Labels

Showing posts with label bersama nik aziz. Show all posts
Showing posts with label bersama nik aziz. Show all posts

Friday 16 March 2012

Jangan sampai adat susahkan urusan kahwin - Nik Aziz Nik Mat

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan orang Melayu tidak terlalu memberi tumpuan pada soal adat dan budaya sehingga menyusahkan urusan perkahwinan termasuk "terpaksa berhutang."


Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, urusan perkahwinan sepatutnya dipermudahkan dan tidak wajar membiarkan diri dibebani pelbagai 'gangguan' budaya Melayu.

“Soal nikah kahwin dalam Islam adalah perkara yang amat digalakkan dan boleh disempurnakan walaupun hanya dengan mas kahwin 'cincin besi'.

“Malangnya, pengaruh masyarakat yang mahukan keindahan budaya Melayu ditonjolkan yang menjurus kepada kemewahan dan pembaziran menyebabkan golongan muda yang mahu berkahwin menangguhkan dahulu hasrat tersebut,” katanya.

Nik Abdul Aziz berkata, bakal pengantin dan keluarga sepatutnya hanya memikirkan belanja mas kahwin dan jamuan untuk tetamu sahaja.

Budaya Melayu yang mahu ditonjolkan katanya, menunjukkan banyak duit tapi pada hakikatnya banyak antara masyarakat yang terpaksa berhutang.

"Kita lihat banyak pameran perhiasan, pintu gerbang perkahwinan yang sengaja dibuat-buat sedangkan ia memakan banyak belanja," katanya ketika menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu di sini, hari ini.

Beliau berkata, jika tidak kena caranya, si suami mungkin terpaksa mengambil semula mas kahwin dan berhutang dengan isteri kerana mahu melangsaikan pinjaman persiapan majlis perkahwinan.

"Padahal mas kahwin itu seratus peratus milik isteri, tetapi akhirnya habis di tangan suami dek kerana hutang yang banyak," katanya.

Dalam perkembangan lain, Nik Abdul Aziz menyelar pihak yang mendakwa Kelantan sebagai negeri termiskin di negara ini.

Katanya, sindiran sedemikian tidak sepatutnya timbul kerana Kelantan juga negeri dalam persekutuan Malaysia yang sepatutnya dilayan serupa dengan negeri-negeri lain.

"Kalau kita berkereta ke sempadan Terengganu di Bukit Yong, Pasir Puteh, kita dapat lihat dengan jelas perbezaan keadaan jalan antara dua negeri. Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana duit yang dibelanjakan kerajaan persekutuan bukannya milik 'mak bapak' mereka.

"Sebab tu saya tidak akan halalkan sedikitpun harta Kelantan seperti royalti minyak yang dinafikan sekian lama, saya tidak akan halal sesenpun dan mengajak semua rakyat menuntutnya di hadapan Allah di akhirat nanti.

psst...Nak kahwin mudah kalau mengikut cara islam, tetapi kalau ikut cara budaya memang manusia sendiri yang menyusahkan, lihat berapa ramai lelaki dan wanita dimalaysia ni masih membujang :D

Baca Berita Penuh ..

Thursday 15 March 2012

MENGAPA UMNO BERIA2 MENDESAK TGNA LETAK JAWATAN? INI ANTARA SEBABNYA

Tok Guru PAS dahului langkah perubahan
Pemikiran menteri UMNOBN 'lewat 40 tahun'

MENGAKU atau tidak, para pemimpin kerajaan Barisan Nasional (UMNOBN) dalam diam-diam mengiktiraf ketajaman idea perubahan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat (Tok Guru). Satu demi satu idea dan langkah perubahan serta pembaharuan dalam pentadbiran yang dicetuskan oleh Tok Guru akhirnya 'dicedok' oleh pemimpin kerajaan UMNOBN, sama ada di peringkat Pusat ataupun negeri-negeri.


Beberapa peniruan yang telah pun berlaku sebelum ini tambah mengukuhkah lagi dakwaan di atas.

1: Larangan Memberi Hadiah Semasa Lawatan Rasmi pada Ogos 1998 lalu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Dr. Mazlan Ahmad mengarahkan jabatan-jabatan kerajaan agar tidak memberi hadiah kepada para tetamu khas yang merasmikan atau yang terlibat dalam apa-apa upacara rasmi jabatan atau kerajaan.

Lapan tahun sebelum itu, Tok Guru telah mengeluarkan arahan serupa kepada jabatan-jabatan di bawah kerajaan negeri Kelantan. Langkah ini bagi mengelakkan sebarang kemungkinan amalan rasuah, di samping mengelakkan perbelanjaan kewangan kerajaan dengan sewenang-wenangnya.

2: Penambahan Cuti Bersalin Untuk Kakitangan Perempuan bagi memenuhi dasar keluarga bahagia, maka Kerajaan Negeri Kelantan telah memanjangkan tempoh cuti bersalin untuk kakitangan perempuannya dari 42 hari kepada dua bulan (60 hari). Ia mula dilaksanakan di awal pemerintahan pada 1990. Kerajaan UMNOBN hanya mula melaksanakan penambahan ini pada 1997, iaitu lewat tujuh tahun.

3: Penguatkuasaan Atas Pengharaman Judi Negeri Terengganu ketinggalan hampir lapan tahun berbanding Kelantan dalam ketegasan menghapuskan kegiatan judi di negeri masing-masing. Manakala Tan Sri Wan Mokhtar selaku Menteri Besar pula terlewat 24 tahun berbanding Tok Guru dalam melaksanakan penghapusan judi di negeri masing-masing.
Wan Mokhtar mula menjadi MB Terengganu pada 1 September 1974 dan hanya mula menutup premis judi di Terengganu (Jertih) pada bulan Julai 1998, iaitu selepas 24 tahun menjadi MB. Sedangkan Tok Guru di hari pertama tahun 1991 terus mengambil langkah drastik menghapuskan judi di Kelantan.

4: Pemotongan Elaun MB, TMB dan Wakil Rakyat.
Sedari awal pemerintahan PAS di Kelantan pada tahun 1990, MB telah memotong elaunnya sebanyak 45 peratus; 40 peratus untuk PAS dan 5 peratus untuk Perbendaharaan Negeri. Pemotongan elaun dua TMB pula berjaya menjimatkan RM18,000 setahun. Manakala Wakil-wakil Rakyat PAS memotong sebanyak RM500.00 sebulan untuk parti.

Kerajaan BN melaksanakan pemotongan elaun para Menteri dan Exco-exco negeri pada tahun 1997 lalu, lewat tujuh tahun daripada apa yang dilakukan oleh Kelantan. Itu pun kerana terpaksa, disebabkan tekanan kegawatan ekonomi. Kononnya sebagai tauladan bagi rakyat dalam kempen berjimat-cermat, setelah mereka puas berboros selama ini.

5: Rumah Awam Tiga Bilik Tidur
Pada tahun 1993, Tok Guru mengarahkan semua pihak pemaju perumahan di Kelantan membina rumah awam dengan tiga bilik tidur. Ia adalah bagi mengasingkan dua ibu bapa, anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan, sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam. Kerajaan Terengganu mula melaksanakan saranan tersebut pada tahun 1997. Ia terlewat lagi, kali ini empat tahun. Bagaimana kerajaan negeri-negeri lain?

6: Cuti Hari Sabtu
Beberapa tahun lalu, apabila kerajaan Kelantan mula melaksanakan jadual kerja lima hari seminggu, pelbagai seranah dilemparkan oleh para pemimpin UMNOBN. Dikatakan para pemimpin PAS pemalas, tidak produktif, mahu membawa Kelantan kepada kemunduran, anti-kemajuan dan berbagai-bagai lagi. Tok Guru hanya mampu tersenyum dan terus bersyarah kepada rakyatnya bahawa hasrat kerajaan negeri ialah menjadikan hari Jumaat sebagai hari ilmu dan Sabtu sebagai hari keluarga.
Kini segala seranah itu telah lenyap entah ke mana. Malah, para pemimpin UMNOBN dalam mengulas keputusan mereka menjadikan hari Sabtu pertama setiap bulan sebagai cuti umum turut menyebut tujuannya antara lain untuk menjadikan hari itu sebagai hari keluarga. Berapa tahun pemimpin UMNOBN terlewat kali ini?

Banyak lagi pembaharuan yang dibuat oleh Tok Guru di Kelantan, ditiru akhirnya oleh para pemimpin BN. Ini membuktikan bahawa pemikiran pemimpin BN selalu "terlewat" dalam mengenal pasti perubahan-perubahan yang sesuai dilaksanakan di peringkat masing-masing. Jumlah kelewatan pemikiran mereka itu, jika dicampur kesemuanya, sudah tentu melangkaui angka 40 atau 42 tahun, usia kemerdekaan negara kita.

"Mereka tidak kata mereka meniru Kelantan. Tapi yang pasti, kita buat dulu. Bila mereka buat kemudian, mereka nyata meniru, walau- pun tidak mengaku. Tidak mesti mengaku. Tapi bila kamu buat kemudian lepas orang lain buat, ertinya kamu tiru!", kata Tok Guru penuh sinis.

Dengan apa yang diutarakan itu, tanggapan bahawa PAS hanya mampu bercakap dan mengkritik serta tidak mungkin berjaya mentadbir kerana ketandusan idea, kekurangan tenaga mahir dan profesional dan sebagainya dengan sendirinya ternafi. Malah, langkah-langkah pembaharuan yang dibuat oleh Tok Guru nyata berkesan dan menjadi ikutan pula oleh para menteri UMNOBN di negeri-negeri mahupun Pusat.

Habis, kalau setakat tunggu nak tiru dan cedok idea orang, di mana bijaknya para menteri UMNOBN seperti yang didakwa-dakwa itu? Ramailah orang boleh jadi menteri, kalau macam tu!

psst....UMNOBN dok sibuk tibai anwar, MIC diam MCA pulak dok tibai hukumk islam, UMNO diam penakut pengecut dan dayus!!!....

Baca Berita Penuh ..

Monday 30 January 2012

Amy Search Bersama Tok Guru Nik Aziz


Alhamdulillah, Semakin ramai artis yang telah mendapat hidayah daripada Allah S.W.T, Ingatlah akhirat jangan hanya harus mengingati duniawi semata-mata.Kerana duniawi tak boleh kemana-mana mahu pun di kubur, Bila kita ingat akhirat. InsyaAllah hidup dan perjuangan kita didunia semoga diberkati oleh Allah s.w.t,

Ingat PAS Ingat Islam, Hina Islam Ingat UMNO

psst....Artis yang suka tunjuk tubuh bila lagi???



Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat