Labels

Showing posts with label murni hidayah anuar. Show all posts
Showing posts with label murni hidayah anuar. Show all posts

Saturday 30 March 2013

SEORANG PEGUAM MUDA :: Cik Murni Hidayah Disebut Sebagai Calon PKR Di Parlimen Paya Besar!!


Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) dijangka berada di sini hari ini (30 Mac) untuk menghadiri beberapa program terakhir menjelang Pilihanraya Umum Ke-13. Beliau khabarnya akan berada di tiga lokasi berbeza iaiatu di Parlimen Kuantan, Paya Besar dan Indera Mahkota. Difahamkan, ketiga-tiga kerusi parlimen itu akan akan ditandingi oleh PKR.


 Menurut sumber dalam PKR, Ketua Pembangkang itu akan bersama rakyat di program Sepetang bersama Dato’ Seri Anwar di Green Rock Cafe, Sg Isap 2 sekitar jam 5.30 petang sebelum menunaikan Solat Maghrib dan mengadakan Tazkirah di Surau Pak Man Teh, Cherating . Manakala malam ini beliau akan tampil di dua lokasi ceramah iaitu diMarkas PAS Balok Makmur dan Taman Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang

Turut akan bersama beliau dalam ceramahnya di Balok ialah Dato’ Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang), Laksamana (B) Hj Emran bin Abd Hamid (Bekas Pegawai Kanan TLDM) dan Andansura Rabu (Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Indera Mahkota). Sementara itu di ceramah di Batu 11 pula dijangka akan turut dihadiri oleh Leong Ngah Ngah (Pengerusi DAP Pahang) dan Cik Murnie Hidayah Anuar iaitu, salah seorang peguam di dalam kes Scorpene.

 Difahamkan, malam ini juga Anwar akan turut mengumumkan Dato’ Fauzi Abd Rahman sebagai calon PKR bagi kerusi parlimen Indera Mahkota menggantikan YB Azan Ismailyang kini mempimpin PKR  Terengganu.

 Sementara itu, Cik Murni Hidayah juga khabarnya akan diumumkan sebagai Calon PKR bagi kerusi Parlimen Paya Besar pada kali ini. Difahamkan, mengikut jadual asalnya Anwar dijangkan akan berceramah di Felda Lepar Hilir 1 malam ini. Namun akibat beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan demi keselamatan pemimpin terbabit maka akhirnya program ditukar ke Taman Mahkota Aman.

#U like I like....


Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat