Labels

Showing posts with label israel. Show all posts
Showing posts with label israel. Show all posts

Wednesday 26 March 2014

Lebih Kurang 24 Jam Israel Telah Menutup Kesemua Kedutaannya Diseluruh Dunia


Lebih kurang 24 jam yang lepas Israel telah menutup kesemua kedutaannya diseluruh dunia. Tindakan tersebut dibuat dengan alasan bahawa "pegawai kedutaan mogok kerana gaji rendah".

Alasan tersebut adaah sesuatu yang sama sekali tidak masuk akal.

Dan.. setelah itu, 6 jam kemudian lebih kurang 529 pengikut Ikhwanul Muslimin telah dijatuhkan hukuman mati oleh tentera Yahudi-Mesir (Sisi).

Tatkala dunia seluruh dunia leka dengan permainan media Barat (CNN, BBC, REUTERS dll) tahukah anda bahawa tentera Yahudi-Isrel dengan kekuatan 1000 buah kereta kebal kini telah mengepung Gaza.

Gaza yg keluasannya 3 suku dari bandar Klang, kirinya laut dan border berwarna purple adalah tembok setinggi 3 tingkat binaan Zionis. Satu2nya jalan menghubungkan dgn dunia luar adalah melalui Rafah dan terowong2 disitu.

Setelah kejatuhan Presiden Mesir Dr Morsi, pintu Rafah ditutup dan terowong2 dimusnahkan oleh tentera Mesir sendiri. Bantuan utk Gaza lumpuh 100%. Malam kelmarin wakil dr MAPIM memberitahu dikhabarkan lebih 1000 buah kereta kebal Israel di tempatkan di Rafah.

Ini bermakna umat Islam Gaza telah terkepung dan pada bila-bila masa sahaja mereka akan diratah oleh Zionis. Mungkin inilah antara agenda mereka menggulingkan Dr Morsi.

Saya hanya menyampaikan apa yg telah disampaikan pd saya dan jemaah yang lain oleh wakil MAPIM tentang amanat Perdana Menteri Palestin. "Kami tidak meminta kamu datang bersama2 kami mengangkat senjata kerana kami sentiasa bersedia disini utk mempertahankan tanah umat Islam, tetapi kami hanya meminta dari kamu doa kerana doa lah senjata paling hebat yg tidak ada pada org kafir.

Selain itu bantulah apa saja yg kamu termampu dan tolong sebarkan tentang kami kpd semua umat Islam kerana kami terkepung utk memberitahu kpd dunia".Jika itu juga tidak mampu kamu lakukan bagaimana kamu hendak menjawab dihadapan Allah kelak?".

Sila sebarkan jika anda peduli...

Hj. Nazri Deraman, Pengerusi Cakna Palestin Ambil masa lebih kurang 5 minit utk sebarkn msg ini supaya kita boleh menjawab soalan dari Allah s.w.t apabila ditanya apa yg kita buat. Harap anda tidak membiarkan msg berhenti disini shja.

Sebarkan..

Demi agama kita, Islam. Ingat kita ni umat islam ada DOA , mari DOA kan mereka !

AllahuAkbar!!...

Baca Berita Penuh ..

Sunday 2 December 2012

Israel Akan Lenyap 10 Tahun Lagi - Henry Kissinger



Menurut laporan media, Henry Kissinger dan 16 badan pemikir lainnya bersetuju bahawa dalam waktu terdekat “Israel”  tidak akan wujud lagi.

The New York Post mengutip perkataan Kissinger : “Dalam 10 tahun, tidak akan ada lagi Israel”.

Pernyataan Kissinger datar dan tidak memiliki syarat. Beliau tidak menyatakan bahawa “Israel” dalam bahaya, tetapi menurutnya dapat diselamatkan jika diberikan triliunan tambahan dollar dan menghancurkan musuh-musuhnya dengan bantuan tentera Amerika, dipetik daripada Kavkaz Center.

Dia tidak mengatakan bahawa jika rakan lama Netanyahu, Mitt Romney, terpilih, “Israel” entah bagaimana dapat diselamatkan.  Dia juga tidak mengatakan bahawa jika mengebom Iran, “Israel” mungkin dapat bertahan hidup.  Dia tidak menawarkan jalan keluar.  Dia hanya menyatakan fakta : pada tahun 2022 “Israel” akan tidak ada lagi.

Komuniti bijak pandai AS bersetuju dengan pernyataan Kissinger, meskipun mungkin tarikh tepat runtuhnya “Israel” tidak mereka ketahui.

16 badan pemikir AS dengan anggaran gabungan lebih dari 70 juta USD telah mengeluarkan analisis 82 muka surat berjudul “Preparing for a Post-Israel Middle East”.

Laporan itu mengamati bahawa 700,000 pendatang haram “Israel” telah mencuri penempatan pada tahun 1967-tanah di mana seluruh dunia bersetuju adalah milik Palestin, bukan “Israel”-tidak akan tenteram dan hidup dengan damai. Kerana dunia tidak akan menerima kehadiran mereka terus-menerus di tanah yang dicuri “Israel” seperti Afrika Selatan pada akhir 1980-an.

Golongan pelampau Likud pemerintahan “Israel”, menurut laporan itu semakin memaafkan dan mendukung kekerasan membabi-buta dan pelanggaran hukum oleh pendatang haram Yahudi.

Laporan tersebut menyatakan bahawa jenayag oleh ekstrimis Yahudi, dan infrastruktur apharteid yang berkembang termasuk dinding pemisah dan sistem yang lebih kejam dari pos pemeriksaan, tidak dapat bertahan, tidak dapat berlanjutan dan tidak “selaras” dengan
“nilai-nilai” Amerika.

16 badan pemikir itu bersetuju bahawa “Israel” tidak dapat menahan raksasa pro-Palestin yang datang terdiri daripada Arab Spring, Kebangkitan Islam dan kebangkitan Iran.

Perisik AS mengatakan bahawa dalam realiti ini, kerajaan AS tidak akan lagi memiliki sumber kekuatan ketenteraan dan kewangan untuk terus menopang “Israel” terhadap keinginan-keinginannya.

Dalam rangka untuk menormalkan hubungan dengan 57 negara Islam, AS akan harus mengikuti kepentingan nasional dan menarik diri untuk “Israel”.

Menariknya, baik Henry Kissinger mahupun penulis lain dalam Laporan itu tidak ada yang memberikan tanda bahawa mereka akan meratapi kematian “Israel”.

Ini luar biasa, mengingatkan bahawa Kissinger adalah seorang Yahudi yang selalu dilihat sebagai teman “Israel” dan bahawa semua orang Amerika termasuk mereka yang bekerja untuk badan perisik, telah sangat dipengaruhi oleh media pro-Israel.

psst....WallahuAlam....


Baca Berita Penuh ..

Thursday 3 February 2011

Revolusi : - Sumpahan Rakyat Terhadap Hosni Mubarak Murtabak

Mesra : Bekas PM Israel Ehud Olmert Bersama Hosni Mubarak 

APABILA disebut tentang Mesir, salah satu tamadun paling lama di dunia, umum mungkin akan mengenang monumen-monumen popular seperti piramid Giza dan Sphinx, universiti Islam paling lama dan terkenal, Universiti Al-Azhar, bandar bersejarah Memphis dan banyak lagi. 

Mesir juga selama ini mempunyai nama baik sebagai sebuah negara yang aman dan stabil daripada semua aspek, termasuk politik. Tetapi siapa sangka, negara contoh seperti Mesir itu sebenarnya menyembunyikan imej sebenar apabila isi huninya tidak berpuas hati dengan kepimpinan negara itu. 

Ia kini mempunyai wajah yang berbeza. Imej Mesir sekarang bukan sahaja dicela dengan demonstrasi jalanan dan darurat, malah telah mengakibatkan pelbagai jenis perhubungan telekomunikasi tersekat serta pelbagai sumber mendedahkan bahawa ibu negara Mesir, Kaherah berada dalam keadaan membahayakan. 

Kesemua hiruk-pikuk yang wujud ini bukanlah terhadap sesuatu organisasi, parti politik atau tanda protes terhadap sesuatu negara. Ia sebenanrnya merupakan serangan secara langsung oleh penduduk-penduduk Mesir yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan presiden mereka, Hosni Mubarak. 

Memegang tonggak kepimpinan nombor satu negara itu sejak 30 tahun yang lalu adalah satu tempoh yang sangat lama. Hosni, 82, terlalu kukuh atau berdegil dengan mengekalkan kuasa yang dipegang sejak tahun 1981 berikutan pembunuhan presiden sebelum itu, Anwar Sadat. 

Anwar Sadat yang mati dibunuh dalam satu acara perbarisan tentera memperingati Israel Arab, telah diganti oleh Hosni yang ketika itu berkhidmat dalam Tentera Udara Mesir dan Naib Presiden pada tahun 1975 di bawah Anwar. 

LEBIH 300,000 rakyat Mesir keluar dari rumah untuk mengadakan antara demonstrasi terbesar dalam sejarah negara itu. 

Produk tentera udara 

Hosni dilahirkan pada 4 Mei 1928 di Kafr-El-Meselha selepas tamat sekolah tinggi dan menyertai Akademi Militer Mesir, di mana beliau menerima Darjah Sarjana Muda dalam Sains Ketenteraan pada 1949. 

Pada tahun berikutnya, Hosni menyertai Akademi Tentera Udara Mesir dan akhirnya mendapat Sarjana Muda Sains Penerbangan dan di tugaskan dalam skuadron pengebom. 

Selepas itu, Hosni diterima masuk ke sekolah latihan juruterbang Kean, Moscow dan sebaik menyempurnakan latihannya itu, Hosni menjadi pegawai Tentera Udara Mesir dan diberi mandat berkhidmat sebagai juruterbang dan naik pangkat menjadi panglima markas. Kerjaya tentera udara beliau sampai kemuncaknya pada 1972 apabila menjadi Komander Tentera Udara. 

Beliau kemudian mengahwini wanita kacukan berdarah Barat, Suzanne dan mempunyai dua orang anak lelaki, Alaa dan Gamal Hosni Mubarak. Media melaporkan Alaa dan Gamal dipercayai sejak sekian lama dipersiapkan sebagai pengganti Hosni kelak. 

Hosni mempunyai personaliti tersendiri apabila sering diibaratkan sebagai pemimpin Arab yang berkawan rapat dengan kuasa besar Barat, Washington selama berdekad-dekad tahun. 

Ekoran keakraban itu, beliau juga pernah beberapa kali menjadi sasaran pembunuhan kumpulan tertentu yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan beliau. 

Baca Berita Penuh ..

Thursday 30 December 2010

Cara Yahudi : - Rahsia Pelajar Israel Bijak, Mereka Asing Lelaki Dan Perempuan


Antara rahsia kenapa Israel berjaya melahirkan pelajar yang bijak ialah mereka mengasingkan kelas antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Kementerian Pelajaran Israel telah mengeluarkan arahan supaya lebih banyak kelas diasingkan antara pelajar lelaki dan perempuan. Semakin ramai rakyat Israel yang berfahaman sekular memilih untuk ke sekolah yang beraliran agama.

 Kita di Malaysia bagaiamana ? Islam sudah lama menunjukkan caranya, tetapi yang mempraktikkannya ialah orang Israel. 

***********************

Published: 12/01/10, 3:16 AM / Last Update: 12/01/10, 3:14 AM

Baca Berita Penuh ..

Friday 17 December 2010

Wikileaks : - Rancangan Amerika Yahudi


Menurut pendedahan Wikileaks terbaru daripada kabel Kedutaan Amerika di Britian..diplomat-diplomat Amerika menyatakan Amerika akan menyerang seluruh negara-negara Islam dan dunia Islam termasuk Mekah dan Madinah sekiranya mereka berjaya menawan dan menakluk Iraq, Iran dan Afghanistan 100%, apabila mereka berjaya menakluk ketiga-tiga 100% negara tersebut. maka sebuah negara Amerika versi Asia barat akan ditubuhkan dan maka dengan itu persenjataan secara complete akan dibina untuk tujuan rancangan mereka.

Inil adalah uutuk "Menghapuskan agama Islam kerana ia adalah perosak kepada dunia dan penghalang kepada penjajahan Barat di seluruh dunia" 

Jadi nyawa umat Islam di seluruh dunia bergantung kepada keputusan perang di Iraq dan Afghan. Kalau Iraq dan Afghan ditakluk dan pejuang-pejuang Islam dikalahkan maka dengan mudah Iraq dapat dihancur-lumatkan. Setelah Al-Qaeda dihapuskan maka sampai giliran untuk hapuskan umat Islam pulak.

Islam adalah penghalang terbesar cita-cita New World Order Dajjal. .... matalamat terakhir NWO Dajjal yang mesti di laksanakan sebelum Utopia (syurga dunia) wujud di 'Great Israel'. So, Turkey, Pakistan dan Asia Tenggara going to be 'the next war zone'. 

Wikileaks, Defining the Moment?
http://www.rense.com/general92/wikidef.htm



psst :
Dengan vietnam pun boleh kalah dajal Amerika ni..ada hati nak kalahkan umat Islam..porahhh...!!!..apa-apa pun umat Islam dah kalah pun dengan harta yahudi, contohnya lalai dengan facebook.  

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat