Labels

Showing posts with label ros. Show all posts
Showing posts with label ros. Show all posts

Friday 19 April 2013

DAH CONFIRM!! : DAP putuskan guna logo PAS, PKR dalam PRU!!

Azrin Ren : DAP kena buat ceramah, pesan kepada golongan muda kaum cina, supaya mereka memesan logo apa harus dipangkah kepada warga yang berumu, Supaya kekeliruan tidak timbul semasa pengundian berlansung. Ini Kalilah!!!


Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, calon-calon mereka akan bertanding menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan PKR di Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya umum 5 Mei ini.

Katanya, keputusan itu diambil kerana sehingga jam 3 petang ini - tarikh akhir yang ditetapkan DAP - mereka tidak mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Karpal juga berkata tiada tanda-tanda surat itu akan tiba.

"Ekoran itu, kami akan teruskan apa yang diputuskan semalam dan bertanding bawah lambang PAS di Semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak," katanya ketika dihubungi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi juga mengesahkan DAP akan menggunakan logo parti Islam itu di semenanjung.

#Ini kalilah, DAP kena kerja keras, beritahu kepda rakyat apa sudah terjadi, terutamanya kepada golongan atas pagar.

Baca Berita Penuh ..

Thursday 18 April 2013

PRU13 : Terbongkar!!! Dalam Risikan PR Mampu Memenangi 145 Kerusi Parlimen!


Maklumat terbaru yang diterima menunjukkan Pakatan Rakyat dijangka menang sehingga majoriti 68 kerusi menerusi satu sumber perisikan yang bocor beberapa hari lalu. Dengan kedudukan ini, Pakatan Rakyat diramal mampu menguasai 145 kerusi, jauh dari sasaran asal 125 kerusi sahaja semasa anggaran awal yang dibuat pertengahan Mac lalu.


Sementara BN cuma memperolehi 77 kerusi sahaja, jauh lebih buruk dari jangkaan asal 95 kerusi juga mengikut anggaran awal pada pertengahan Mac.

Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang yang mendedahkan maklumat ini berkata, walaupun dia tidak dapat mengesahkan sumber yang diterima dari perisikan polis di Bukit Aman, inilah kedudukannya menjelang penamaan calon esok di seluruh negara.

Analisis yang dibentang Ketua Ekonomi Bank Islam yang masih digantung sehingga hari ini, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin menyebut Pakatan Rakyat berkemungkinan memperolehi antara 115 hingga 125 kerusi manakala BN antara 95 ke 105 kerusi sahaja.

Kit Siang menghargai kenyataan bekas ketua polis negara, Musa Hassan yang meminta supaya politik ugut dan menakut-nakutkan rakyat yang diamalkan BN ditolak oleh seluruh rakyat.

Musa yang memegang 'janji' BEKAS perdana menteri, Najib Altantuya bahawa proses peralihan kuasa akan berjalan secara aman turut mengingatkan BN tidak boleh menggunakan kekerasan sekiranya secara rasmi diisytihar kalah dalam pilihanraya umum nanti.

Malah, Kit Siang turut memuji Musa kerana terus profesional menegur BN dan Pakatan Rakyat walaupun sudah bersara dari perkhidmatan kerajaan kerana banyak campur tangan BN dalam pasukan polis semasa Musa menjadi ketua polis negara dulu.

#InsyaAllah, harap PR bekerja keras, sebabnya SPR sekarang ni cuba na menangkan BN, mengharamkan DAP adalah  salah satu contoh...

Baca Berita Penuh ..

YES!!! : SAH!!! DAP Akan Mengguna Logo PAS Dan PKR!!!


Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Penasihatnya, Lim Kit Siang akan bertanding atas tiket Pas berikutan keputusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak mengiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang dipilih Disember lalu.


Kesal dengan keputusan itu, Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok berkata, pengumuman mengenai keputusan itu hanya dibuat 48 jam sebelum hari penamaan calon Sabtu ini.

"Selepas ini tidak ada sesiapa lagi boleh mendakwa sama ada Pas ataupun PKR dipergunakan oleh DAP lagi kerana DAP akan masuk Pas.

"Saudara boleh panggil saya ustazah selepas ini," katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuan Calon dan Pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat (PR), di sini, sebentar tadi.

Semalam, RoS memaklumkan kepada DAP bahawa ia tidak mengiktiraf barisan baru CEC parti itu yang dipilih akhir tahun lalu ekoran kesilapan teknikal dalam penjadualan (tabulation) undi.

Berikutan itu, RoS telah mengarahkan jawatankuasa pusat parti itu dibekukan sehingga siasatan selesai dan satu salinan surat RoS kepada DAP telah dihantar kepada SPR.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan DAP boleh menggunakan lambangnya pada pilihan raya umum kali ini kerana siasatan RoS itu tidak akan memberi kesan kepada parti itu dalam meletakkan calon mereka untuk bertanding pada PRU13.

Dalam perkembangan berkaitan, Kok menambah, berikutan keputusan itu, beberapa pimpinanan DAP tidak dapat hadir pada malam ini kerana masih bermesyuarat dengan dengan pihak peguam untuk membincangkan mengenai langkah undang-undang yang boleh diambil.

Menurut beliau, DAP telah mengadakan mesyuarat khas bersama CEC parti itu untuk menentukan keputusan seterusnya berhubung isu ini.

Beliau yang juga Pengerusi DAP Selangor juga menambah, implikasi daripada keputusan ini, DAP tidak mempunyai pilihan lain daripada tetap terus bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) atas tiket Pas.

"DAP tidak ada pilihan lagi kerana sudah tidak boleh bertanding atas tiket roket.

"Namun, di pihak DAP kami tetap ingin mengucapkan terima kasih kepada Pas dan PKR kerana sentiasa memberikan sokongan,"

#Akhirnya UmnoBN yang diperbodohkan...kikiki...

Baca Berita Penuh ..

PANAS!!! Dap Diharamkan, PAS DAN PKR Sedia Beri Jalan Kepada DAP Untuk Bertanding!!!



Berikutan pengharaman oleh salah satu dari jentera Barisan Nasional, iaitu ROSmah
 terhadap DAP, hari ini DAP Malaysia telah mengisytiharkan untuk bertanding atas 
tiket PAS dan PKR.


 bercakap kepada ajensi berita fakap EP hari ini, DAP berkata dengan pengharaman ini,
''akan lebih mudahlah rakyat akan memastikan BN Tumbang pada 5 may ini'',

 keputusan ini lagi berat kesannya, BN akan gali kubur yang lagi besar untuknya,
penggunaan lambang PKR atau PAS menunjukkan betapa ERATnya kerjasama
 antara DAP dan rakan seperjuangannya untuk SELAMATkan malaysia dari 
kerajaan LANUN Barisan Nasional.

psikologi ini akan menghantui jiwa raga BN yang memang tiada kerjasama di antara 
mereka malahan sedang bergaduh berebut kerusi, kerana umum tahu kini boikot dan 
sabotaj parti BN sedang panas di perkatakan bilamana ramai calon calon umno, mic, mca,
 gerakan tidak di calonkan oleh Najib Razak, dan sedia bertanding atas tiket BEBAS!

 malah mereka cuba menguasai orang lain, rakyat akan manipulasi isu ini, satu lagi isu besar 
untuk Pakatan Rakyat.

 kami tim erapasca juga mengucapkan tahniah pada ROSmah kerana menjadi salah satu dari 
JENTERA Barisan Nasional yang bakal di rombak jika Pakatan Rakyat ke Putrajaya,
 bagi membersihkan sistem yang sangat KORUP dalam kerajaan malaysia.

Pakatan Rakyat jangan terpedaya kata-kata manis pengerusi SPR ini. hari ini dia kata YA!, selepas penamaan calon atau kemenangan Pakatan Rakyat nanti dia akan kata TIDAK!. Jadi DAP harus ambil jalan selamat untuk terus bertanding menggunakan logo PAS atau PKR. Tengok muka pengerusi tu pun gua dah tahu, Muka penakut, pencium tangan rosmah. teloq takdak!

#Muahh muahh muahhh...



Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat