Labels

Showing posts with label suruhanjaya. Show all posts
Showing posts with label suruhanjaya. Show all posts

Saturday 28 January 2012

Anwar : Gencatan Senjata Bukan Pertahan Keselamatan Israel.


"Isu Palestin: Media kawalan Umno putar belit kenyataan Anwar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang memutar belit kenyataannya semata-mata mahu memfitnah, kononnya Ketua Pembangkang itu mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin.

Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.

Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:

“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.”

Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.

Selain itu, pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.

Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY).

Beliau menyebut:

“..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine).”

Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian.

Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi.

Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Pendirian Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=25972

Ps : Anwar tidak ego untuk mengungkap kenyataan menteri luar dr umnobn ketika menyatakan prinsipnya. yang baik disokong, yang zalim ditentang... tiada dendam peribadi walaupun beliau diketahui diperlakukan secara zalim selama ini.

Freemason..Isyarat yang disukai yahudi.....

Agen @ [Jgn la mencarut] umnobn yg menyebar fitnah dan propaganda murahan di tko ni agar melemahkan semangat pakatan rakyat patut sedar UNTUK APA mereka berjuang? utk perut mereka hingga sanggup menggadai maruah dan masa depan anak2, bangsa dan agama mereka? fitnah la lagi...sehingga anda sedar bahawa ada kalanya Allah akan mengazab pesalah di dunia lagi sebagai pengajaran kpd yg lain.

(Isyarat Freemason) Yahudi Berjaya manakluk dunia hasil pembelaan freemasonnya...

psst...Mendulang paku serpih...mengata orang dia yang lebih..ptuihhhh kat UMNO!!!

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat