Labels

Showing posts with label pdrm sprm spr ros. Show all posts
Showing posts with label pdrm sprm spr ros. Show all posts

Friday 14 January 2011

Dunia : - Suara Asia

 
Setelah kemerdekaan diperolehi, penduduk Asia Tenggara percaya kekayaan sumber alam mereka yang selama ini disalurkan oleh pihak penjajah ke negara asal mereka akan mereka kecapi sepenuhnya. Kemerdekaan akan membawa kemakmuran sehingga dasar-dasar ekonomi yang diumumkan oleh kerajaan mereka menekankan pencapaian kemajuan (pertumbuhan), nasionalisme dan kesaksamaan ekonomi. Bagi mencapai matlamat itu kerajaan-kerajaan Asia Tenggara mempunyai tiga pilihan utama bagi menentukan bentuk ekonomi yang diingini. Corak kapitalis di pakai di Thailand, Republik Vietnam, Singapura, Filipina, Burma, Indonesia (waktu Orde Baru) dan Malaysia.


Corak Sosialis di Burma waktu Ne Win dan Republik Sosialis Vietnam. Manakala suatu corak tersendiri yang menggabungkan prinsip-prinsip sosialis ataupun kapitalis yang agak kabur dengan unsur-unsur kebudayaan tempatan dilaksanakan di Burma (waktu U Nu), Kampuchea (waktu Sihanouk) dan Indonesia (waktu Orde Lama). Namun dari perkembangan sejarah pertumbuhan ekonomi Asia Tenggara, ternyata tidak ada satu corak ekonomi yang secara pasti dapat menjamin kejayaan, atau kekal patuh kepada bentuk yang dipilih tanpa melakukan pengubahsuaian. Pencapaian kemajuan, nasionalisme dan kesaksamaan ekonomi bukanlah perkara yang mudah berlaku.

Salah satu punca utama kesukaran itu ialah kerana struktur ekonomi negara-negara Asia Tenggara sudah terangkum le dalam satu jalinan sistem ekonomi kapitalis antarabangsa kesan tindakan bekas para penjajahnya. Ketidakupayaan bebas daripada rangkuman itu, mendesak negara-negara Asia Tenggara menukar strategi pembagunan ekonomi yang nasionalistik dan berasaskan sumber kepada strategi yang membawa penyertaan mereka ke dalam arena ekonomi antarabangsa dan perindustrian.

1 Sehubungan itu pembangunan ekonomi Asia Tenggara semakin berubah dari strategi tradisional kepada pendekatan-pendekatan baru. Perubahan yang cuba membawa perimbangan dalam perkongsian yang mendatar dan juga menegak serta melangkaui batas-batas kaum, awam-swasta dan jantina. Kaedah utama yang diterima pakai adalah pembangunan industri pembuatan dan pasaran. Perubahan ini bukan sahaja digerakkan oleh unsur-unsur dalaman, malah dicetuskan oleh perkembangan dan desakan luar.

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat