Labels

Showing posts with label aziz bari. Show all posts
Showing posts with label aziz bari. Show all posts

Friday 4 November 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha


Saya Azrin Ren mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua pelawat BloggerzExpress dengan doa di Tanah Suci ini semoga Allah swt mengembalikan umat Islam di serata dunia kepada kefahaman dan penghayatan Islam yang hakiki, membentuk kekuatan Iman, aqidah, kesatuan dan ukhuwwah dan mampu mengalahkan perancangan dan usaha pihak Kebatilan di serata pelusuk dunia.

AidilAdha mengembalikan kenangan-kenangan penting kepada kita, lalu mengajak kita bangkit dan bertindak selari dengan pengajaran-pengajarannya seperti berikut : - 
Korban (Adha) yang hendak dilakukan oleh Nabi Ibrahim as terhadap anak kesayangannya sendiri, Nabi Ismail as, merupakan sebesar dan sehebat tanda taat dan sayangnya Baginda kepada Allah swt, mengatasi cinta dan kasih terhadap selainNya. Hanya para Duat yang sebegini sahaja yang dapat menghadapi godaan dan tarikan dunia yang tidak putus-putus cuba mengheretnya tergelincir dari Jalan Dakwah yang lurus.
Ketaatan Nabi Ismail dan ibunya Hajar dalam mendokong keputusan Nabi Ibrahim as melaksanakan perintah Allah yang sangat berat ini adalah sebesar dan sehebat tanda dan kualiti Bait Muslim yang dibina oleh Kekasih Allah as. Kita para Duat dituntut membina Keluarga Islam (Bait Muslim) sedemikian sempena kita menyambut Hari Raya Korban ini.
Hati kita hanya satu. Kekasih yang bertahta di dalam hati kita juga hendaklah satu. Allah tidak menjadikan dua hati didalam diri seseorang itu. Samada Allah swt bertahta di dalam hati kita, atau dunia yang akan bertahta di dalamnya. Apa bila dunia bertahta seperti wanita, harta, anak, duit, kereta, banglo, tanah dan sebagainya, seseorang Daie itu hanya menunggu masa dan ketika untuk dia terkeluar dari senarai para Mujahideen dan Duat di Jalan Allah. Banyak kejadian sedemikian berlaku di hadapan kita menjelaskan lagi hakikat tersebut.
Jangan kita memberi alasan bahawa sifat pengorbanan sedemikian sudah tentu ada pada Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as kerana mereka berstatus rasul sedang kita hanya manusia biasa. Tidakkah kita perhatikan bahawa Hajar bukan seorang nabi atau rasul. Dia adalah menusia biasa seperti kita. Namun iman dan ketaatannya kepada Allah dan suami sangat teguh berbanding dengan ramai manusia yang warak pada hari ini. Kisah keimanan dan ketaatan para Sahabat ra yang bukan berstatus nabi atau rasul juga mencabar kita yang berstatus manusia biasa seperti mereka untuk mencapai kualiti iman dan pengorbanan seperti yang telah mereka tunjukkan.
Saya sentiasa ingat bahawa Allah swt menarik balik arahan sembelih Nabi Ismail as dan ditukar kepada sembelih seekor kambing hanya apabila pisau yang pegang oleh Nabi Ibrahim as telah hampir ke urat leher Nabi Ismail as, sedang hati Nabi Ibrahim as sedikit pun tidak teragak-agak untuk meneruskan sembelihan tersebut. Begutu juga Allah swt membelah dan membuka Laut Merah untuk dilintasi oleh Nabi Musa as dan kaumnya bukan ketika Firaun dan bala tenteranya masih berada di kota, akan tetapi laut tersebut dibuka apabila bala tentera tersebut telah tampak di depan mata dan mereka menyangka mereka akan ditangkap kerana tidak ada jalan keluar. Ini bermakna Allah swt akan menguji kita sendiri dengan ujian yang akan sampai ke tahap tidak tertanggung oleh kita yang hanya disaat itu juga datangnya Kemenangan yang dijanjikanNya. Oleh itu kejayaan yang kita impikan untuk Dakwah ini tidak mencaai kemuncak kejayaannya tanpa kita berusaha sedaya mungkin hingga ke tahap yang ditunjukkan oleh Rasul-rasul yang terdahulu. “Hingga apabila Rasul-rasul hendak berasa putus asa (lantaran maksimanya tenaga yang dicurahkan dan minimanya hasil yang dapat), mereka menyangka mereka benar-benar telah dibohongi (beria dan janji mereka akan menang diakhirnya nanti, tetapi ketika itu mereka tidak mengecapinya), (ketika itu) datanglah Kemenangan (dari) Kami” (Al-Quran).

Rasulullah saw bersabda bermaksud, “Tidak ada amalan anak Adam yang paling disukai Alllah di Hari Nahar (10 hb Zulhijjah) selain dari menyembelih atau berkorban binatang. Sesungguhnya haiwan sembelihan itu adakan datang di Hari Kiamat dengan tanduk, kuku dan bulunya (sebagai saksi terhadap amal korban tersebut). Sesungguhnya ibadat (pahala) korban berkenaan akan sampai kepada Allah sebelum darah sembelihan itu sampai (tumpah) ke bumi“. Bagi mereka yang mampu, jadikanlah ibadat korban ini sebagai salah satu syiar Islam yang berkembang di dalam masyarakat kita.

Bagi mereka yang sedang berada di Tanah Suci, esok bermula kerja-kerja ibadat Haji dengan manusia mula berangkat ke Mina untuk Hari Tarwiyah dengan bersolat 5 waktu (Zuhur hingga Subuh) di sana. Moga Allah swt mengurniakan kepada mereka dan kami di sini Haji yang mabrur. “Haji yang mabrur, tiada balasan baginya kecuali Syurga” (Hadis).

bloggerzexpress.net 
Admin BE : - Azrin Ren :)

Baca Berita Penuh ..

Monday 24 October 2011

Libya Laksana Hukum ISLAM?

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=SJo0ul-syvc&noredirect=1

Anda boleh lihat klip pengumuman ini...

ringkasan:

1- Libya sebagai sebuah negara Islam akan emnjadikan sumber asasi perudangannya adalah ISLAM!
2- Semua undang2 sedia ada sekiranya berlawanan dengan undang2 ISlam adalah terbatal secara legal...contoh: undang2 sedia ada yg menegah poligami adalah dibatalkan kerana bertentangan dengan ISlam.
3-Semua faedah bank adalah dibatalkan secara berperingkat dan sebarang urusan yang berkait riba adalah juga terbatal
4-Tiada lagi rumah yang dibeli dikenakan riba jika bawah dari 10k dinar libya, dan proses untuk menghapuskan semua faedah tersebut sedang dijalankan..

 Apa cereta ni... 

Mesir umum ISLAM
Brunei umum ISLAM
Libya umum ISLAM
Tunis umum ISLAM

Malaysia tunggu apa lagi?....nak tunggu sampai jd mcm Syria dan Libya dulu ke?..buatlah mcm Brunei..belum apa2 lagi dah umumkan utk kembali kepada ISLAM>>>>

Semoga kerajaan malaysia yg masih segarkan undang-undang penjajah dan lebih utamakan freemason. dapat di singkirkan. apabila disingkirkan laksanakan hukum hudud. selepas itu perbetulkan akidah umat ISLAM dimalaysia, penzalaim manusia dapat dihaouskan, maksiat dihapuskan, jahil dihapuskan, artis pakai seksi tunjuk paha dan bontot dan dihapuskan. undang-undang ISLAM 100% dilaksanakan. penceraikan dihapuskan, hina menghina dihapuskan, buang anak lempar bayi dari bangunan dapat dihapuskan. insyaAllah semua obleh jika undang-undang ISLAM didahulukan Keimanan diutamakan. sekian.

 Teks ucapan..dlam arab: 

نحن كدولة اسلامية اتخدنا الشريعة الاسلامية المصدر الأساسي للتشريع ...ومن ثم فإن أي قانون معارض للشريعة الاسلامية ..فهو معطل قانونا ... وأضرب مثلا في هده القوانين وهو قانون الزواج والطلاق الدي حدد من تعدد الزوجات ..هدا القانون مخالف للشريعة الاسلامية وهو موقوف .. وهناك نية صادقة لتقليل كل القوانين المصرفية منها بالدات ..نحن نسعى إلى تكوين مصاريف اسلامية بعيدة عن الربى بإدن الله تعالى ..سيتحدث معكم في وقت لاحق السيد علي الترهوني لبين لكم أن هناك جملة من القرارات من ضمنها

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat