Labels

Showing posts with label unimap. Show all posts
Showing posts with label unimap. Show all posts

Friday 13 January 2012

UniMAP Tidak Teragak-Agak Buang Mahasiswa Sertai Watch-13


Kangar, 14 Jan : Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) semalam mengeluarkan amaran tidak akan teragak-agak mengambil tindakan keras termasuk membuang penuntutnya yang didapati menyertai gerakan Watch 13.

Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata, penubuhan gerakan itu diragui pihak universiti kerana objektifnya dilihat mempunyai motif politik dan seolah-olah cuba menghasut pelajar menentang kerajaan.

Menurutnya, UniMAP tidak nampak sebarang kepentingan penubuhan gerakan itu memandangkan ia sudah menyediakan platform kepada pelajar untuk membangkitkan masalah mereka tanpa dipengaruhi unsur politik.

“Saya tidak teragak-agak mengambil tindakan keras termasuk membuang pelajar sekiranya terlibat dalam aktiviti kumpulan itu kerana UniMAP menyediakan saluran untuk menyalurkan masalah mereka.

“Mahasiswa seharusnya memberi tumpuan sepenuhnya menghadapi peperiksaan yang sedang berlangsung, bukannya menyertai sebarang gerakan dan aktiviti negatif yang boleh menjejaskan pelajaran mereka,” katanya.

Polis, Pemuda UMNO terpaksa campur tangan
Profesor Datuk Dr Kamarudin Hussin

Terdahulu, pekarangan bangunan KWSP semalam dikatakan riuh setelah timbul ura-ura sekumpulan pelajar yang mahu melancarkan sebuah gabungan mahasiswa dari seluruh universiti di utara Semenanjung dikenali sebagai Watch-13.

Lokasi itu dikerumuni lebih 100 orang bermula 10 pagi semalam terdiri daripada para pelajar, polis, Pemuda UMNO Kangar, orang ramai dan pengurusan Unimap termasuk Dr Kamarudin sendiri.

Bagaimanapun, penantian mereka untuk menghalang hasrat kumpulan terbabit berakhir setelah penganjur mengubah lokasinya di sebuah restoran di sini.

psst....Buang jangan tak buang...ikut suka hati hangpa apa hangpa nak buat sebab ni kan malaysia masih bapak UMNO yg punya, ini hari lu tunggu hari kami pulak!!!

Klik ''Baca Berita Penuh'' Untuk sambungan seterusnya.

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat