Labels

Showing posts with label kekal. Show all posts
Showing posts with label kekal. Show all posts

Tuesday 9 April 2013

Khalid Sedia Dikekal Sebagai MB Selangor


Lima tahun mentadbir Selangor, Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berharap diberikan satu lagi peluang untuk meneruskan kecemerlangan pemerintahannya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bercakap dalam wawancara khas bersama Sinar Harian, Khalid mahu rakyat memberikan tempoh sekurang-kurangnya satu penggal lagi supaya beliau boleh melaksanakan pemberian saham air kepada rakyat di negeri ini.

"Saya hendak terjemahkan konsep itu jadi pelaksanaan," ujar beliau.

Menurut Khalid, jika hasrat itu berjaya direalisasikannya, terpulanglah kepada parti dan rakyat untuk meletakkan beliau pada posisi apa selepas itu.

"Saya beri keutamaan, bila saya sudah selesaikan pemberian saham air untuk rakyat Selangor, saya di mana-mana pun boleh.

"Kalau boleh. Saya rasa (jika berjaya laksanakan) saya pun sudah cukup berbakti kepada rakyat dan bangsa (ketika itu)," ujar beliau lagi.

Selangor satu-satunya negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) yang memberikan subsidi air percuma 20 meter padu pertama setiap bulan kepada rakyat di negeri ini selepas PRU 2008.

Sehingga Februari 2013, ia telah memanfaatkan lebih sejuta rakyat Malaysia di sekitar Lembah Klang ini. Penerima air percuma ini terdiri daripada pengguna yang memiliki meter individu termasuk yang menerima kemudahan kupon percuma.

Khalid memberitahu, pemberian saham kepada rakyat yang membayar tarif air ini juga merupakan satu usaha untuk menghapuskan amalan monopoli dalam industri berkenaan.

"Kita bercakap monopoli ini tidak boleh disalahgunakan maka boleh diterjemahkan, ia boleh dimiliki oleh rakyat.

"Maknanya apabila rakyat memilikinya, monopoli itu mengenakan harga yang tinggi kepada rakyat, rakyat akan beban,

#BN tak main kotoq, InsyaAllah kekal....

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat