Labels

Showing posts with label tukartibu. Show all posts
Showing posts with label tukartibu. Show all posts

Thursday 17 February 2011

Doreamon : - Kenapa UmnoBongok Rahsiahkan Tarikh PRU13?


p/s : 2 hari tak boleh duduk dan lagi 2 hari tak mandi....pi solat jumaat pulak...tak tau aku nak kata apa lagi dengan mamat saiful cap umnobongok yg perangai macam ni.  
Menjelang kemungkinan pilihan raya umum mengejut yang ramai menduga akan dipanggil oleh perdana menteri, parti pembangkang, badan sivil dan apa yang digelar 'kuasa ketiga', telah bertemu bagi membentuk satu barisan bersatu untuk berdepan dengan BN.Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan mengesahkan kepada 
Malaysiakini bahawa pertemuan tersebut adalah atas dayausaha PSM untuk menyatukan seluruhkekuatan, dalam menghadapi kemungkinan berlangsungnya pilihan raya mengejut.

Bagaimanapun, Arutchelvan (kanan) enggan mendedahkan butir lanjut mengenai pertemuan tersebut, kerana ia adalah pertemuan tertutup.

Adalah difahamkan, pertemuan yang pertamakali seumpamanya diadakan sejak pilihan raya umum 2008, dihadiri oleh wakil PKR, DAP, PAS, PSM dan Parti Hak Asasi Manusia (HRP).

MCLM, pimpinan penulis blog Raja Petra Kamarudin yang kini tinggal dalam buangan di United Kingdom, dan peguam hak asasi manusia, Haris Ibrahim, sedang berusaha menyenaraikan calon yang 'berwibawa' untuk bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.


Baca Berita Penuh ..

Thursday 10 February 2011

Revolusi Mesir : - Hosni Murtabak Letak Jawatan.


 JUNTA TENTERA MESIR bakal ambil alih kuasa pemerintah. HOSNI MUBARAK TELAH JAWATAN SEBAGAI PRESIDEN MESIR.

" EGYPTIAN OFFICIAL, HOSNI MUBARAK YIELDING POWER TO THE NATIONS MILITERY, AS SENIOR EGYTION OFFICILA TOLD CNN. SYABAS RAKYAT MESIR. UNDUR UNDUR HOSNI MUBARAK,

Dua sumber berita dipetik dari CNN DAN NBC NEWS. ( Presiden Mesir diktator Hosni Mubarak telah meletak jawatan sebagai presiden selepas 30 berkuasa secara kukubesi dan zalim. )

Selepas berdemotrasi selama 16 hari oleh kumpulan anti Mubarak dan seluruh rakyat Mesir Hosni Mubarak letak jawatan sebagai presiden Mesir.

Selama 16 hari kebangkitan rakyat Mesir berada didataran Tahrir dan mogok rakyat seluruh Mesir dan 300 orang terbunuh membuahkan hasil yang tidak ternilai.

Itulah perjuangan rakyat yang ditindas oleh regim diktator Hosni Mubarak yang berwajahkan syaitan Amerika dan talibarut Israel.

Hebat perjuangan mereka dengan berdemotrasi dan kebangkitan rakyat Mesir perlu diambil pengajaran dan tauladan dalam politik dan perjuangan.

Rakyat Mesir bangkit bersama kanak-kanak, keluarga, pemuda pemudi,golongan pengsarah, golongan jurutera, doktor dan profesional, buruh, pengangur, pekerja kilang dan seluruh rakyat Mesir yang berugama kristian turut bangkit untuk menjatuhkan diktator Hosni Mubarak."

p/s: Adakah Ini Berita baik Untuk rakyat Mesir..
Jika Junta tentera Bersifat Kuku Besi maka sia2 saja..
Kita kena ingat Semasa mula2 DEMO terjadi beberapa

Baca Berita Penuh ..

Wednesday 9 February 2011

Doraemon : - Keterhutangan Kewangan Serius!!!


 Apa maknanya? hampir semua dari kita berhutang ketika membeli rumah, berhutang ketika membeli kereta, berhutang ketika hendak belajar atau menghantar anak2 belajar, berhutang membeli itu ini dengan kad kredit. hutang-hutang yang menimbun ini telah mencipta bunga yang tinggi. bunga ini ditampung pula dengan proses cetakan wang kertas yang baru untuk melangsaikan hutang-hutang dari bunga tadi. Kesannya ialah wang baru mencuri nilai wang lama dlm pasaran menyebabkan nilai wang RM menjadi rendah. Lebih banyak wang kertas diperlukan untuk membeli barang2 dan perkhidmatan yang terhad, menjadikan harga barang tadi naik mendadak. Inilah inflasi!

Jadi tidaklah menghairankan kenapa kerajaan sentiasa menaikkan harga barangan keperluan. Sebabnya ialah mereka telah mencetak wang baru yang banyak dan kita kena menggunakannya untuk menambahkan kantung pihak2 bank yang kesemuanya adalah kroni pemerintah. lihatlah kalau barangan itu dikatakan dikawal, harganya sentiasa naik dan naik tetapi barangan yg tidak dikawal contohnya komputer dan telefon bimbit, harganya sentiasa saja turun.

Baca Berita Penuh ..

Sunday 6 February 2011

Gelombang Merah : - Pemuda Kelantan Tolak Gelombang Penipu

 Gelombang Merah Yang Sebenar Tunggu Nak Pukoi Orang

PAS berpandangan harapan Datuk Seri Mustafa Mohamed yang hendak memikat 400,000 orang muda hanya angan-angan mat jenin sahaja. Orang muda Kelantan adalah generasi yang sedar dan bermaklumat. Mereka anti penindasan, diskriminasi dan penyelewengan. Orang muda Kelantan tidak boleh terima slogan Umno hendak membela Kelantan, sedangkan Umno perlu membela rakyat negeri lain yang berada di bawah pemerintahan Umno yang tertinggal jauh dari segi kuasa membeli dan memiliki hartanah

400,000 orang muda Kelantan bukan hidup di dalam gua yang tidak tahu perkembangan dunia. Orang muda  Kelantan yang terkenal sebagai golongan terpelajar dan memenuhi kerusi di pusat pengajian tinggi di dalam atau luar negeri. Mereka menguasai ketua jabatan di Putrajaya. Ini petanda rakyat Kelantan, cerdik dan berjaya dalam pelajaran dan kerjaya.

Baca Berita Penuh ..

Revolusi MESIR : - MOSSAD Mula Menjalankankan Operasi Dajjalnya


 Seperti yang dijangka, Israel mula memainkan peranan untuk melindungi Regim Hosni Mubarak daripada jatuh d itangan rakyat. Operasi pertamanya, meletupkan saluran gas di utara Semenanjung Sinai.

Matlamatnya untuk memburukkan golongan anti Mubarak. Kita tengok dengan pantas dan segera pihak kerajaan menyalahkan golongan penentang regim.

Umum mengetahui dahulunya Israel pernah menduduki Semenanjung Sinai sehinggalah mereka menyerah kembali kepada Mesir dalam Perjanjian Damai Camp David 1978.

Untuk melakukan sabotaj amat mudah buat Israel melalui MOSSAD kerana mereka pernah menduduki tempat berkenaan dan tahu segala lokasi rahsia. Tujuan letupan adalah untuk mengalih perhatian rakyat terhadap Regim Mubarak.

Mesir mempunyai simpanan gas asli sebanyak 1.7 trilion meter padu dan yang ke 18 terbesar di dunia.

Baca Berita Penuh ..

Doraemon : - Bersama Berdoa Kejatuhan FIRAUN ABAD INI !


Seminggu selepas Presiden Tunisia Zainal Abidin Ben Ali digulingkan melalui Revolusi Jalanan kini tiba giliran Mesir pula.

Mesir, sebuah negara Islam, Arab dan Afrika mempunyai 80 juta penduduk. Uniknya Mesir kerana terkenal dengan gelaran Bumi Anbiya, Bumi Firaun dan mempunyai Tamaddun yang berusia ribuan tahun.

Presiden Hosni Mubarak mula mengambil alih pimpinan Mesir selepas kematian Anwar Sadat. Sadat dibunuh pada Hari Ulangtahun Perang Oktober(Ramadhan War) 6hb Oktober 1981.

Ketika Khaled Islambouli menembak Sadat, beliau menjerit, " Kematian buat Firaun Zaman Ini!".

Sadat digelar pengkhianat kerana menjadi pemimpin Arab pertama berdamai dengan Regim Zionis dalam Perjanjian Camp David 1978.

Seperti Jamal Abdul Naseer dan Anwar Sadat, Hosni Mubarak meneruskan tradisi pimpinannya menekan, menyiksa, membunuh aktivis Gerakan Islam seperti Ikhwanul Muslimin.

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat