Labels

Showing posts with label pelajar usm ditahan. Show all posts
Showing posts with label pelajar usm ditahan. Show all posts

Wednesday 18 January 2012

Azwan Ali Dah Bertaubat Atau Terpaksa.


Hai..macam2 dunia sekarang, kesian jugak azrin tengok masalah keluarga diorang. oleh sebab seorang menimbulkan masalah, jahanam semua binasa jatuh maruah keluarga diorang, kerana seorang gilakan wang dan pemfitnah semua rosak bagaikan dimakan anai-anai. bersabarlah azwan ali. selagi ada  fitnah selagi sang penguasa tidak berhenti memfitnah dan menjahanamkan bangsa selagi itulah malaysia diambang huru-hara.

''Dalam sidang media bersama dengan adiknya Umi Hafilda Ali, Azwan Ali turut melafazkan sumpah tidak akan menghina dan mengaibkan mana-mana pihak termasuk ahli keluarga beliau.
"Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya Mohd Azwan bin Ali melafazkan sumpah dengan nama Allah tidak akan menghina, mengeji dan mengaibkan serangan peribadi yang mungkin membawa fitnah kepada Ummi Hafilda.
"Saya hamba Allah yang lemah tidak lari dari melakukan kesilapan bersandarkan hasutan daripada sesetengah pihak," kata Azwan Ali.

Azwan Ali sebelum ini telah mengkritik beberapa Pemimpin UMNO termasuklah menyelar tindakan Umi Hafilda yang terus menerus membuat dakwaan perilaku yang dikatakan sumbang mengenai Azmin Ali dan isterinya Shamsidar Taharin.

 Azwan dalam sidang media yang sama, Negara bakal kehilangan seorang pengkritik hebat yang menentang usaha Umi Hafilda membongkar perilaku salah seorang adik beradik mereka iaitu Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali setelah beliau mengambil keputusan untuk berbaik semula demi menjaga maruah keluarga.''
(from siasahkini)

psst...Semoga seseorang itu kembali ke pangkal jalan dan berhenti menjahanam kaum kerabat, kecuali azwan dan azmin.

Baca Berita Penuh ..

Tuesday 17 January 2012

PAAAAAANASSSSSS : 1000 Hektar Tanah Melayu di Perak dijual kepada negara asing.


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang…

Itu adalah sebahagian dari lirik lagu yang digunakan oleh jentera-jentera UMNO untuk membakar semangat peserta-peserta di Biro Tata Negara..

Malangnya biarpun ianya boleh dikatakan dihafal oleh sebahagian besar ahli-ahli UMNO namun ianya sekadar meniti dibibir mereka sahaja..

Begitulah apa yang telah terjadi kepada 1000 hektar hutan simpan di Teluk Rubiah bersebelahan Teluk Batik, Lumut, Perak.. dulunya ia milik kita kini bumi yang dipijak itu telah menjadi milik orang.

Ini kerana ianya dikatakan telah dijual oleh pentadbiran Zambry kepada syarikat dari negara asing iaitu Vale dari Brazil.


Kawasan pantai yang dulunya bebas digunakan oleh nelayan, tidak lama lagi akan menjadi kawasan larangan buat nelayan.

Baca Berita Penuh ..

Isu HomoSeks : Anwar Akan Saman Utusan Malaysia haha

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia kerana mendakwa ketua pembangkang itu “menghalalkan homoseksual” dalam terbitan hari ini.

Akhbar milik Umno itu dalam laporan muka depan bertajuk “Tolak Anwar — Hasan” mengatakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali membidas Anwar kerana kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini.


Hasan berkata pendirian Anwar tersebut bukanlah baru kerana itulah pandangan peribadi dan pegangan asasi Ketua Umum PKR itu.

Justeru beliau menggesa rakyat menolak perjuangan Anwar kerana kegiatan tidak bermoral itu jika dihalalkan boleh mencetuskan pergolakan dan perpecahan dalam masyarakat serta kekacauan dalam negara.

Menurut Naib Presiden PKR N. Surendran (gambar), laporan yang disiarkan dalam Utusan Malaysia itu berunsur fitnah, tidak benar dan bermotifkan politik.

Isu ini berbangkit selepas Mingguan Malaysia, edisi mingguan Utusan Malaysia baru-baru ini mendakwa Anwar semasa temubual bersama BBC mengatakan ketua pembangkang itu mempertikaikan undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini.

Akhbar itu dalam laporan muka depan bertajuk “Anwar ulas isu gay” turut mengatakan undang-undang berkaitan homoseksual di Malaysia tidak boleh diterima dan sudah lapuk.

“Laporan-laporan yang disiarkan itu adalah fitnah, tidak benar, bermotifkan politik dan menunjukkan etika kewartawan yang rendah,” kata Surendran yang juga peguam Anwar.

Jelas peguam hak asasi ini, semasa temubual bersama BBC Anwar meminta agar undang-undang lapuk dikaji semula dan menegaskan “Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita. Kami tidak menggalakkan homoseksual di khalayak.”

“Ini jelas menunjukkan apa yang dilaporkan Utusan Malaysia tidak benar,” katanya.

Dalam pernyataan tuntutan yang diserahkan kepada pengurusan Utusan Malaysia, Anwar menuntut ganti rugi sebanyak RM50 juta dan memberikan tempoh 48 jam untuk melaksanakan tuntutan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Anwar menuntut Utusan Malaysia menarik balik segala laporan palsu dan permohonan maaf terhadap dirinya dan menuntut permohonan maaf disiarkan di muka hadapan akhbar itu.

Anwar menamakan editor Utusan Malaysia sebagai defendan pertama dan Pengarah Urusan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.

Share it with others

Azrin Ren : Saman jangan tak saman dati seri, saman saja utusan haprak tu sampai bankrap biar pupus terus. utusan atau lebih dikenali sebagai utusex memang layak dijadikan bungkusan nasi lemak dan bungkusan sampah, hanya pencacai-pencacai yang tak cerdik sahaja yang akan terpedaya fitnah murahan dari utusan ni. kalau boleh bila PR memerintah nanti, penjara sahaja pengarah editor utusan tu sebab dia tu kaki pengampu tak habis-habis dulu kini selamanya...sekian..

psst...Pergi mampos sama utusex!!

Baca Berita Penuh ..

'Anwar sokong hukum Islam, bukan homoseksualiti'



PKR hari ini mempertahankan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dakwaan bahawa beliau mahu menghalalkan homoseksualiti atau hubungan sejenis di negara ini.

Sebaliknya, Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, PKR Ahmad Kassim berkata Anwar sebenarnya menggesa agar undang-undang yang bertentangan dengan Islam mengenai isu itu dikaji semula.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim tegas menyatakan bahawa beliau, PKR dan Pakatan Rakyat tidak menganjurkan, membenarkan ataupun menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis).

“Walaubagaimanapun beliau berpendirian undang-undang lapuk yang tidak berlandaskan syarak serta menzalimi rakyat Malaysia wajar disemak.


Baca Berita Penuh ..

Sunday 15 January 2012

Ugut Letup Helikopter Pakjib, Pelajar USM Ditahan.


Polis menahan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan selepas membuat kenyataan berunsur ugutan menerusi laman blognya, di Georgetown hari ini. Dalam kenyataannya pelajar terbabit dikatakan mahu meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam lawatannya ke kampus itu minggu hadapan. Pelajar terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob yang dihubungi mengesahkan perkara itu dan akan mengadakan sidang media mengenainya esok. - Bernama

psst...Yang bertanggungjawab dan mengarah letup warga mangolia tu macam mana???

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat