Labels

Showing posts with label PATI boleh mengundi. Show all posts
Showing posts with label PATI boleh mengundi. Show all posts

Tuesday 2 August 2011

BloggerzExpress : - UMNO/BN Gadai Megara


Begitu hebat negara kita yang bernama malaysia ni, dulu kaum2 dimalaysia hanya terdiri daripada Melayu,Cina,India(Mengikut semenanjung sahaja). kini malaysia kaumnya telah bertambah ialah Melayu,Cina,India,Bangla,Indon,Vietnam,Burma,Pinoy. Perkkk..sungguh2 hebat. tidak lama lagi malaysia sudah jadi negara kuasa besar kalau digabungkan jadi 1. ini bukanb dah 1MALAYSIA tetapi 1DUNIA.

 
Lepas ni amerika,russia,china pun takut kat malaysia. hebat2...siapa pengkhianat sebenarnya ni :D. SPR hak kerajaan persekutuan atau hak Pakatan Rakyat? ce habaq ce habaq mai...

Malaysia negara cikai sapa sahaja boleh boleh jadi rakyat, sapa sahaja boleh rogol malaysia negara tiada daulat negara tempat penjenayah2 duduk...huh aku tak bangga lagi jadi rakyat malaysia(rakyat ke?) negara kotor ni. 

Harap2 sapa dalang disebalik perkara ini akan dihumban ke neraka kelak nanti. disituh memang tempat yang paling layak untuk golongan perosak negara...langsung tak takut dengan hasil(gaji) haram. mereka ini lebih jahat dari komkunis, tunggulah balasan dari yang maha ESA. 

Nampaknya keperluan untuk BERSIH 3.0 lebih memanggil kita...di titiwangsa sahaja ada 52 yang ditemui pagi tadi masih berstatys PR..bila dibawa nama ke SPR tiba2 tengah ni dah jadi WARGANEGARA dah...SPR MELAMPAU!!! DAH JADI PENGKHIANAT NEGARA!!! 

psst : - Ini dinamakan malaysia negara aman? butakah mereka? atau mereka lebih pentingkan duniawi sehingga mereka sanggup mengakui malaysia ini negara yang aman sedangkan dibelakang mereka ada disebalik maksudnya. memang negara kita mana dari segi tiada peperangan, perang saudara, rusuhan kaum. tetapi negara kita cerai2 berai bertambah, anak luar nikah bertambah, maksiat bertambah, media kerajaan umno rajankan fitnah sebagai modal untuk jatuhkan pihak lawan yang ingin pembaharuan. ini bukan tikus tetapi mereka ini adalah beruang!!! inikah dikatakan malaysia aman? sedangkan orang yang dituduh cepat2 pencacainya menghukum tanpa bukti kukuh, tanpa saksi, dengar berita2 dari fasiq tidak diselidik terlebih dahulu terus percaya. berimankah mereka? percaya kepada umno/bn atau tuhan? siapa tuhan mereka? umno/bn atau Allah? siapa idola mereka? nabi muhammad atau umno/bn?. begitu jebon mereka. harap pagar pagar makan taik!! lebih baik beruk lebih mulia dari mereka!!! kahrkk ptuih!!! 


 

Baca Berita Penuh ..

BloggerzExpress : - PATI Boleh Mengundi?


Gempar: 'Pameran Rang Daftar Pemilih SPR', Ada Permastautin Tetap 'IC Merah' Berdaftar Sebagai Pengundi Pilihanraya Telah Berjaya Didedahkan!


Panas dan sungguh mengejutkan bila kami mendapat maklumat ini. Ternyata, permainan "taktik kotor" yang dipelopori oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terus didedahkan oleh rakyat mutakhir ini. Ia bagi membuktikan memang berlaku amalan tidak bersih dalam pilihanraya di Malaysia selama ini. Malah, ia juga bagi menyedarkan Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar yang masih mencabar mana-mana pihak supaya mengemukakan bukti seandainya ada maklumat tentang penipuan dalam pilihanraya termasuk isu pengundi hantu. Malah, dengan bangganya dia tergamak mengatakan kononnya SPR berlaku adil kepada rakyat Malaysia dalam setiap kali musim pilihanraya. Beliau seolah-olah tidak mahu berpijak dibumi yang nyata dan menganggap rakyat Malaysia "bodoh" seperti sesetengah pihak. Inilah yang berlaku sebenarnya. Lantaran itulah mereka-mereka yang bermentaliti seperti ini begitu tidak selesa dan tidak boleh menerima Himpunan Bersih 2.0 yang diadakan 9 Julai baru-baru ini. 

Bukti, keratan semakan yang telah pun dibuat di laman web rasmi SPR 
Justeru itulah, bagi membuktikan kepincangan yang berlaku kepada agensi terbabit maka pendedahan demi pendedahan terus dilakukan oleh rakyat. Terbaru, menerusi email yang kami terima menyatakan terdapat bukti kukuh terdapat permastautin tetap yang mempunyai kad pengenalan merah juga boleh mengundi di Malaysia. Perkara itu disedari ketika pihak terbabit membuat semakan semasa Pameran Rang Daftar Pemilih SPR baru-baru ini. Mujurlah ada tempoh tujuh hari untuk pihak terbabit membantah dengan bayaran RM200. Jika tidak, sudah pasti individu yang bernama Mismah pemegang IC Merah 640704715238 boleh mengundi pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Bukti semakan boleh dirujuk di laman web rasmi Jabatan Pendaftaran Negera (JPN)http://www.jpn.gov.my/semakic/ dan di laman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/
 
 

psst : - print dan tunjuk kepada org ramai yg masih ketinggalan dari segi bidang ICT..jangan cakap pakatan rakyat kontrol JPN dan SPR pulak!!  

 
 Mat Sabu: Pilihanraya Ke13, The End Of UMNO & Barisan Nasional

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat