkan rakyat Perlis,” katanya pada sidang media di Kompleks Pas Perlis semalam.

Hashim berkata, Pas menaruh keyakinan penuh mampu menawan Perlis kali ini berdasarkan trend sokongan padu ditonjolkan rakyat sehingga ramai pihak yang berebut-rebut menyampaikan sumbangan kepada parti bagi persiapan PRU.

Menurutnya, trend itu merupakan sesuatu yang tidak pernah dijangka apabila boleh dikatakan setiap hari ada sahaja yang datang berjumpa dengan pemimpin Pas negeri untuk menyampaikan sumbangan sehingga kadang-kadang mencecah ribuan ringgit.

Hashim turut menyifatkan Pas dan Pakatan Rakyat (PR) kini mendapat jaminan padu rakyat bukan Islam Perlis untuk bersama-sama mereka setelah bosan dengan pentadbiran Kerajaan Negeri sedia ada. - SH

psst...Alhamdulillah Haron Din akan kembali bertanding pada pru13 ni. Bersemangat juang azrinren didalam pakatan rakyat. tambah pula nak dekat mesyuarat ni...kekekeke...

Baca Berita Penuh ..

Saturday 14 January 2012

UMNO DAH KETAQ LUTUT, BLOGGER UMNO SILA JAWAB....KEKEKEK


Kekekek!!!...ini dia kelihatan diwaktu malam menampakkan ribuan rakyat kedah yang membanjir dikawasan tempat kovensyen Pakatan Rakyat berlangsung. Kekeke..kenapa masih ingin menafikan lagi wahai blogger-blogger UMNO. Lu cakap kovensyen Pakatan Rakyat tak laku. Kalau tak laku tu apa benda yg berhimpun kat gambar diatas tu?? mat bangla ka? mat pinoy ka? lembu-lembu kak jat ka???ekekeke..

Itulah lain kali cari fakta betul-betul, Jangan dok terus jadi lembu upahan UMNO nak menipu rakyat. Lu tipu mat bangla boleh la,

Apa-apa pun Alhamdulillah, Nampaknya rakyat kedah masih lagi setia kepada kerajaan PAS negeri, Mereka tidak langsung termakan dakyah dan fitnahan murahan dari UMNO dan media-media yg diperkudakan oleh UMNO. 

Klik Berita Sambungan Untuk Seterusnya..

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat