Labels

Showing posts with label jpn. Show all posts
Showing posts with label jpn. Show all posts

Tuesday 2 August 2011

BloggerzExpress : - PATI Boleh Mengundi?


Gempar: 'Pameran Rang Daftar Pemilih SPR', Ada Permastautin Tetap 'IC Merah' Berdaftar Sebagai Pengundi Pilihanraya Telah Berjaya Didedahkan!


Panas dan sungguh mengejutkan bila kami mendapat maklumat ini. Ternyata, permainan "taktik kotor" yang dipelopori oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terus didedahkan oleh rakyat mutakhir ini. Ia bagi membuktikan memang berlaku amalan tidak bersih dalam pilihanraya di Malaysia selama ini. Malah, ia juga bagi menyedarkan Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar yang masih mencabar mana-mana pihak supaya mengemukakan bukti seandainya ada maklumat tentang penipuan dalam pilihanraya termasuk isu pengundi hantu. Malah, dengan bangganya dia tergamak mengatakan kononnya SPR berlaku adil kepada rakyat Malaysia dalam setiap kali musim pilihanraya. Beliau seolah-olah tidak mahu berpijak dibumi yang nyata dan menganggap rakyat Malaysia "bodoh" seperti sesetengah pihak. Inilah yang berlaku sebenarnya. Lantaran itulah mereka-mereka yang bermentaliti seperti ini begitu tidak selesa dan tidak boleh menerima Himpunan Bersih 2.0 yang diadakan 9 Julai baru-baru ini. 

Bukti, keratan semakan yang telah pun dibuat di laman web rasmi SPR 
Justeru itulah, bagi membuktikan kepincangan yang berlaku kepada agensi terbabit maka pendedahan demi pendedahan terus dilakukan oleh rakyat. Terbaru, menerusi email yang kami terima menyatakan terdapat bukti kukuh terdapat permastautin tetap yang mempunyai kad pengenalan merah juga boleh mengundi di Malaysia. Perkara itu disedari ketika pihak terbabit membuat semakan semasa Pameran Rang Daftar Pemilih SPR baru-baru ini. Mujurlah ada tempoh tujuh hari untuk pihak terbabit membantah dengan bayaran RM200. Jika tidak, sudah pasti individu yang bernama Mismah pemegang IC Merah 640704715238 boleh mengundi pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Bukti semakan boleh dirujuk di laman web rasmi Jabatan Pendaftaran Negera (JPN)http://www.jpn.gov.my/semakic/ dan di laman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/
 
 

psst : - print dan tunjuk kepada org ramai yg masih ketinggalan dari segi bidang ICT..jangan cakap pakatan rakyat kontrol JPN dan SPR pulak!!  

 
 Mat Sabu: Pilihanraya Ke13, The End Of UMNO & Barisan Nasional

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat