Labels

Showing posts with label spain. Show all posts
Showing posts with label spain. Show all posts

Sunday 30 June 2013

Berakhirnya Kehebatan Tiki Taka Sepanyol?


Aku teruja dgn kemenangan Brazil ke atas Sepanyol 3-0 pagi tadi. Sememangnya itu yg aku harapkan setelah sekian lama Sepanyol mendominasi bolasepak baik d peringkat kelab maupon antarabangsa. Sblm tu rmai yg berkata bahawa Sepanyol yg menggunakan teknik Tiki Taka sukar utk d tumbangkan. Aku x percaya statement itu kerna dh byk sejarah menyaksikan kehebatan2 taktik spt Samba & Total Football pon akan menemui titik komanya. 


Suatu ketika dulu d era zaman Pele, Carlos Alberto, Jiarzinho dll, taktik samba mmg d geruni. Ibarat spt menari d atas padang, lawan pastinya akan terpukau seterusnya membolehkan Brazil muncul juara Piala Dunia utk beberapa kali. Kemudian, muncul pula teknik Total Football yg d terajui legenda2 dr Belanda spt Johan Cryuff, Johan Neeskeens, Johnny Wrep dll. Biarpon x menang Piala Dunia tapi taktik ni benar2 berkesan & d geruni lawan. 

Piala Dunia 1982, pada aku skuad Brazil antara yg terbaik pernah d bentuk. D terajui legenda2 spt Zico, Falcao & Socrates, samba diorang mmg terbaik. Tapi tiada rezeki d mana Itali menang tahun tersebut. Biarpon Brazil kembali menang Piala Dunia tahun 1994 d USA d mana gandingan Romario & Bebeto dgn sambanya ia masih belum dpt menandingi samba Pele & Zico. 

Sebelum masuk abad ke 21, muncul pula sebuah lagi kuasa bolasepak d mana munculnya pmain2 hebat spt Zidane, Trezeguet, Pires dll. Selepas menang Piala Dunia tahun 1998, mereka meneruskan kecemerlangan dlm Euro 2000. Selepas itu, barulah muncul era Sepanyol yg d geruni abad ni. Bermain dgn mudah & lebih menumpukan kpd bhgn tgh, pmain2 hebat spt Villa, Xavi & Iniesta berjaya membuka mata dunia. Menang Piala Dunia tahun 2010 & Eropah 2012, ramai yg beranggapan anak2 buah Vicente Del Bosque ni sukar d tewaskan. 

Namun, pada aku, setiap pasukan yg hebat pasti akan menemui titik noktahnya. Sukar utk sesebuah negara bertahan dlm tempoh yg begitu lama, sekurang2nya sedekad. Setiap taktik ada kelemahannya. Pastinya byk pasukan samada kelab maupon negara sudah mengkaji akan kelemahan taktik Tiki Taka. Bermula dgn kecundangnya Barca d tgn Bayern. Kini skuad negara mereka pula kecundang pada Brazil malah hampir d tewaskan Itali d separuh akhir. 

Ia tidak bermakna taktikal Tiki Taka ni sudah x relevan dgn skuad Sepanyol maupon tim2 dlm La Liga. Namun, rmai yg sudah tahu akan kelemahannya. Jika tidak d perbaiki, pastinya amat sukar utk Sepanyol mempertahankan kejuaraan Piala Dunia & Piala Eropah yg di milikinya. 

#Total Football,Samba,Tiki Taka, Toki Choki, Chumi & Chiki pun semua habis dan ade titik nokhtahnya !!! 
Tapi taktik kerongcong FAM yg duduk dari thn 82 tu jugak tak habis-habis.....LaughingLaughingLaughingLaughing


Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat