Labels

Showing posts with label tarikh rahsia ditangan najib. Show all posts
Showing posts with label tarikh rahsia ditangan najib. Show all posts

Wednesday 15 February 2012

ANWAR GADAI AKIDAH: TAU KE APA BENDA PONGGAL TU?

Saya belajar sikit-sikt dengan rakan-rakan India beragama Hindu dalam Diskusi Bulanan Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kota Raja. Dibawah ni adalah penerangan yg diberi. Kawan-kawan India tu kata Ponggal bukan perayaan agama - Wallahuaklam.


Perkataan 'pongal' adalah bermaksud 'masa menuai' dan ia menandakan masa untuk mereka menuai hasil tanaman mereka di masa lalu.

Di pagi hari pada pesta Pongal biasanya kaum wanita akan mengemas rumah dan menghiasi rumah dengan 'kolams'. Kolams ialah hiasan lantai yang diperbuat dari beras yang diwarnakan. Biasanya kolams ini dibuat di depan pintu rumah, sebagai tanda selamat dan rahmat supaya isi rumah mendapat kesejahteraan.

Pada hari pertama, perayaan itu dipanggil Bhogi bagi menandakan permulaan penting dalam kehidupan masyarakat India. Pada hari itu, seluruh rumah dibersihkan dan barang-barang lusuh dibuang dan dibakar bagi menyingkirkan anasir-anasir buruk.

Pada hari kedua, beras yang dituai akan digunakan untuk memasak Ponggal sehingga ia melimpah keluar dari periuk. Perbuatan membiarkan masakan itu melimpah dikenali sebagai Ponggal dalam bahasa Tamil. Surya Ponggal juga memberi penghormatan kepada tenaga matahari dan bermulanya hari pertama bulan Thai dalam kalendar Tamil.

Panjang lagi ceritanya - hangpa tanya sendirilah kawan-kawan India, jangan main belasah sahaja kalau tak faham.- Laksamabukitbintang



AzrinRen : Puak pencacai bangsat UMNO ni bukan tau apa, janji masyuk. sekarang ni dok perguna nik aziz pulok, dok memutar belit kata-kata nik aziz pula. macam dulu la..nik aziz kata lain di belit kata nik aziz cakap tuhan mencarut...puak-puak UMNO bangat ni fail dari segi bahasa.

psst...Jika Pongal bermaksud Pesta Menuai apa bezanya dengan Pesta Keamatan di Sabah dan Pesta Gawai di Sarawak? Jadi apa salahnya?

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat