Labels

Showing posts with label pas pkr. Show all posts
Showing posts with label pas pkr. Show all posts

Friday 19 April 2013

DAH CONFIRM!! : DAP putuskan guna logo PAS, PKR dalam PRU!!

Azrin Ren : DAP kena buat ceramah, pesan kepada golongan muda kaum cina, supaya mereka memesan logo apa harus dipangkah kepada warga yang berumu, Supaya kekeliruan tidak timbul semasa pengundian berlansung. Ini Kalilah!!!


Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, calon-calon mereka akan bertanding menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan PKR di Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya umum 5 Mei ini.

Katanya, keputusan itu diambil kerana sehingga jam 3 petang ini - tarikh akhir yang ditetapkan DAP - mereka tidak mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Karpal juga berkata tiada tanda-tanda surat itu akan tiba.

"Ekoran itu, kami akan teruskan apa yang diputuskan semalam dan bertanding bawah lambang PAS di Semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak," katanya ketika dihubungi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi juga mengesahkan DAP akan menggunakan logo parti Islam itu di semenanjung.

#Ini kalilah, DAP kena kerja keras, beritahu kepda rakyat apa sudah terjadi, terutamanya kepada golongan atas pagar.

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat