Labels

Showing posts with label hassan ali dipecat. Show all posts
Showing posts with label hassan ali dipecat. Show all posts

Monday 9 January 2012

Pembebasan Anwar : Mahathir dah beli tiket ....?


Anwar Ibrahim di bebaskan semasa PaKjib berada di angkasaraya menuju Kuala Lumpur dari Afrika Selatan.Tidak dapat dibayangkan bagaimana kepulangan Pakjib sebaik menjejak kaki di bumi Malaysia sekiranya Anwar di hantar ke Penjara Sungai Buloh. Barangkali kapalterbang yang membawa Pakjib terpaksa berpatah balik ke Afrika Selatan akibat tidak dapat mendarat kerana bantahan rakyat di lapangan terbang.Pelbagai lapisan rakyat menyambut gembira pembebasan Anwar sehinggakan MB Kelantan TG Nik Aziz berpuasa sunat kesyukuran.

Pembebasan Anwar amat bermakna bagi rakyat yang cintakan keadilan. Ianya satu langkah ke depan daripada 1000 langkah menuju Putrajaya. Perjalanan masih jauh lagi.

Banyak lagi kerja yang belum selesai untuk membersihkan sistem keadilan dan kehakiman negara ini.

Kes Anwar ini "menyangkut" beberapa individu. Antaranya :
1) Penggunaan wang zakat oleh Menteri Jamil Khir.
2) Pendakwaan ke atas Saiful atas tuduhan palsu.
3) Pemecatan Hasan Ali dari PAS kerana ulasan kes ini.


Apapun, barangkali Mahathirlah agaknya manusia yang paling kecewa dengan pembebasan Anwar. Mahathir masih tidak lena tidur bahkan dalam tidurnya diganggu mimpi-mimpi yang menggerunkan seperti melihat Hosni Mubarak di usung turun naik masuk mahkamah. Itu belum lagi kisah nasib Marcos dan Suharto.

Barangkali Mahathir juga teringat ramai "kawan-kawan" nya sudah tiada seperti Hakim Hacks, Hakim Ariffin Jaka dan AG Mokhtar.

Apakah Mahathir tidak sedar lagi keadaan sekelilingnya ? Adakah Mahathir belum sedar lagi mengapa Tuhan masih memberinya peluang untuk hidup ?"

psst...Mahathir dok sibuk pasal anwar sampai nak beridat pun tak sempat....

Baca Berita Penuh ..

Hassan Ali Dipecat : Memang Wajar...Kesiannnn.....

''Saya seorang yg tidak setia untuk memperjuangkan rakyat menentang kezaliman umno, saya sanggup pergunakan agama demi untuk memecahbelahkan PAS''

Reaksi pertama Hasan Ali atau Hasan Akidah mengenai pemecatannya ialah dia terkejut dan kesal dengan keputusan itu. Dia tidak sangka perjuangannya selama ini menegakkan Islam diperlakukan demikian. Amboi sehe batnya mana perjuangan Islam Hasan Akidah dalam Pas. Apakah lebih besar dari perjuangan Muhammad Sabu yang dipenjara dan dipukulk polis?

Kalau diukur perjuangan Hasan Akidah dengan Mat Sabu rasanya tidak sampai besar kuku cucu saya, Muhammad Khalif Ummar, yang dizahirkan 30 Disember tahun lalu. 

Beberapa jam selepas melahirkan pernyataan itu Hasan Akidah berkata, pemecatannya kerana dia menyentuh Anwar. Pas pecat dia kononnya kerana dia mengkritik dan tidak bersetuju dengan Anwar. Rakaman kenyataannya itu sepanjang hari diputar oleh semua setesen tv yang menjadi penjilat buntut UBN.

Menerus syarahan ringkas di perkarangan rumahnya itu Hasan Akidah cuba memperbetulkan akidah politiknya. Penjelasan atau dakwaan itu tidak lebih dari motivasi basinya untuk menarik perhatian ramai supaya bersimpati dengannya. Apakah Hasan Akidah sedar dengan apa yang dikatakan itu. Sekali lagi dia cuba meremehkan jemaahnya sendiri. Memperkecilan tindakan presiden dan seluruh ahli jawatan kuasa.

Mereka yang rasional dan tidak mudah hanyut dalam kepetahannya boleh mengukur apa dijelas dan didakwa oleh Hasan Akidah itu. Dengan Inchek Ibrahim Ali duduk di sampingnya orang sudah boleh menganggakl sejauh mana kebenaran dan kelurusan akidah politiknya. Dr Haron Din, Ismail Kamus dan Taib Azamuddin dilaporkan hadir sama tetapi tidak diletakkan di depan. Mereka hadir mungkin untuk menyatakan simpati ke atas apa yang berlaku.

Dakwaan dan penjelasan Hasan Akidah itu sia-sia saja. Orang yang tidak mengaji sampai peringkat Phd yang tahu membuat research, pengkaian maklumat dan sebabgainya pun mengerti kenapa Pas harus mengambil keputusan yang maha berat itu. Isu yang membelit Hasan Akidah bukan sehari dua ini saja, tetapi sejak lama dulu. Sejak beliau menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor lagi, tetapi ia tidak didedahkan kepada umum demi kebaikan Pas.

Kesabaran Pas tidak mendedah itu menandakan Pas memberi peluang kepada Hasan untuk memperbetulkan akidahnya sebagai ahli Pas.

Pas telah menahan diri begitu lama kerana tidak mahu menimbulkan keributan dalam rumah dan memberi peluang kepada Hasan Akidah supaya kembali kepada akidah Pas. Pas membuat beberapa teguran termasuk memecatnya sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor kerana akidah Hasan Akidah terhadap akidah Pas sudah terpesong.

Saya membenarkan kalau orang mengatakan Hasan Akidah seorang yang jahil politik peringkat murakad. Seorang yang tidak tahu feqah politik. Dari awal lagi Hasan Akidah telah tersalah memilih Pas sebagai flatform perjuangannya. Dengan latar belakang pendidikan beliau sekular itu seharusnya dia kekal dalam Umno.

Hasan Akidah berlagak saja sebagai pakar motivasi boleh membangun jiwa orang lain, memberi semangat kepadanya murid mencapai A A A dalam pelajaran tetapi dia sendiri gagal untuk membajai dan membangun jiwa hamba dan jiwa juang dalam dirinya. Dia gagal untuk menjadikan jiwanya jiwa yang besar dan hebat.

''Maafkan gua pak asan, gua tak suka org yg nak bawa PAS bergabung dengan UMNO. lu takkan tak ingat pak asan?? UMNO dulu apabila dah lupa diri terus menendang PAS dari perikatan. lagi satu UMNO ni penolak utama hukum hakam islam. oleh sebab itu, memang wajar pak asan dipecat dari PAS sebelum dirosakkan oleh pengkhianat musuh didalam selimut. gua mau tanya pak asan, semasa UMNO kuat dulu ada tak dia ingatkan ISLAM???''

Saya suka merujuk kepada tindakan jawatankuasa disiplin Pas yang pernah menganggutungkan keahlian Ahli Parlimen Khalid Samad kerana bergaduh dengannya. Sebelum itu dia memecat Khalid Samad dari jawatan Timbalan Pesuruhjaya. Pemecatan itu memedihkan Khalid Samad. Tetapi Khalid boleh menahan diri dan bersabar. Dia tidak bertindak mengkritik balas balik Hasan Akidah dan akur dengan keputusan parti yang menggantung keahliannya.

Kenapa Hasan Akidah tidak boleh mengambil pendirian dan sikap seperti Khalid Samad? Kalau Khalid redha dengan keadaan kenapa tidak dengan beliau?

Satu perkara yang ramai orang tidak tahu macam mana Presiden Abdul Hadi Awang mempertahankan Hasan Akidah. Pengorbanan dan jasa presiden ini tidak dikenang oleh Hasan Akidah. Selepas beliau tidak menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor ada desakan kecil agar beliau dipecat dari jawatan Exco. Tetapi Abdul Hadi mempertahankan agar kedududkan Hasan Akidah sebagai Exco jangan diganggu.

Sewaktu usul untuk membincangkan kedudukan Hasan Akidah, Abdul Hadi telah memberi warning. Apa saja cadangan terhadap Hasan boleh dibuat tetapi jangan usik kedududkannya sebegai Exco. Begitu sekali Abdul Hadi mempertahankan Hasan sehinggalah ke hari ini jawatan itu disandangnya walaupun Hasan Akidah bukan Pesuruhjaya Pas Selangor.

Malanya pengorbanan dan sikap rendah diri dan mahabbah yang ditunjukkan oleh Abdul Hadi Awang itu tidak dinilai oleh Hassan Akidah. Sepatutnya sebelum dia membuat reasech atau kajian tentang hala tujuan perjuangan Anwar yang kemudian dia menolaknya, kaji dan selidik dulu sikap, pendirian dan jiwa Abdul Hadi sebagai presiden. Kalau pun dia benci kepada Anwar yang tidak membantunya untuk menjadi MB Selangor, tetapi dia kena hormati Abdul Hadi sebagai ketua jemaah.

Hasan Akidah masih lagi dengan akidah merasakan dirinya hebat. Semasa berucap kepada kawan-kawan dan penyokong malam tadi, dia membilang dirinya sebagai hebat. Pakar itu dan ini sebab itu dia merasakan perjuangan Anwar, dasar ekonomi yang Anwar hendak bawa tidak dipersetujuinya. Dia juga obses kepada Islam, Melayu dan raja. Baguslah.

Marilah kita akui akan kehebatan dan keilmuan Hasan Akidah dalam segala macam aspek itu. Justeru elok rasanya kalau Umno memanggil Hassan Akidah menyertai parti itu. Mudahan dengan kemasukan Hasan beliau boleh perbetulkan akidah Umno ke atas landasan sebenarnya. Seorang pakar motivasi yang bijak membangun dan mempengaruhi jiwa orang tentu Hasan Akidah akan berjaya.

Bukan itu saja kalau Hasan Akidah menyertai Umno harapannya untuk menjadi Menteri Besar Selangor juga masih terbuka. Umno boleh letak Hasan Akidah atas belakang gajah dan keliling ke seluruh daerah di Selangor. Dari atas belakang gajah Hasan Akidah boleh membuka syarah.

Untuk menguatkan sokongan Hasan Akidah boleh diregukan dengan Ezam Mohamad Noor, tokoh memperjuangkan keadilan, membenteras kepalsuan Anwar Ibrahim dan anti korupsi itu. Kalau Hasan Akidah jadi MB, Ezam boleh jadi timbalannya.

InysaAllah dengan masuknya Hasan Akidah ke dalam Umno, Umno akan jadi parti akidah, parti yang kuat memperjuangkan Melayu sebab itulah yang hendak dibawa oleh Hasan Akidah di dalam Pas tetapi Pas pula 'tak amboh' dengan idea dan perjuangan itu.

Sama-sama kita tenguk setinggi mana kejayaan Hasan Akidah selepas ini. Apakah dia hanya setakat diberi jawatan presiden Perkasa(m) sahaja selepas NGO itu semakin hari semkin menirus dan pengaruhnya semakin mengecil.

Ini adalah madey kutty, pengasas rasuah dan perosak negara.
Petua untuk Hasan Akidah sebagai orang pernah mengenali Inchek Ibrahim, ahli Parlimen menang atas tikit Pas itu tidak akan mencari dahan untuk bergantung kalau dia masih kuat dan berpengaruh serta berdiri sendiri. Apabila katak menghampiri lembah maka dia sudah tahu bahawa bumi akan gersang. Selamat berjuang kepada Hasan Akidah!

psst....Kesian lu pak asan, confirm menagis tersesak-sesak....

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat