Labels

Showing posts with label nallakaruppan. Show all posts
Showing posts with label nallakaruppan. Show all posts

Sunday 1 April 2012

Ezam, Nalla dan Umi Hafilda Sedang Membesarkan Kubur Untuk Najib

Semakin hampir tiba detik pilihanraya, serangan peribadi kepada Anwar semakin memuncak. Bekas pemimpin-pemimpin PKR sperti Ezam Mohd Nor, Anuar Shaari, Nallakaruppan, Zulkifli Nordin dan lain-lain nampaknya begitu rancak menyerang peribadi Anwar berkaitan isu seks dan moral. Umi Hafilda yang merupakan adik kepada Azmin Ali turut tumpang semangkuk menghangatkan lagi suasana dengan dakwaan yang jika dihalusi lebih bersifat masalah kekeluargaan semata-mata.

Pembelit no 1 malaysia

Mereka berjanji untuk berkempen ke seluruh negara bersama isu seks, liwat dan biseksual yang dikaitkan dengan Anwar itu. Di dada media dan kaca tv, mereka sudah muncul hampir setiap hari dengan isu yang sama seolah-olah itulah isu pokok dalam politik negara dan penentuan rakyat terhadap parti yang ingin diberikan kuasa.

Modal mereka hanyalah isu seks dan liwat yang dikaitkan dengan Anwar dan sudah pun menjadi pengetahuan umum sebenarnya sejak Anwar dipecat pada 1998 lagi. Mereka hanya mengulang-ulang cerita lama seolah-olah mereka mengetahui segala-galanya walaupun dalam dalam kes liwat pertama, Anwar sudah dibebaskan oleh mahkamah dan dalam kes liwat kedua, juga sudah dibebaskan di peringkat Mahkamah Tinggi. Ia kini sedang menunggu proses rayuan di Mahkamah Rayuan.

Cerita seks dan liwat ini sudah diulang banyak kali walaupun hakikatnya rakyat menolak permainan menyerang peribadi secara keterlaluan itu. Lihatlah keputusan beberapa pilihanraya kecil sebelum ini dan arus sokongan rakyat di merata-rata tempat sekarang, jelas dapat dilihat bahawa isu ini tidak menjadi kudis kepada rakyat. Bahkan lagi disebut dan diulang cerita seks dan liwat itu, makin mencanak sokongan rakyat kepada Anwar.

Sesetengah rakyat tidak mempercayai isu seks dan liwat itu dan menganggapnya cubaan untuk membunuh karier politik Anwar yang direka sejak zaman Mahathir lagi. Sesetengah yang lain pula menganggapnya sebagai mainan politik longkang yang cuba dilakukan oleh BN untuk memenangi pilihanraya. BN dilihat seolah-olah sudah kering idea dan tiada modal lain untuk mendapatkan sokongan rakyat dan berhadapan dengan Anwar serta Pakatan Rakyat.

Jika diperhatikan gerak laku dan perangai bekas pemimpin PKR yang mengaitkan Anwar dengan pelbagai dakwaan berkaitan seks dan liwat itu, amat nyata bahawa bahawa mereka ingin menjadi hero dalam pilihanraya akan datang ini. Mereka ingin membunuh karektor Anwar dan mahu rakyat terus memilih BN semata-mata atas alasan Anwar seorang pemimpin yang tidak baik moralnya dan dikatakan gila seks.

Keghairahan mereka menonjolkan diri dalam media dan di sisi Najib telah menenggelamkan kewujudan pemimpin dalam UMNO sendiri. Peranan Ketua Bahagian dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO seolah-olah tidak wujud dalam mempertahankan UMNO dan Najib. Sepanjang masa suara Najib lebih banyak disahut oleh mereka ini berbanding pemimpin dalam UMNO sendiri. Benarkan kata Tun Daim, Najib dalam persiapan menghadapi pilihanraya ini umpama jeneral tanpa askar.

Dalam masa yang sama, dengan menonjolkan isu seks dan liwat, penilaian rakyat cuba ditutup terhadap isu kenaikan harga barang, beban hidup yang meningkat, rasuah makin berleluasa, skandal lembu NFC, pelupusan hutang Tajudin Ramli sebanyak RM589 juta, hutang negara mencecah hampir 55 peratus KDNK negara, ekonomi yang tidak berkembang, urus tadbir negara yang lemah dan pelbagai isu lainnya yang menghenyak kehidupan rakyat seharian.

Apakah mungkin isu seks dan liwat itu mampu menjadikan rakyat buta hati dan melupakan isu lain seperti yang disebutkan diatas tadi?

Sudah bertahun-tahun terbukti bahawa isu seks, liwat dan biseksual yang dikaitkan dengan Anwar tidak memberi kesan apa-apa kepada kepada rakyat dan tindakan Ezam, Nalla, Umi Hafilda, Anuar Shaari serta rakan-rakan mereka yang lain terus membangkitkan isu itu tidak lain hanya umpama menambahbesarkan lagi kubur politik untuk Najib saja.

Anwar tidak akan ke mana-mana dek serangan itu tetapi sebaliknya Najib yang makin ditolak rakyat.

Najib yang kini bagaikan tercungap-cungap untuk mempertahankan kuasa, akan lebih ditolak rakyat dengan isu seks, liwat dan biseksual yang berterusan dibangkitkan ini kerana dalam masa yang sama beliau gagal menyelesaikan pelbagai isu dalam negara dan memberi jaminan tentang kehidupan yang lebih baik untuk rakyat.

Berbeza dengan Anwar dan Pakatan Rakyat, selain menjanjikan pengurusan ekonomi dan negara yang lebih baik, mereka juga menjanjikan penurunan harga minyak dalam tempoh 24 selepas menawan Putrajaya, kajian semula tarif letrik dan terbaru penghapusan hutang PTPTN pelajar serta jaminan memberi pendidikan percuma untuk rakyat.

Tawaran-tawaran itu tentunya lebih menawan hati rakyat berbanding hidangan cerita seks, liwat, biseksual dan dakwaan Umi Hafilfa terhadap Anwar dan Azmin yang lebih merupakan masalah keluarga. Masalah keluarga sepatutnya diselesaikan dengan kaedah kekeluargaan dan tindakan Umi Hafilda menyeret masalah keluarganya ke dalam UMNO dan BN hanya akan menambahkan lagi beban Najib dalam pilihanraya ini.

Jika benar bekas-bekas pemimpin PKR ini ingin membantu Najib dan mahu melihat UMNO dan BN terus berkuasa, mereka sepatutnya bukan menjaja cerita seks dan liwat terhadap Anwar yang dikitar semula tetapi mendedahkan bagaimanakah strategi dan rahsia PKR menghadapi beberapa piliharaya sebelum ini sehingga mampu memenangi beberapa kawasan pilihanraya. Mereka juga boleh menceritakan bagaimana untuk mendekati generasi muda kerana luka yang ditinggalkan Ezam kepada Pemuda UMNO khususnya ketika zaman kebangkitan reformasi masih segar dalam ingatan sebahagian besar ahli UMNO sendiri.

Atau setidak-tidaknya memberi idea bagaimana untuk melawan janji penurunan harga minyak, letrik dan penghapusan hutang PTPTN yang dibawa oleh Anwar dan Pakatan Rakyat yang dilihat begitu berjaya menawan hati rakyat.

Menjaja cerita seks dan mengulang skrip lama terhadap Anwar hanya mendedahkan tembelang ingin muncul hero di sisi Najib tetapi tiada idea segar yang boleh diterima rakyat. Di dalam UMNO sendiri kaedah yang digunakan oleh bekas pemimpin PKR ini tidak begitu disenangi kerana didapati gagal menarik sokongan rakyat. Ceramah yang mereka buat juga selama ini hanya dihadiri oleh AJK UMNO Bahagian, AJK UMNO cawangan-cawangan serta kelompok yang dekat dengan pimpinan UMNO saja. Tidak ada rakyat biasa yang mahu hadir dan mendengar ceramah Ezam dan rakan-rakannya dan ahli UMNO juga tidak bertambah hanya kerana ceramah mereka. Lebih dari itu, tidak ada ahli PKR atau Pas yang keluar parti dan menyertai UMNO disebabkan oleh Ezam, Nalla, Anuar Shaari dan Umi Hafilda.

Mereka mungkin berjaya menjadi senator dan mengaut sedikit habuan ekonomi tetapi sumbangan terbesar ialah kejayaan membesarkan lagi kubur politik untuk Najib dalam PRU 13 ini.

psst.....Ummi hafilda harus bertaubat!!!

Baca Berita Penuh ..

Wednesday 28 March 2012

SIMPAN PELURU : Nalla Kurap Pernah Ditangkap!!!

Pada 1998, Dato' Nallakarupan ditangkap setelah memilikii 125 butir peluru hidup tanpa sah yang boleh membawa hukuman mati. Beliau terlupa tentang peluru tersebut yang telah disimpan di rumahnya di Bukit Tunku sejak 1986. Peluru itu ditemui ketika polis Bukit Aman menggeledah rumahnya.

Gambar Nalla Kurap

Beliau disabitkan di bawah Akta Senjata Api. Sepatutnya beliau didakwa di bawah ISA yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati. Afidavit kes Dato' Nalla telah dikeluarkan / disiarkan oleh RTM, TV3 Berita Harian dan Utusan Malaysia secara besar-besaran sebelum kes Nalla itu dibawa ke mahkamah. [5] Pada mulanya beliau tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan. Tetapi kemudian Nalla telah mengaku bersalah dan dengan itu dihukum penjara 42 bulan.

Peguam Nalla, Manjeet Singh Dillon sebelum itu telah memohon kes Nalla dipindahkan dari ISA kepada Akta Senjata Api . Dengan itu Manjeet Singh Dillon memohon menjadi saksi dan tidak sebagai peguam bela. Balwant Singh Sidhu diminta bertindak sebagai peguambela sementara Ariffin Jaka bertindak sebagai hakim. [6] Secara perbandingan, Samsuri Welch Abdullah yang memiliki 2 pucuk pistol dan sejumlah besar peluru tidak didakwa di bawah ISA tetapi di bawah Akta Senjata Api 1960. Akta ISA boleh membawa hukuman mati. Sementara Akta Senjata Api 1960 hanya dipenjara. [7]

Affidavit Manjeet Singh Dillon telah digunakan oleh Zainur Zakaria sehingga menyebabkan Zainur Zakaria dijatuhi hukuman penjara 3 bulan.

psst...Nalla kurap dalam kegelisahan....

Baca Berita Penuh ..

Monday 26 March 2012

Biseksual : Nalla Pembohong Nak Melarikan Diri Ke Luar Negara

DATUK Nallakaruppan, individu yang kononnya mempunyai segala macam maklumat sulit mengenai ‘aktiviti seksual’ Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dilapurkan akan melarikan diri ke luar negara pada bila-bila masa dari sekarang.

''Pembohong tegar''...hanya orang tak slat, kurang man dan kuat mengumpat sahaja yang percaya cakap-cakap si pembohong tegar ni...errr...nalla berapa juta lu dapat jadi pencacai ni?

Tindakan ini dipercayai ada kaitan dengan tindakan undang-undang pelbagai peringkat yang bakal diambil oleh Anwar lanjutan dari penyiaran artikel berkaitan dalam Utusan Malaysia yang menuduh Anwar seorang biseksual.

Tak dapat gay (homoseksual), biseksual pulak dah sekarang ini.

Minah ni tunggu masa jer, Sekarang UMNOBN perintah malaysia beranilah dia cabar mencabar anwar ibrahim, sebab mahkamah akan menyebahi minah ni kerana mahkamah malaysia di konkong oleh UMNOBN.

Maklumat ini disampaikan sendiri oleh orang kepercayaan Nallakaruppan kepada penulis yang sudah tidak sanggup lagi bersengkongkol dengan pembohongan dan putar belit Presiden Parti Bersatu India Malaysia itu.

Penulis tidak pula dimaklumkan destinasi yang bakal ditujui Nallakaruppan tapi itu bukan masalah besar kerana Nallakaruppan dikatakan mempunyai banyak kepentingan perniagaan di beberapa buah negara luar, antaranya India dan Sri Lanka.

Tindakan Nallakaruppan melarikan diri dari Malaysia ini secara jelasnya menunjukkan bahawa dia seumpama anjing yang kuat menyalak, bukan kerana berani tapi kerana ingin menutup kelemahannya sendiri.

Selama hari ini pun tidak ada yang mahu percaya dengan pelbagai dakwaan Nallakaruppan mengenai Anwar sepanjang tempoh memegang jawatan dalam kerajaan dan UMNO dahulu. Hanya UMNO sahaja yang bodoh kerana percaya Nallakaruppan ada bukti-bukti seperti mana yang sering didakwanya.

Sehingga sanggup melantik penipu ini sebagai Senator di Dewan Negara.

Penulis pernah dimaklumkan bahawa Nalla mendakwa mempunyai beberapa rakaman video bagi menunjukkan penglibatan Anwar dalam aktiviti yang tidak baik. Logiknya, bercakap tentang teknologi yang wujud pada dekad 90-an, amat tidak masuk akal untuk perbuatan sedemikian dirakam oleh orang biasa tanpa disedari oleh orang yang melakukan!!

Jika kita bercakap tentang teknologi hari ini, mungkin masuk akal sedikit walaupun kesahihannya masih boleh dipertikaikan.

Justeru, penulis sedikit pun tidak hairan jika Nallakaruppan mahu meninggalkan negara ini kerana takut tindakan undang-undang oleh Anwar. Pendekatan sedemikian biasa dalam kes seumpamanya dimana-mana dalam dunia, buat fitnah, lepas tu cabut.

Tapi penulis harap, tindakan saman yang dijanjikan itu tetap diteruskan kerana kita mahu sesiapa sahaja diluar sana yang mempunyai keinginan untuk menjatuhkan pemimpin dengan cara tidak beretika ini berfikir banyak kali sebelum mengambil tindakan sedemikian.

psst....Penulis mendapat maklumat bahawa peguam Datuk Seri Anwar telah menyampaikan saman kepada 2 pihak yang terbabit sebentar tadi, syabas!!!

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat