Labels

Showing posts with label surat mahathir sokong israel. Show all posts
Showing posts with label surat mahathir sokong israel. Show all posts

Wednesday 29 February 2012

PANASS TERIK : OHhh Surat Dari Mahathir, Bukti Malaysia Iktiraf Israel Dan Mahathir Sokong Israel

Berikut ialah surat yang ditulis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Israel Ehud Barak yang baru dipilih pada 1999, seperti yang dikeluarkan Kementerian Luar di sini, hari ini.

PERDANA MENTERI MALAYSIA 8 Jun 1999 Tuan Yang Terutama Encik Ehud Barak Perdana Menteri Israel TEL AVIV Tuan Yang Terutama, Saya@Mahathir ingin menyampaikan ucapan tahniah atas kemenangan tuan dalam pilihan raya baru-baru ini. Dengan mandat yang cukup meyakinkan, saya berharap tuan dan rakan gabungan tuan akan dapat memimpin masa depan rakyat Israel di ambang Abad baru. Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengulangi pendirian Malaysia yang sentiasa memperjuangkan keamanan dan penyelesaian masalah antara jiran menerusi rundingan. Oleh itu menjadi harapan kami untuk melihat pelaksanaan bersama perjanjian yang ditandatangani antara PLO dan Israel. 

Kami juga percaya jika proses perdamaian hendak diselamatkan, langkah-langkah berkesan mesti diambil untuk memenuhi komitmen. Sebagai rakan penting dalam proses damai adalah mustahak bagi Israel lebih bersedia bertolak ansor. Rakyat Palestin telah membuat pengorbanan besar. Mereka tidak lagi menuntut penghapusan negara Israel. Mereka malah sedia berkongsi Baitulmaqdis dengan anda. Oleh itu kini masanya bagi Israel memberi respons positif demi mempertahankan harapan rakyat di Palestin dan Israel.

Komitmen mulia yang dibuat oleh Kerajaan sebelumnyua mesti dihormati. Jika tidak saya bimbang, akan wujud suasana konflik dan ketidakstabilan serantau yang berkekalan menjangkau ke Abad akan datang. Ini adalah prospek yang mesti dielakkan. Pokok masalah ialah bahawa tiada pihak yang harus kembali kepada cara lama merundingkan apa yang dimiliki pihak lain, di satu nada dan menghasut kebencian dan keganasan, pada nada lain. Malaysia tidak dapat membiarkan keganasan oleh mana-mana pihak, sama ada rakan atau musuh. Mana-mana negara yang merampas tanah dan harta orang lain, atau menghapus tempat tinggal orang lain untuk mendirikan penempatan mereka sendiri tidak boleh dianggap bersikap jujur mahukan perdamaian.

Malaysia yakin penuh bahawa keselamatan semua negara di Asia Barat dapat dijamin dengan kewujudan perdamaian yang adil, berkekalan, dan komprehensif di rantau berkenaan. Ini mestilah berdasarkan pada prinsip “pertukaran tanah untuk perdamaian” dan penubuhan sebuah negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya. Dunia berharap Israel di bawah kepimpinan tuan, mengetengahkan proses damai dengan iltizam yang tulen. Saya sesungguhnya berharap pencapaian penyelesaian komprehensif di rantau tersebut akan membolehkan Malaysia melihat dengan realistik langkah positif ke arah penubuhan hubungan biasa dengan Israel.

Yang Ikhlas Dr Mahathir Bin Mohamad — BERNAMA



1) DR M ucapkan tahniah kepada Ehud Barak atas kejayaan besarnya memenangi piliharaya umum negara Israel...

2) Mengharapkan agar Ehud Barak dan rakan kabinetnya dapat memimpin rakyat Israel kemasa depan yang lebih gemilang

3) DR M secara terus terang mengiktiraf kewujudan negara Israel....

4) Berhasrat besar mau mengadakan hubungan biasa dengan negara Israel...

Tengok dan baca surat dibawah...yang kita geng-geng...
Nk Yang besor..klik jer..tak susah....

AzrinRen : Ini bukti dan jelas yang mantan Perdana Menteri malaysia Dr Mahathir telah mengiktiraf israel dan menyokong kuat dasar-dasar israel sepanjang menjawat jawatan Perdana Menteri, bercakap tentang syarat proses damai terlebih dahulu sebelum ingin menghubungan dasar malaysia dan israel seperti perdagangan dan ekonomi, sekarang kita sudah melihat yang negara kita bernama malaysia sudah berdagang dengan israel seperti di pelabuhan, nama kapal tersebut adalah zim dengan menggunakan nama amerika syarikat sebagai wakil israel, sedangkan proses damai antara palestin dan israel belum lagi dimeterai. Mahathir berkata israel haruslah membawa proses damai terlebih dahulu sebelum untuk bekerjasama dengan malaysia.

Sekarang ini israel masih menindas rakyat palestin dan menyekat kebebasan umat islam untuk bersolat di masjid al-aqsa, jadi malaysia dibawah pemerintahan UMNO/BN masih bersekongkol dengan israel dan membantu israel dari segi perdagangan dan ekonomi. 

Ini sudah menampakkan malaysia sudah mengiktiraf israel sejak dibawah pemerintahan mahathir lagi, gua menggambarkan malaysia dibawah pemerintahan mahathir hingga ke najib kini menyokong dasar israel dan meberi berbutir peluru kepada negara yahudi itu untuk memerangi umat islam. 

Mengatakan kepada datuk sri anwar ibrahim akhirnya tertunjuk ke hidung lu sendiri wahai mahathir@madey.
Bagi gua, selagi israel wujud, selagi itulah dunia tidak akan aman, lu semua ingat, kita lihat yahudi menindas umat islam palestin dengan jentolak dan peluru, tetapi dinegara-negara islam yang lain termasuk malaysia, mereka yahudi menindas kita dengan ekonomi dan perdagangan.

sekian...

psst...Mahathir harus bertaubat......



Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat