Labels

Wednesday 9 February 2011

Doraemon : - Keterhutangan Kewangan Serius!!!


 Apa maknanya? hampir semua dari kita berhutang ketika membeli rumah, berhutang ketika membeli kereta, berhutang ketika hendak belajar atau menghantar anak2 belajar, berhutang membeli itu ini dengan kad kredit. hutang-hutang yang menimbun ini telah mencipta bunga yang tinggi. bunga ini ditampung pula dengan proses cetakan wang kertas yang baru untuk melangsaikan hutang-hutang dari bunga tadi. Kesannya ialah wang baru mencuri nilai wang lama dlm pasaran menyebabkan nilai wang RM menjadi rendah. Lebih banyak wang kertas diperlukan untuk membeli barang2 dan perkhidmatan yang terhad, menjadikan harga barang tadi naik mendadak. Inilah inflasi!

Jadi tidaklah menghairankan kenapa kerajaan sentiasa menaikkan harga barangan keperluan. Sebabnya ialah mereka telah mencetak wang baru yang banyak dan kita kena menggunakannya untuk menambahkan kantung pihak2 bank yang kesemuanya adalah kroni pemerintah. lihatlah kalau barangan itu dikatakan dikawal, harganya sentiasa naik dan naik tetapi barangan yg tidak dikawal contohnya komputer dan telefon bimbit, harganya sentiasa saja turun.


Kesannya ialah, harga barangan keperluan asas akan sentiasa dinaikkan dan golongan yang paling perit sekali ialah golongan rakyat berpendapatan rendah. Golongan pekerja kilang, kerani-kerani jabatan kerajaan, merekalah ini yang paling merana. Petani dan nelayan di kampung juga merasainya.

Oleh itu, berhentilah dari berhutang saudara2ku. Duduklah dulu menyewa daripada membeli rumah. Belilah kereta second hand atau berpada dengan motosikal saja kalau belum mampu. Jauhkan kad kredit! Ingatlah, berhutang bererti kita melibatkan diri dengan riba dan perbuatan riba itu seumpama mengisytiharkan perang dengan Allah SWT! nauzubillah..

psst : Tak Ada duit, pinjam dgn ALONG pun jadi.....heheh...

Blog Pakatan Rakyat