Labels

Friday 13 January 2012

UniMAP Tidak Teragak-Agak Buang Mahasiswa Sertai Watch-13


Kangar, 14 Jan : Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) semalam mengeluarkan amaran tidak akan teragak-agak mengambil tindakan keras termasuk membuang penuntutnya yang didapati menyertai gerakan Watch 13.

Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata, penubuhan gerakan itu diragui pihak universiti kerana objektifnya dilihat mempunyai motif politik dan seolah-olah cuba menghasut pelajar menentang kerajaan.

Menurutnya, UniMAP tidak nampak sebarang kepentingan penubuhan gerakan itu memandangkan ia sudah menyediakan platform kepada pelajar untuk membangkitkan masalah mereka tanpa dipengaruhi unsur politik.

“Saya tidak teragak-agak mengambil tindakan keras termasuk membuang pelajar sekiranya terlibat dalam aktiviti kumpulan itu kerana UniMAP menyediakan saluran untuk menyalurkan masalah mereka.

“Mahasiswa seharusnya memberi tumpuan sepenuhnya menghadapi peperiksaan yang sedang berlangsung, bukannya menyertai sebarang gerakan dan aktiviti negatif yang boleh menjejaskan pelajaran mereka,” katanya.

Polis, Pemuda UMNO terpaksa campur tangan
Profesor Datuk Dr Kamarudin Hussin

Terdahulu, pekarangan bangunan KWSP semalam dikatakan riuh setelah timbul ura-ura sekumpulan pelajar yang mahu melancarkan sebuah gabungan mahasiswa dari seluruh universiti di utara Semenanjung dikenali sebagai Watch-13.

Lokasi itu dikerumuni lebih 100 orang bermula 10 pagi semalam terdiri daripada para pelajar, polis, Pemuda UMNO Kangar, orang ramai dan pengurusan Unimap termasuk Dr Kamarudin sendiri.

Bagaimanapun, penantian mereka untuk menghalang hasrat kumpulan terbabit berakhir setelah penganjur mengubah lokasinya di sebuah restoran di sini.

psst....Buang jangan tak buang...ikut suka hati hangpa apa hangpa nak buat sebab ni kan malaysia masih bapak UMNO yg punya, ini hari lu tunggu hari kami pulak!!!

Klik ''Baca Berita Penuh'' Untuk sambungan seterusnya.


Kamarudin berkata, pihaknya berjaya menghalang hasrat kumpulan pelajar terbabit melancarkan gerakan itu di bangunan berkenaan yang turut menempatkan pejabat Canselori Unimap.

“Kami berbincang dengan polis termasuk wakil pelajar itu semalam mengenai program mereka agar tidak dilakukan di bangunan tersebut.

“Kehadiran saya hari ini bagi memastikan pelajar Unimap tidak terlibat dan aktiviti mereka tidak diadakan di situ kerana ia adalah bangunan kerajaan,” katanya.


Sementara itu, kumpulan beberapa gerakan mahasiswa dan anak muda yang berpusat di utara semenanjung tanah air iaitu di Kedah, Perlis & Pulau Pinang, semalam melancarkan penubuhan sebuah gerakan massa yang diberi nama ‘Watch – 13’ sempena kedatangan gelombang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.

‘Watch – 13’ menurut wakilnya merupakan gabungan gerakan mahasiswa serta anak muda di Utara Tanah Air seperti Ikatan Mahasiswa Perlis (IMaP), Gerakan Mahasiswa Insaniah (GMI), Legasi Mahasiswa Utara (LMU), Sekretariat Anak Muda Penang, Persatuan Mahasiswa Sains Politik dan beberapa gerakan lain merupakan sebuah gabungan non-partisan.

“Ianya membentuk sebuah solidariti terutamanya dikalangan mahasiswa dan anak muda di Utara ini, bagi mendepani isu-isu dalam Negara agar dapat menyampaikan idea faham berkenaan isu semasa kepada segenap rakyat berasaskan fakta serta nilaian yang bersih dan adil.

“Selain itu, kami juga mahu bangkitkan kesedaran anak muda dan mahasiswa menuju kepada Pilihanraya Umum ke 13 untuk bersama-sama menuntut perubahan dalam negara yang sedia ada kepada yang lebih baik.”, ujar salah seorang wakilnya semalam.

Check and balance sistem politik

Tambahnya lagi, gerakan itu juga menjadi badan semak & imbang kepada setiap struktur sistem pemerintahan dan politik tanah air.

“Kami akan beri pendedahan kepada anak muda dan mahasiswa mengenai situasi Negara yang membelakangkan peradaban nilai sama ada di peringkat kampus, negeri dan nasional.

“Dan akhir sekali, kami menolak sepenuhnya bentuk pemerintahan yang menggunakan penindasan, kekangan, kezaliman dan penipuan terhadap rakyat Malaysia.

Statistik menunjukan sebanyak 68% pengundi yang menetukan kestabilan proses demokrasi di negara ini adalah saluran 3 yang terdiri daripada anak muda dan mahasiswa.

Atas faktor itu, WACTH -13 melihat kewajaran untuk bersama-sama membentuk kesedaran ini di kalangan mereka.

Blog Pakatan Rakyat