Labels

Showing posts with label permatang pauh. Show all posts
Showing posts with label permatang pauh. Show all posts

Sunday 7 April 2013

TERKINI : PapaGomo Mahu Bertanding Lawan Anwar Ibrahim Di Permatang Pauh...



Blogger Lucah 1Malaysia PapaGomo semalam tido awal sebab hari ini dia akan ke SPR untuk memohon menjadi CALON untuk Parlimen Permatang Pauh menentang Anwar Ibrahim.

Dan nampaknya dia dah memang nak bertanding.. Tunjuk hebat.
Aku mendapat maklumat bahawa Papagomo dan Team Nadi Rakyat yang terdiri dari Pas Beruk, Azmy Awang, Suara Dari Bumi, Afiq KL Town dan beberapa blogger2 lucah 1Malaysia akan ke Pejabat SPR Putrajaya pada jam 2.00 petang ini untuk mengambil borang pencalonan PRU13.


Yang akan hadir itu adalah PAPAGOMO juga dikenali sebagai WAN MUHAMMAD AZRI WAN DERIS.
Papagomo akan menjadi CALON BEBAS yang ditugaskan untuk memecah undi Pakatan Rakyat Permatang Pauh dan dia akan bawa nama PAPAGOMO vs PAPAHOMO. Apa punya nama lah, langsung xde imej politik! Memalukan!!!

#Bayangkan bila PapaGomo jadi Perdana Menteri...kikikiki....

Baca Berita Penuh ..

Thursday 4 April 2013

PRU13 : Khairy Cenderung Tidak Mahu Tanding PRU13


Ketua Pemuda Umno,  Khairy Jamaluddin menyatakan keputusan sama ada bertanding atau tidak diserahkan kepada kepimpinan parti walaupun "lebih cenderung" untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


 Menurutnya, komitmen beliau adalah memastikan kemenangan BN lebih diutamakan jika pun tidak berpeluang untuk disenaraikan sebagai calon pada pilihan raya umum kali ini.

 Bagaimanapun, beliau berkata, setiap keputusan dibuat oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu pencalonan akan diterima dengan terbuka.

 Tambahnya, pemimpin-pemimpin muda tidak boleh berkecil hati dan menentang jika tidak dipilih menjadi calon, sebaliknya pilihan raya umum menjadi bukti kesetiaan kepada BN.

“Ramai yang tanya saya melalui Twitter sama ada saya bertanding atau tidak. Saya sudah maklum kepada Najib, keutamaan saya yakni saya lebih cenderung untuk tidak bertanding pada PRU13.

“Tetapi saya seorang yang agak ‘old-fashioned’, saya akur dengan apa sahaja yang bakal diputuskan oleh Pengerusi BN. Kalau diarah bertanding, saya akur.

 "Kalau diminta undur, saya akur juga. Yang penting, komitmen saya untuk memastikan kemenangan BN tidak berbelah bagi tak kira jadi calon atau tidak.

“Saya harap yang lain, terutamanya pemimpin Pemuda, juga pegang kepada prinsip yang sama. Janganlah merajuk atau menentang jika tidak dipilih menjadi calon, kita kena bergerak dalam satu pasukan,” kata beliau dalam laman sosial Facebook hari ini.

 Semalam, Najib telah mengumumkan pembubaran Parlimen untuk memberi laluan kepada PRU13.

 Mengulas lanjut Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, dengan pengalaman dimiliki walaupun tidak menjadi salah seorang Ahli Kabinet dan menjadi ejekan musuh politik, namun ia mampu melaksanakan tugas dengan baik.

 Katanya, perkara yang penting adalah untuk berkhidmat kepada rakyat  tanpa mengutamakan jawatan di dalam parti.

“Mungkin pengalaman saya boleh jadi teladan, walaupun telah empat tahun saya berkhidmat di dalam Umno dan BN namun saya tak pegang sebarang jawatan dalam Kabinet, ramai musuh ejek, tapi saya dapat laksanakan tugas dengan baik.

“Jadi apa yang penting bagi kita adalah amanah dan tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat,”

#Hek ele...ko takut ckp laa..

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat