Labels

Showing posts with label yakin rampas selangor. Show all posts
Showing posts with label yakin rampas selangor. Show all posts

Sunday 18 March 2012

PRU-13 : Najib Yakin BN Akan Rampas Selangor

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini bertindak untuk memantapkan jentera pilihan raya BN ketika spekulasi bertiup kencang bahawa ia akan diadakan tidak lama lagi.


Kira-kira 1,500, konvoi motosikal mengibarkan bendera BN sambil membunyikan hon dan enjin kenderaan semasa Najib memeriksa barisan mereka.

Pelancaran hari ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memacu sokongan BN dalam usaha untuk menawan semula Selangor dari Pakatan Rakyat .

AzrinRen : Kesian lu jib, dah la suruh SPR buat kotor ubah pengundi secara senyap-senyap tanpa pengatahuan umum, tu sebab lu berani cakap besar macam tu, lagi satu kalau lu yakin sangat, lu tunggu apa lagi, bubarlah cepat-cepat parlimen!!! dan lu pula terdesak pergunakan mat rempit untuk memberi sokongan kepada lu, kekeke kesian mat-mat rempit yang diperkudakan asalkan masyukkkkkk.....bersambung teks seterusnya.........

Berucap pada perhimpunan Perdana Menteri Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Putra Perdana Puchong, Najib kemudian bertanya kepada kira-kira lebih 5,000 hadirin jika mereka bersedia untuk ‘pertempuran’.

Mereka yang berpakaian kemeja-T BN berwarna biru bertindak balas dengan menjawap secara spontan "Ya".

"Ada kumpulan lain, saya tidak tahu dari mana mereka dapat T-shirt ini. Saya terkejut apabila melihat muka saya terpampang di baju mereka ... Adakah anda juga bersedia untuk bertempur?", soal beliau kepada kumpulan satu lagi dan juga disambut dengan jeritan, "Ya".

"Dan bagaimana pula kumpulan ketiga, mereka yangberpakaian lain, adakah anda bersama BN?" soalnya lagi dan juga terus mendapatkan sokongan mereka.

Menurut Najib, beliau yakin dengan keupayaan BN untuk merampas negeri-negeri yang ketika ini dikuasai pembangkang pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja lagi.

Ini, katanya, berdasarkan kepada sokongan rakyat terhadap kerajaan yang semakin bertambah baik dan penerimaan dasar kerajaan ketika ini yang memberi tumpuan kepada usaha mentransformasikan negara.

Najib, yang juga Pengerusi Umno Selangor, turut menyuarakan keyakinan bahawa negeri Selangor sendiri akan kembali ke pangkuan BN, selepas Pakatan Rakyat gagal menunaikan banyak janji di negeri itu.

"BN cukup yakin. Pembangkang memang celaru, tengok banyak janji tak tunai, rakyat kena tipu, jangan kena tipu lagi, sekali cukup. Ini semangat yang saya lihat insya-Allah gelombang ini akan bawa kemenangan kepada BN nanti," katanya.

Katanya beliau bekerja keras untuk memastikan kemenangan BN kerana hanya kerajaan BN sahaja yang mampu membawa pembangunan dan pembaharuan berterusan mengikut kehendak dan aspirasi rakyat.

“Sudah cukup empat tahun pembangkang tadbir Selangor. Adakan janji ditunaikan? Adakah pentadbiran mereka betul?" kata Najib sambil menambah beliau teruja dengan sokongan padu ribuan penduduk setiap kali beliau turun padang di Selangor.

“Saya lihat hari ini satu kehadiran yang sangat meriah, sangat bersemangat dan cukup menyakinkan saya sebagai Pengerusi BN Selangor. Tahap keyakinan saya kini semakin bertambah dan kalau inilah gambarannya, insya-Allah Selangor kembali ke pangkuan BN.

"Asalkan BN menang, negara berjaya, rakyat Malaysia makmur dan negara maju jadi kenyataan, transformasi dapat dilaksanakan, baru dapat buat transformasi besar," katanya.

Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, Ahli Parlimen Sepang merangkap kodinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M Kayveas dan Pengerusi MCA Selangor Datuk Donald Lim Siang Chai.

Beliau seterusnya mengumumkan pemberian bantuan RM100,000 untuk Surau Al-Sakinah di Taman Perdana Putra, dan RM200,000 untuk SMK Perdana Putra.

psst....Tanpa APCO siapalah lu jib oi...

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat