Labels

Showing posts with label curang. Show all posts
Showing posts with label curang. Show all posts

Sunday 5 February 2012

NAJIB UMNO/BN PELINDUNG ISRAEIL, PEMBUNUH RAKYAT PALESTIN

''NGO, Pejuang Palestin tahu siapa sebenarnya kawan dan lawan mereka di Malaysia. Kerajaan sekular UMNOBN bermuka-muka untuk tarik sokongan rakyat bawahan tapi bersekongkol dengan Israeil membunuh rakyat Palestin. DS Anwar Ibrahim rakan rapat kerajaan Turki pejuang dan tokoh diplomatik pembebasan Palestin.'' 

Najib, Mahathir jalin hubungan dengan Israel sekian lama- AMK



Ini bukti kerajaan peliwat@umno mempunyai hubungan dengan ISRAEL, Mereka juga tidak mengiktiraf hamas untuk menyelamat rakyat palestin. mereka menyokong mahmud abbas PM palestin yang lemah dan bertanggungjawab rakyat palestin terus ditindas oleh yahudi israel.

KUALA LUMPUR 3 Feb: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) berpendapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pimpinan Umno lainnya bersikap talam dua muka berhubung dasar luar negara dengan menjalinkan hubungan dengan Israel sejak sekian lama.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin mengulas kenyataan semborono pemimpin Umno, termasuk bekas presidennya, Tun Dr Mahathir Mohammad yang menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya ketua pembangkang itu menyokong Israel.

Dokumen EU menunjukkan Malaysia di kedudukan ke 15 menjalin hubungan dagang dengan Israel

Menurut Shamsul, Malaysia menduduki tangga ke 15 sebagai rakan dagang utama dengan Israel pada 2010, melalui dokumen rasmi yang didedahkan oleh Kesatuan Eropah (EU), selain kapal Israel dibenarkan berlabuh di perairan Malaysia.

“Pendedahan dokumen yang menyatakan Malaysia menduduki tangga ke 15 sebagai ‘The Major Trade Partner 2010′ dengan rejim Israel membuktikan sikap sebenar hipokrasi Umno.

“Namun di dalam negara, mereka (pemimpin Umno) cuba menyatakan Malaysia tiada hubungan langsung dengan Israel, samada secara rasmi atau tidak rasmi,” katanya.

Selain itu, katanya, Najib melantik syarikat perunding komunikasi Israel, Apco Worldwide untuk menaikkan imej kerajaan dengan membayar sebanyak RM77 juta setahun kepada syarikat zionis itu.

Manakala Mahathir pula mengakui pernah membayar seorang pelobi Zionis, Jack Abramoff bagi menemui bekas Presiden Amerika Syarikat, George Bush.

“Najib mengupah Apco dan Dr Mahathir pula membayar pelobi zionis jutaan ringgit, ini semua mengukuhkan lagi sikap bermuka-muka Umno yang mempercayai kepakaran Israel berbanding keupayaan rakyat Malaysia sendiri.

“Sebab itu fitnah Umno bersama media kawalannya kononnya Anwar menyokong Israel jelas menggambarkan sikap hipokrit dan bertujuan cuba mengalih isu sebenar,” jelas beliau kepada keadilandaily.com

Sebelum ini, pentadbiran Najib membayar RM77 juta setahun kepada Apco Wordwide, untuk tujuan perundingan komunikasi selain mengilhamkan slogan 1 Malaysia yang meniru konsep One Israel.

Pendedahan itu pada Mac tahun lalu menyebabkan Anwar dan tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat hampir setengah tahun.

Selain Apco, pentadbiran Najib turut mengupah syarikat komunikasi, FBC media yang terlibat dalam kempen menyokong serangan tentera Israel terhadap konvoi misi bantuan Mavi Marmara ke Gaza, Mei 2010.

FBC yang dibayar kerajaan Malaysia RM94 juta turut memuji tindakan Israel menghentikan misi bantuan kemanusian kapal Mavi Marmara ke Gaza, yang menyaksikan beberapa orang terkorban.

psst....Tanpa israel...siapalah UMNO...

Baca Berita Penuh ..

Saturday 4 February 2012

Mereka Dihina Kerana INSAF

Dihina, diusik dan dilabel dengan pelbagai gelaran seperti ‘ustazah jadi-jadian’ selain dipulau rakan, saudara-mara dan adik beradik antara cabaran kehidupan empat artis ini selepas mendekatkan diri ke jalan Allah.


Pada zaman kemuncak mereka, siapa tidak kenal Catriona Noorhayati Ross Bahrain Ross (Cat), Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge) dan Zafri Nanarudin (Zaf VE).

Mereka bukan asing dalam industri hiburan tanah air. Masing-masing pernah merasai dunia glamor dan menyemarakkan dunia lakonan dan muzik melalui genre R&B dan hip-hop hingga menjadi kegilaan ramai, terutama anak gadis.


Cat kini bergelar penceramah bebas, manakala tiga lagi artis lelaki itu menubuhkan kumpulan nasyid Al Mawlid bersama Abdullah Ahmad (Lah VE) dan Amer Munawer Yusoff (Amer Ruffedge). Sempena sambutan Maulidur Rasul hari ini, keempat-empat artis ini mengambil kesempatan berkongsi cabaran dan pengalaman dalam mengharungi fasa baru dalam hidup mereka.

Begitu Juga PAS, PAS nak perjuangkan Islam untuk malaysia dan ingin membawa malaysia supaya lebih aman mengikut dasar undang-undang ISLAM mereka (PAS) dihina, dituduh sesat oleh puak-puak tolol dan sekular.

Nabi muhammad S.A.W pun pernah kena hina dan dituduh sesat gara-gara mendidik umatnya untuk menjadi manusia yang mengguna, manusia yang ada nilai-nilau akhirat dan menjadi manusia yang tidak rugi didunia dan di akhirat.

Golongan-golongan jahil ni lebih suka kebebasan kejahatan, sebab itu jenayah, maksiat, cerai-berai, curang sana curang sini, peluk sana peluk sini, tunjuk tubuh pungkoq sana sini, bukak baju tunjuk superman sana sini, rempit sana sini, fitnah sana sini gara-gara takut kat seseorang itu terus meningkat, ulama membela yang dia tidak dihina ulama yang tidak membela dia dihina.

Tetapi mereka-mereka ini tidak dihina malah dipuji lagi oleh puak-puak bahalol.

Tambah-tambah yang ni, lagi dipuji, ghairah kaum lelaki sehingga terjerumus ke lembah kemaksiatan. sekian..

psst....Golongan-golongan jahil sesuai humban ke dalam hutan untuk mencari kehidupan sebenar untuk mereka.



Baca Berita Penuh ..

Sunday 9 January 2011

Menjelang 15 Mac : - Facebook Bakal Ditutup???

 psst : - Kalau betul pun...elok sangat tu..berhenti laa..semakin berfancebook semakin runtuh lah moral kalian..tambah-tambah pula kes curang dan cerai di sebabkan facebook...mark pun sedar..kalian bila lagi??? Masih kalian ingat msnchat yang sepopular facebook dulu? begitu juga nasib yg sama dialamai oleh facebook.


FACEBOOK WILL END ON MARCH 15th!
Posted on Saturday, January 8th, 2011

PALO ALTO, CA –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.

“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”

Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.

“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat