Labels

Showing posts with label mission impossible 4. Show all posts
Showing posts with label mission impossible 4. Show all posts

Saturday 20 November 2010

Apa Yang Boleh Dijadikan Sebagai Iktibar....??

Maher Zain,

berpindah dari Lubnan ke sweden ketika maseh di alam kanak2,,.
berpelajaran tinggi, seorang graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Aeronautik. (Bukan calang-calang orang)



tapi lebeh suka memilih industri muzik, hidup di alam yang sangat berbeza dengan hukum hakam agamanya(Islam) dan adat budaya bangsanya.


tak pernah mengamalkan ajaran Islam, jauh terpesong, berbudaya kebaratan , sesat dan hanyut. Pernah terlibat dengan kerja kerja belakang tabir pertunjukan pentas Lady Gaga..(penyanyi yang bertuhankan SATAN)

sehinggalah terpaku dan terkedu apabila bertemu dengan seorang wanita yang berhijab ketika masih lagi bekerja dengan sebuah syarikat penerbitan album, RedOne...(yang kini telah menjadi isterinya)

di mana peristiwa ini telah mengubah segala kehidupannya...
mula mendekati masjid beramal ibadat dan kembali menghayati dan mengamalkan segala ajaran agamanya iaitu ISLAM.


psst : adakah apa-apa yang boleh dijadikan iktibar atau pedoman atau apa saja melaui pengalaman dan liku hidupnya ini..???

Baca Berita Penuh ..

Monday 15 November 2010

Banjirrr Ohhh Banjirrr...

ada org kata bah tu bala!


kalau bala....pasaipa masa aku pi kat pusat bantuan bah tu..... aku tengok orang gelak-gelak.....sengeh-sengeh....jolok nasik masok perut sampai sendawa!........lepas tu dok kat kerusi sembang pasai pompuan...pasai janda seksi....pasai benda-benda yg cuit hati....last2 gelak kahkahkahkah!..........NI KA RUPA ORANG YG SEDANG DOK DALAM BALA TUHAN? 

tak dak sedih....tak dak sugul....takdak takut....takdak muhasabah.....MULUT TAK KELUAR ISTIGHFAR!........ayaq mata jauh sekali.....badan menggeletar tok sah harap! 

ada org kata bah tu ujian!


kalau ujian........pasaipa masa aku pi kat rumah orang yg sedang kena ujian tu..........aku tengok tuan rumah tu relax ja tengok tv........dengak radio.....sambil nyanyi-nyanyi.....gelak-gelak........usik hang!....usik aku........tidor lunjur kaki kat kerusi malas!................tak dak langsung gaya macam org yg sedang hadapi ujian! 

takdak langsung.......kot-kot nak rasa cemas....rasa gundah gulana.....semuanya coolllllllll ja!....everything is cam ok ja! 

ada orang kata bah tu fenomena alam!



betoi ka ni!........................cam tak caya pulak aku! 
pasaipa dulu-dulu tak jadi camni?........yg aku tau dulu-dulu bah hanya terjadi kalau hujan terlampau lebat....bertempor dengan ayaq laut pasang besar....................haaaaaaaaa cam tu bulehlah kita cakap fenomena alam! 

aku rasa.....ni bukan fenomena alam ni!.....tapi bah yg berpunca dari lalai ......alpa......manusia dalam urus amanah tuhan kot!.....RASA2NYA LAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA! 

apa kata kalau kita kata....sebenarnya bah ni adalah satu fiesta! 

pasai aku tengok ramai sangat yg syok bila tengok lori beras....lori kain selimut........lori gula masuk pi kat depa yg sedang CERIA kat sesetengah pusat pemindahan tu! 

pasai aku tengok ramai yg berebut-rebut nak bagi bantuan sambil sengeh .....pada yg terima barang tu jugak dalam semngeh jeeeeeeeeeeeeeee! 

apa kata kalau kita kata......bah ni sebagai satu medan tempor....lawan kata mengata!.............tak dak simpati......tak dak muhasabah....tak dak kesian belas.....tak dak rasa menyesal.....tak dak rasa persdaudaraan.....tak dak silaturrahim.....tak dak rasa apa-apa pun! 
gelagak kat pusat pemindahan boleh terjemahkan sejuta cerita klu kita tengok ngan mata hati! 

ada satu pusat pemindahan masa solat jumaat.............asap rokok berkepoi-kepoi.......relaxxxxxxx .........suara azan lesap camtu ja!
 

psst : ada orang kata bah tuh banjir........tapi.....tak pulak orang panggil roti banjir tuh roti bah!!..nyot..nyot...keh keh ahah!!!..hehee..sorry orang-orang selatan sebab aku loghat utara...

Baca Berita Penuh ..

Saturday 13 November 2010

Mari Jadi Manusia Pencinta Alam Dan Sebagainya

Artikel ini lahir setelah mendapat feed back yg memberangsangkan dari beberapa orang  tentang kecintaan mereka kepada alam semulajadi.
warnailah artikel ini dengan keindahan alam ciptaan Allah dan jadikan lah artikel ini sebagai pemakin untuk kita memupuk semangat menghormati ,menjaga dan menyayangi ciptaan Tuhan.


mungkin dengan sedikit usaha bermula disini kita boleh mengubah tabiat buruk yg selama ini menjadi kebiasaan orang orang negara dunia ke3, saperti membuang sampah tak kira dimana-mana jua.
jom kita didik dan ajar anak anak kecil kita suapya mencintai alam semulajadi dengan menjaga kebersihan persekitaran dari pencemaran.
ingatlah setiap kejayaan bermula dengan langkah pertama,dan disini lah permulaannya......

keindahan alam semula jadi mungkin akan hilang jika kita semua tidak menjaganya dengan baik.
bayangkan dengan keindahan alam semula jadi kita dapat hidup dengan lebih tenang dan ceria dan juga dapat menghidu udara yang segar dengan nyaman, ketenangan yang memberangsangkan sambil pula kita pekena minuman contohnya ali cafe, kacip fatimah, kopi, teh panas, dan lain-lain minuman yang terkenal di negara kita ini.

bukan sekadar manusia yang dapat menghidup alam semula jadi yang indah malah haiwan-hawain contohnya kucing dan lain-lain. jadi mari lah kita menjadi manusia yang amanah dan jujur untuk menjaga alam sekitar di muka bumi ini. ingat!! kerana tidak menjaga alam ia juga mempercepatkan prosesnya kiamat. ayuh..cintalah alam sekitar..berdoa lah kepada Allah agar persekitaran alam kita selamat dan dapat menjauhi dari segala bala bencana.



faktor cuaca pula kita haruslah menghargai dengan bijaksana dan yang terbaik..iyelah kadang-kadang mata kita kususnya lelaki terpandang perkara yang membawa keburukan dan wanita pula mendatang keburukannya pada diri sendiri. jadi fikir-fikirkan lah...
jadilah manusia yang murni, harmoni, sejahtera, amanah dan gemilang.




Zainal Abidin - Hijau



Sekadar Teladan

Baca Berita Penuh ..

Friday 12 November 2010

Pemandu Tak "ber AKAL" Punca Kemalangan...

Apabila sebut ja 'kemalangan'...kita tak dapat nak kata apa2 pun..org tua-tua kata dah 'geruh'....

aku nak cakap pasal kemalangan yg terjadi dan berlaku di jalanraya...tak kira jalan apa pun...

banyak kali aku perhatikan 'simtom2' akan dan bolih berlaku nya kemalangan...


1. ada pemandu bila letak kereta main ikut syok dia ja...tak fikir akan kenderaan lain..kalau nak berhenti pastikan lah masuk ke dalam 'bahu jalan'...bukan suka-suka ja letak separuh-separuh...

2. bila nak belok mana-mana simpang atau nak berhenti..dah dekat baru nak bagi 'signal'...aku gelar dreber 'menggong/bangang' tahap ni...

3. di jalan utama pulak...suka-suka ja memandu ikut rentak sendiri...mcm jalan-jalan cari makan...menyusahkan pemandu lain..

4. hari dah mulai gelap masih tak pasang lampu...dia ingat org bolih nampak kereta dia..hoi 'mangkuk berayun'..jgn pentingkan diri hang ja...

5. bila 'parking' kereta ikut suka dia ja...tak fikirkan kesulitan org lain...yg ni dreber dari 'hutan banat'..

yg aku 'menyampah' sangat..kereta dia org bukan calang-calang..dan pemandu nya pulak ada yg ber tali leher...tapi 'akal tarak'..

kalau tak reti nak nak fikir...baik hangpa pi tanya mr bean.. 



Baca Berita Penuh ..

Wednesday 10 November 2010

Adab Bercerai Perlu Di Jaga

Dalam Islam adalah menjadi dosa besar membuka, berkata, melapurkan dan mendedahkan apa-apa perhubungan yang berlaku dan di lakukan di dalam tempuh pernikahan@perkahwinan.

Tetapi orang Islam@Melayu akhir2 ini sangat daif dengan adab sebegini di dalam Islam. di manakah akhlak mereka.

baru sahaja se minit bercerai dari parti dan masih lagi tak habis dan sempurna pun edah nya dah buat hal.

menceritakan perkara2 yang tidak sepatutnya mereka ceritakan perhubungan mereka di dalam parti kepada orang ramai malahan kepada parti musuh tradisi.

jenis apakah mereka sebenarnya. benar kah dan betul kah mereka ini. apakah orang yang sebegini layak anda angkat menjadi pemimpin. orang yang tidak tahu adab, sopan dan menyimpan amanah.

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat