Labels

Saturday 31 December 2011

Pintu Untuk Pencacai UMNO Masih Terbuka......


Ingatkah kita satu hadis Nabi ketika baginda mengingatkan para sahabatnya dulu? Antara pesanan baginda ialah " wahai sahabatku, tolonglah orang yang dizalimi dan juga orang yang melakukan kezaliman". Sabahat bertanya kepada baginda, "Ya, Rasulullulah, jika menolong orang yang dizalimi itu kami faham, tetapi bagaimana pula untuk menolong orang yang melakukan kezaliman?" Jawab Baginda, "lakukan sesuatu untuk menghentikan mereka dari melakukan kezaliman dengan kemampuan kamu".

Hadis ini amat menyentuh hati dan merupakan pesanan dan amaran dari Nabi jika kita tidak berusaha untuk menolong orang yang melakukan kezaliman dengan cara bertindak atau melakukan sesuatu supaya mereka tidak mampu dan tidak berupaya lagi untuk melakukan kezaliman.

Kezaliman dalam Islam adalah amat luas pengertianya. Ia bukan saja tertumpu dengan cara membunuh orang tanpa sebab, menindas, merampas hak orang lain, menipu, tidak solat, makan rasuah, riba, melakukan fitnah dan yang paling besar ialah kezaliman dengan menolak syariat Allah supaya dilaksanakan di atas muka bumi Allah ini.

Namun begitu, apa yang hendak penulis nukilkan disini ialah kezaliman pemerintah terhadap rakyat, terhadap negara dan terhadap agama. Ini berlaku kerana keingkaran umat Islam mematuhi ajaran agama dan amaran Allah dan Rasul dimana jika manusia itu memilih atau mengangkat pemimpin dari kalangan yang bukan ahlinya, maka tunggulah kehancuran dan kezaliman yang bakal menjelma. Dan inilah yang telah dan sedang berlaku di dalam negara kita sekarang.

Pemimpin atau pemerintah dengan mudah dan rakus menindas rakyat, merampas harta negara dan rakyat, menyeleweng dan khianat pada amanah, mungkir janji terhadap rakyat, melakukan fitnah dengan sesuka hati, mengamalkan rasuah dan riba, malahan sanggup menahan dan memenjarakan rakyat dengan tuduhan palsu dan jelik semata-mata untuk mengekalkan kuasa. Mereka tidak peduli pada dosa dan pahala. Mereka sanggup menghina dan mempersendakan syariat Allah kerana mereka tahu tiada siapa yang berani untuk bertindak terhadap mereka. Semua agensi keselamatan tunduk dengan kehendak mereka sehingga sanggup melihat rakyat tersiksa dan menderita.

Siapakah yang harus dipersalahkan dalam kezaliman ini? Tidak lain dan tidak bukan ialah rakyat yang sudah sedia maklum akan tindakan dan perangai jahat pemimpin dan pemerintah selama ini tetapi masih sanggup memilih dan mempertahankan pemimpin yang sebeginilah yang bertanggungjawab dan akan dipersoalkan di akhirat kelak. Allah sudah memberi amaran di dalam Al Quran "janganlah kamu cenderong kepada kezaliman nanti kamu akan disambar oleh api neraka". Tetapi manusia masih pekak, bisu dan buta dengan amaran Allah ini semata-mata kerana ingin menjaga perut, poket dan kedudukan yang tidak seberapa dan tidak mempunyai nilai disisi Allah itu.

Ingatlah, selagi rakyat memilih dan menyokong pemerintah dan pemimpin yang sebegini, maka akan berterusanlah kezaliman berlaku dalam negara kita ini. Jika kita benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah dan Rasul, wajib kita menghentikan segala kezaliman ini dengan cara jangan lagi menyokong dan  mengundi mereka dalam PRU13 nanti. 
  
Jika tidak mereka akan merasakan bahawa masih ada rakyat yang sukakan kezaliman dan menyokong kezaliman mereka, jika tidak mana mungkin mereka masih menang dalam pilihanraya. Malahan mengikut pendapat ramai ustaz, bukan sahaja mengundi bahkan menolong menaikan bendera atau menampal poster semasa pilihnaraya pun termasuk dosa kerana ini menunjukan kita redha dengan golongan zalim.

Maka dosa kezaliman mereka akan sama turut dikongsi dengan rakyat yang menyokong dan memenangkan mereka. Mereka seronok merampas dan membolot harta rakyat, mengaut kekayaan secara haram sedangkan rakyat yang menyokong mereka tetap hidup dalam kepayahan, yang rakyat dapat hanyalah turut sama memikul dosa-dosa pemimpin mereka di hadapan Allah kelak. Sudah berpuluh tahun kezaliman berlaku didepan mata tetapi mengapa kita masih lagi buta? Apakah kita sudah terhijab dari hidayah Allah?

Jangan kita menjadi jahil agama sehingga ada yang mengatakan sekiranya benar pemerintah sekarang ini zalim dan tidak diredhai Allah, mengapa mereka masih menang dan berkuasa? Jawapanya ialah kerana rakyat yang zalim dan derhaka kepada syariat Allah masih ramai yang menyokong pemerintah yang sebegini. Mereka-mereka yang terpedaya dengan hasutan iblis dan syaitan masih berkeliaran di dalam negara kita inilah juga puncanya pemerintah zalim masih berkuasa. Mereka rampas harta rakyat termasuk kawasan-kawasan balak seperti hak milik mereka, sedangkan itu adalah hak rakyat, mereka jadikan tindakan mereka itu halal dengan merekacipta undang-undang sendiri sedangkan Allah dan Rasul tidak pernah mengizinkanya. Halalkah hasil balak yang mereka makan itu?

Ingatlah hadis nabi yang diriwayatkan oleh Tabrani dan imam Ahmad yang bermaksud "sekiranya engkau melihat manusia yang melakukan kezaliman itu masih mendapat kesenangan (termasuk kuasa) dari Allah, ketahuilah bahawa mereka itu sedang disesatkan oleh Allah tanpa mereka sedari (yakni istidroj). Atau dengan bahasa mudah, pemerintah dan pemimpin yang melakukan kezaliman bersama dengan penyokong mereka termasuk dalam golongan yang Allah sesatkan. Diakhirat nanti mereka akan dikumpulkan bersama-sama dan dihumbankan ke dalam neraka juga bersama-sama.

Oleh itu peluang masih ada untuk penyokong dan pengikut pemimpin sebegini untuk menyelamatkan diri mereka dan pemimpin mereka dari terus melakukan kezaliman dan akan mendapat kehinaan dan azab Allah di akhirat kelak dengan cara jangan lagi beri mereka peluang untuk terus berkuasa dan menjadi pemerintah. Insafkan mereka supaya bertaubat dan meminta maaf kepada seluruh rakyat di atas segala kezaliman yang mereka lakukan sepanjang mereka berkuasa. Dengan kata lain, jangan lagi pilih dan undi mereka dalam PRU13 nanti. Cukuplah dengan kezaliman yang mereka lakukan selama ini dengan dosa-dosa yang tidak berpenghujung. Apa guna kita memikul dosa dan bersubahat dengan pemimpin sebegini sedangkan mereka hidup mewah dengan hasil haram. Bagaimanakah kita ingin bertaubat dan meminta ampun dari Allah sebelum kita mati sedangkan dalam masa yang sama kita memilih pemimpin yang zalim sebagai pemerintah dan sanggup melihat manusia lain terus ditindas dan dizalimi oleh pemerintah sebegini?

Ingatlah, Rasullullah diutuskan untuk menyampaikan Islam, mempertahankan islam dan melaksanan syariat islam. Baginda bukan diutuskan untuk mempertahankan bangsa dan istana. Mulianya bangsa hanya sekiranya mereka patuh dan taat kepada ajaran islam dan syariat Allah. Hinanya mereka kerana ingkar dan bersekongkol dengan golongan yang zalim walaupun mereka rajin melakukan ibadah tetapi semuanya sia-sia saja disisi Allah.

Firman Allah" dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah kamu dari melakukan perbuatan keji dan mungkar". Tetapi mengapa kita sudah melakukan solat wajib dan sunat, pergi haji, bayar zakat, puasa dan lain-lainya tetapi masih melakukan kerja keji dan mungkar? Bukankah menyokong dan mempertahankan pemerintah yang zalim itu termasuk kerja keji dan mungkar? Ini adalah sebagai bukti dan tanda bahawa semua amal ibadah kita tidak diterima oleh Allah kerana salah kita sendiri yang ingkar dengan amaran Allah dan rasul supaya jangan cenderong kepada golongan zalim tetapi kita tidak endahkan semata-mata kerana bangsa konon, kerana harta dan kedudukan.

Oleh itu, kembalikan lah kepangkalan jalan. Insaflah di atas segala kesilapan kita selama ini kerana memilih pemerintah yang jelas melakukan kezaliman. Dan hentikanlah semua kezaliman ini dengan tidak lagi mengundi UMNO-BN dalam PRU13 nanti. Kita selamat dan pemimpin juga akan selamat. Dan bertaubatlah kepada Allah. Jika kita masih mengundi mereka, sahlah bahawa kita juga sebenarnya termasuk di dalam golongan yang zalim dan sukakan kezaliman terus bermaharalela di dalam negara kita ini. Tunggulah azab Allah bakal menanti kelak. Pemimpinyang kita sanjung dan pertahankan selama ini tidak akan mampu menolong kita dari azab Allah kelak. Oleh itu, insaflah sebelum kita dijemput oleh Allah. Wallahualam.


psst....Macam mana pak polisi yg membalasah mahasiswa sehingga parah?? buat apo kat umah tu? pa habaq??



Blog Pakatan Rakyat