Labels

Showing posts with label akuan bersumpah rahimi. Show all posts
Showing posts with label akuan bersumpah rahimi. Show all posts

Monday 1 August 2011

BloggerzExpress : - Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Mayat Ramses II

  Mumia Ramesses II

Pada pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramasses II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan majlis keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
 
  Prof. Dr. Maurice Bucaille

Bucaille adalah seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Kesempatan untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun ini di manfaat sepenuhnya oleh Bucaille. Beliau mengerah seluruh tenaga dan pengalamannya untuk membongkar misteri di sebalik kematian raja Mesir kuno itu.

hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menjumpai sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu tidak buruk.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.

Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?

Beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang dipercayainya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.
 
 
  Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (tajuk asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.


Kisah Firaun Di Dalam Al-Quran

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

“Jangan panik kerana sesungguhnya umat Islam telah mengetahui tentang peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga ke hari ini!”

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang berlaku lama dahulu tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggi.

Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak 1400 tahun yang lalu.

Sambil mata tidak terlepas dari memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat menyatakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

“Adakah masuk akal ,di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa? Apakah masuk akal Muhammad mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” kata hatinya sendirian.

Beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya menyatakan Firaun tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: 

“Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. 
(Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)
 
  Penemuan Roda Kereta Firaun di dasar Laut Merah 
 
Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.

Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami."
(Yunus: 92)
 
Klik Berita penuh untuk seterusnya.. 
 
 Iklan Youtube BE

Baca Berita Penuh ..

Sunday 31 October 2010

Teruk Sungguh Perangai UMNO Ni...

Halau Melayu secara terancang?

PULAU PINANG 28 Okt. - Trend kerajaan DAP Pulau Pinang mengambil-alih tanah didiami orang Melayu khususnya di bahagian pulau atas alasan kegunaan awam dibimbangi sebagai strategi untuk menghalau mereka secara terancang.



Hoi UMNO...Cuba kaji balik sejarah. Sejarah Bayan Baru dan Sungai Ara. Siapakah perancangnya?...UMNO-BN dah sapu Habis Tanah Melayu Islam Pulau Pinang selama memerintah Pulau Pinang selama 50 tahun. TerutamaNya dalam Georgetown..
Yang tinggai Tanah Tok Keramat... Kubok Islam...
Nyot..nyot..keh keh kah kah ahah!!
Pada Tahun 1980 Melayu dalam Georgetown dah tinggai 17%
Pada Tahun 2008 Melayu dalam Georgetown tinggai 10% sapa punya Angkara???
Selamat Berkubok la UMNO...
Nyot..nyot..keh keh kah kah
Kampong Makam Tanah Wakaf pun UMNO nak Sapu..
Nasib Baik adaNya Allahyarham Saudara Salim (Aktivis PAS) Menyelamatkan keadaan.. Kalu tidak habis Tanah Wakaf hak Orang Islam..
Bangunan UMNO di Jalan Yahudi/Haji Zainal Abidin pun didirikan atas Tanah Wakaf. Dah la tuh, nak buat Berniaga pulak???.... Mencari Untung atas Keringat Orang yang MeWakafkan.. UMNO suka Main Bangsat..
Apa lah punya Keparat UMNO nih...
Sekarang ini berani nak tuduh DAP pulak...
Nyot..nyot..keh keh kah kah
Akta Pengambilan Tanah siapa yang Gubal????
DAP ke?? atau UMNO/BN yang Gubal dan Approve?????.....
Nyot..nyot..keh keh keh
psst : kadang2 cakap kawan2 kita yang tak belajar ke U ni pun ada logik jugak.. contohnya mcm penang.. lepas PR ambil alih baru lah UMNO nak perjuangkan hak melayu.. selama diaorang memerintah mana ada diaorang ambil peduli untuk imbangkan penduduk cina dan melayu di sesuatu kawasan terutamanya di penang....Nyot..nyot..keh keh keh

Baca Berita Penuh ..

Saturday 30 October 2010

Hillary Clinton bertemu Anwar Ibrahim?

Setiasusaha Negara Amerika Syarikat (AS) Hillary Clinton akan mengadakan pertemuan dengan kumpulan NGO dalam lawatan rasmi sulungnya ke Malaysia minggu depan walaupun format perbincangannya masih belum ditentukan.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Ketua Informasi kedutaan AS di Kuala Lumpur Tina Malone masih belum dapat menjelaskan sama ada pertemuan tersebut akan dibuat dalam bentuk dialog.



Bagaimanapun, akan terdapat "interaksi dengan kumpulan NGO" apabila Clinton (kanan) tiba bagi memenuhi sebahagian daripada siri lawatannya ke Asia minggu depan, kata Malone.

Sebelum ini, NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) pernah memohon untuk membincangkan isu-isu yang menyentuh kedua-dua negara.

Sebelum ini juga, terdapat desas desus bahawa lawatan tiga harinya ke Malaysia turut melibatkan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat sebelum beliau bertolak ke Papua New Guinea pada 3 November.

Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) juga dijangkan menganjurkan acara dengan Clinton bagi mempamerkan kerjasamanya dengan beberapa syarikat AS.

MAS juga dalam kenyataan akhbarnya berkata syarikat penerbangan negara itu juga akan menunjukkan pesawat B737-800 yang dijadual tiba pada 1 November, untuk pameran pada hari berikutnya.

Masih terdapat laporan bercanggah sama ada Clinton "mahu" menemui Anwar dalam lawatannya.

psst : usm :)

Baca Berita Penuh ..

Thursday 28 October 2010

Doktor-Doktor Ni Kelakar Sungguh..Sanggup Hina Otak Sendiri

Sekoq tu merumuskan SAIFUL DILIWAT BERSUMBERKAN CAKAP2 ORG LAIN tanpa ujian saintifik

sekoq lagi merumuskan ADA TUSUKAN KEDALAM DUBUR SAIFUL hanya disebabkan ada airmani didalam, walaupun tiada tanda kecederaan..

weiii.. buat la cerita yg logik skit.. tahap ni je ke yg hangpa dapat buat???
aduihhh.. 


http://www.malaysiakini.com/news/146620
Dr Razali
....Sankara bertanya kepada Dr Razali sama ada pelincir digunakan dalam tindakan meliwat yang didakwa oleh pengadu yang juga saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Dr Razali berkata beliau difahamkan ada, tetapi mengakui tiada ujian dilakukan bagi menentukan pelincir digunakan..... 


http://www.malaysiakini.com/news/146291
Dr Siew 
Dr Siew juga berkata siasatan awal menunjukkan tiada tanda-tanda kecederaan di badan mahupun di kawasan dubur Saiful.
Katanya, sampel daripada empat calitan kapas menunjukkan kehadiran air mani. Calitan kapas itu diambil dari sekitar kawasan dubur iaitu bahagian atas, bawah dan juga peri-anal. "Ini menunjukkan ada kesan tusukan zakar berikutan penemuan sampel air mani lelaki,” katanya.


Dr pun dah jadi kangaroo jugak!

Psst : Dr pakar utara malaysia amat diperlukan..bukan sekadar di KL ja...dr pakar kat perlis ni ramai2 pelatih ja, yg boleh memudaratkan pesakit. perlu ada dr pakar yg lama dan tahu menahu dan lebih matang..demokrasi lah woi!!!


Baca Berita Penuh ..

Sunday 24 October 2010

1.6 JUTA penjawat awam bersiap sedia HUMBAN UMNO

Realisasi agenda PAS ganti Umno 
Harakahdaily
KUALA TERENGGANU, 23 Okt: Agenda PAS menggantikan Umno hendaklah direalisasikan oleh pendukung parti dengan menekankan kepada gerakan dakwah terhadap golongan Umno dan golongan atas pagar, mengelakkan serangan peribadi dan memperbanyakkan aktiviti penerangan melebihi serangan.

Demikian antara resolusi Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu ke-14 yang diadakan di perkarangan Surau Kampung Tanjung Batu Rakit, yang berakhir petang ini. 

Di samping itu, Dewan Himpunan Penyokong PAS hendaklah diperkasakan sebagai wahana untuk menjadikan saluran bagi menolak fahaman asabiah perkauman tokok pimpinan Umno BN dan NGO upahan seumpama Perkasa yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia seterusnya berintima’ dengan perjuangan PAS bagi menjamin kesejahteraan dan keadilan untuk semua. 

“Marilah kita sama-sama meletakkan komitmen untuk melaksanakan resolusi-resolusi yang mewakili hampir keseluruhan cadangan dan lontaran idea yang telah diberi oleh perwakilan dan ulasan pimpinan bertunjangkan kepada ucaptama Tuan Guru Presiden,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Resolusi ijtimak, Mohd Draman ketika membacakan resolusi itu. 

Berikut ialah resolusi penuh. 

Menyedari bahawa Barisan Nasional (BN) sedang berada di ambang keruntuhan dalam menghadapi pelbagai masalah luaran dan dalaman, sedang PAS Negeri Terengganu terus melangkah memperkasakan kekuatannya bagi memenuhi harapan besar yang diberikan oleh rakyat bagi membawa perubahan kepada negeri Terengganu. 

Berasaskan hakikat ini, Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu kali ke-14 yang diadakan pada 23hb Oktober 2010, bersamaan 15 Zulkaedah 1431H yang bertemakan “Demi Kedaulatan Islam; Perkasakan Jihad” dengan sebulat suara membuat gagasan dan resolusi bahawa saf kepimpinan PAS Negeri Terengganu di semua peringkat beriltizam untuk: 

Bagi menghadapi pilihan raya umum yang ke-13, maka jentera pilihan raya mestilah digerakkan bermula dari sekarang di semua peringkat mengatasi perancangan dan gerak kerja Umno BN dengan memberi tumpuan kepada pengemaskinian urusan pemilih dan keahlian serta penguasaan ke atas pengundi sasaran. 

Meningkatkan kefahaman dan penghayatan petugas-petugas PAS di semua peringkat bagi mengikis penyakit atau budaya negatif seperti futur, isti’jal, ukhuwah yang longgar dan seumpamanya. 

Menegaskan bahawa setiap anggota jemaah sama ada pemimpin, petugas atau ahli parti, hendaklah memperkukuhkan sifat-sifat kualiti peribadi dan meningkatkan keupayaan diri dalam memperkasakan jihad dengan memperkukuhkan wala’, thiqah dan intima’ terhadap pimpinan dan jemaah. 

Merealisasikan agenda PAS mengganti Umno dengan menekankan kepada gerakan dakwah terhadap golongan Umno dan golongan atas pagar, mengelakkan serangan peribadi dan memperbanyakkan aktiviti penerangan melebihi serangan. 

Menyokong, meneruskan dan memperkukuhkan kerjasama politik di kalangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat melalui kaedah tahaluf siyasi tanpa menggadai prinsip perjuangan di samping menjadikannya sebagai satu ruang dakwah. 

Menerus sumbangan dan komitmen semua petugas dan kepimpinan yang sedia ada dalam memperkasakan PAS benar-benar sebagai sebuah gerakan Islam yang syumul. 

Meneruskan proses pembudayaan petugas-petugas PAS dengan gerak kerja berasaskan kepada perancangan yang sistematik dan berstrategi membina keyakinan masyarakat terhadap PAS sebagai kerajaan alternatif ataupun kerajaan menunggu. 

Memperkasakan Dewan Himpunan Penyokong PAS sebagai wahana untuk menjadikan saluran bagi menolak fahaman asabiah perkauman tokok pimpinan Umno BN dan NGO upahan seumpama Perkasa yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia seterusnya berintima’ dengan perjuangan kita bagi menjamin kesejahteraan dan keadilan untuk semua.

Baca Berita Penuh ..

Tuesday 19 October 2010

Bonus oleh Kerajaan Pimpinan PR.

Azrin Ren ヅ : Ekonomi negara kata pemimpin BN o.k.Bila bab nak beri bonus k.o plak.Pepmimpin kaki kencing...keh keh keh...
Pemimpin BN membazir,rasuah kuat,kakitangan kerajaan beri bantuan RM 500.Ini tak adil...keh keh keh.. 

Balik2 RM 500...Kenapa tak RM 1000? RM 1500 ke? kalau tak mampu beri sebulan gaji. 

Boleh blah lah dengan bajet seluar dalam...keh keh keh...

KUALA LUMPUR 18 Okt - Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan tetap meneruskan amalan memberi bonus kepada kakitangan perkhidmatan awam sekiranya ia diberi kepercayaan menubuhkan kerajaan pusat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. 

Beliau membuat pengumuman tersebut semasa berucap dalam Dewan Rakyat pagi tadi berhubung perbahasan Belanjawan 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu. 

Anwar berkata alasan Perdana Menteri bahawa kerajaan perlu berjimat apabila diajukan soalan mengenai pemberian bonus kepada lebih 1. 2 juta kakitangan kerajaan tidak boleh diterima kerana pada masa yang sama pentadbiran Najib mampu membazir sejumlah wang yang besar untuk menganjurkan pelbagai projek dan aktiviti yang bukan keutamaan dan tidak memberi manfaat langsung kepada rakyat. 

"Ke mana Perdana Menteri pergi? Ke pertunjukan Islam d Monaco. Ini jawapan yang paling tidak munasabah. Kerajaan membelanjakan wang yang sebegitu besar untuk menganjurkan pertunjukan fesyen bagi memperkenalkan busana Islam di Monaco. Seluruh dunia tahu Monaca adalah pusat perjudian yang terkenal. Kalau hendak perkenal fesyen Islam bukannya di Monaca tapi di Kuala Lumpur, Jakarta, Jeddah atau Istanbul. Apa yang lebih menyedihkan boleh pula menyerahkan derma kepada Prince Albert (pemerintah Monaco). Bila ditanya boleh tidak tambah bonus Perdana Menteri kata 'kita belum bersedia'. Kalau Pakatan Rakyat ditakdirkan memerintah bonus akan tetap diberikan. 

"Ini bukan hendak mengambuil hati pegawai-pegawai kerajaan. Ini kerana (semasa saya menjadi Menteri Kewangan) dalam keadaan susah pun kita mampu berikan sebahagian daripada bonus tapi sekarang ini belum masuk peringkat susah, kerajaan mengatakan tidak ada duit. Sebab apa? Pembaziran! Berapa subsidi kepada IPP? RM20 bilion. Berapa jumlah disebabkan rasuah, penyelewengan, ketirisan, stadium runtuh? RM20 bilion 
tetapi bila hendak beri bonus kepada kakitangan kerajaan kata tidak ada duit. 


Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat