Labels

Showing posts with label keadilandaily. Show all posts
Showing posts with label keadilandaily. Show all posts

Wednesday 17 April 2013

PRU13 : Tak Pernah Daftar Tapi Disenarai Sebagai Pengundi Pos Taiwan

Azrin Ren : Wahhh, tengok kalian...macam-macam UmnoBN ni rancang plan nak menang pru. mereka sudah kehilangan sokongan majoriti rakyat, cara seperti inilah mereka mainkan untuk nak menang, bodoh punya UmnoBN!

Dengan cara Undi Poslah UmnoBN ambil jalan mudah untuk nak menang...


Runsing selepas menerima surat pengesahan sebagai pengundi pos, seorang wanita segera mengadukan hal itu kepada KEADILAN kerana dakwanya, dia tidak pernah mengundi walaupun sekali apatah lagi belum mendaftar sebagai pengundi.
Perkara ini didedahkan Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Siddik Ibrahim selepas menerima aduan itu di Bilik Gerakan Utama di Parlimen Lembah Pantai baru-baru ini.

Katanya, wanita yang bekerja di Kuala Lumpur itu menerima surat menggunakan alamat kampungnya di Johor.
Mangsa turut menjelaskan isi kandungan surat itu yang antara lain menunjukkan beliau disahkan sebagai pengundi pos di Taipei, Taiwan.

“Beliau hairan bagaimana namanya boleh disenarai sebagai pengundi di Taipei sedangkan dia bekerja di Kuala Lumpur dan berasal dari Johor.

“Saya sendiri ada menggesa beliau untuk melaporkan perkara ini kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam, tetapi beliau bimbang atas faktor publisiti media yang mungkin menjejaskan kerjayanya,” kata Siddik kepada Keadilan Daily.
Menurut Siddik, wanita itu berjanji untuk menghubunginya kembali bagi membantu siasatan salahguna maklumat peribadi. 

#Kalau nak menang pun, menanglah dengan cara halal...kalau cara haram, memang hangpa haram jadah laa...!!!

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat