Labels

Showing posts with label utusan meloya. Show all posts
Showing posts with label utusan meloya. Show all posts

Thursday 17 February 2011

Doreamon : - Kenapa UmnoBongok Rahsiahkan Tarikh PRU13?


p/s : 2 hari tak boleh duduk dan lagi 2 hari tak mandi....pi solat jumaat pulak...tak tau aku nak kata apa lagi dengan mamat saiful cap umnobongok yg perangai macam ni.  
Menjelang kemungkinan pilihan raya umum mengejut yang ramai menduga akan dipanggil oleh perdana menteri, parti pembangkang, badan sivil dan apa yang digelar 'kuasa ketiga', telah bertemu bagi membentuk satu barisan bersatu untuk berdepan dengan BN.Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan mengesahkan kepada 
Malaysiakini bahawa pertemuan tersebut adalah atas dayausaha PSM untuk menyatukan seluruhkekuatan, dalam menghadapi kemungkinan berlangsungnya pilihan raya mengejut.

Bagaimanapun, Arutchelvan (kanan) enggan mendedahkan butir lanjut mengenai pertemuan tersebut, kerana ia adalah pertemuan tertutup.

Adalah difahamkan, pertemuan yang pertamakali seumpamanya diadakan sejak pilihan raya umum 2008, dihadiri oleh wakil PKR, DAP, PAS, PSM dan Parti Hak Asasi Manusia (HRP).

MCLM, pimpinan penulis blog Raja Petra Kamarudin yang kini tinggal dalam buangan di United Kingdom, dan peguam hak asasi manusia, Haris Ibrahim, sedang berusaha menyenaraikan calon yang 'berwibawa' untuk bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.


Baca Berita Penuh ..

Thursday 10 February 2011

Revolusi Mesir : - Hosni Murtabak Letak Jawatan.


 JUNTA TENTERA MESIR bakal ambil alih kuasa pemerintah. HOSNI MUBARAK TELAH JAWATAN SEBAGAI PRESIDEN MESIR.

" EGYPTIAN OFFICIAL, HOSNI MUBARAK YIELDING POWER TO THE NATIONS MILITERY, AS SENIOR EGYTION OFFICILA TOLD CNN. SYABAS RAKYAT MESIR. UNDUR UNDUR HOSNI MUBARAK,

Dua sumber berita dipetik dari CNN DAN NBC NEWS. ( Presiden Mesir diktator Hosni Mubarak telah meletak jawatan sebagai presiden selepas 30 berkuasa secara kukubesi dan zalim. )

Selepas berdemotrasi selama 16 hari oleh kumpulan anti Mubarak dan seluruh rakyat Mesir Hosni Mubarak letak jawatan sebagai presiden Mesir.

Selama 16 hari kebangkitan rakyat Mesir berada didataran Tahrir dan mogok rakyat seluruh Mesir dan 300 orang terbunuh membuahkan hasil yang tidak ternilai.

Itulah perjuangan rakyat yang ditindas oleh regim diktator Hosni Mubarak yang berwajahkan syaitan Amerika dan talibarut Israel.

Hebat perjuangan mereka dengan berdemotrasi dan kebangkitan rakyat Mesir perlu diambil pengajaran dan tauladan dalam politik dan perjuangan.

Rakyat Mesir bangkit bersama kanak-kanak, keluarga, pemuda pemudi,golongan pengsarah, golongan jurutera, doktor dan profesional, buruh, pengangur, pekerja kilang dan seluruh rakyat Mesir yang berugama kristian turut bangkit untuk menjatuhkan diktator Hosni Mubarak."

p/s: Adakah Ini Berita baik Untuk rakyat Mesir..
Jika Junta tentera Bersifat Kuku Besi maka sia2 saja..
Kita kena ingat Semasa mula2 DEMO terjadi beberapa

Baca Berita Penuh ..

Wednesday 9 February 2011

Doraemon : - Keterhutangan Kewangan Serius!!!


 Apa maknanya? hampir semua dari kita berhutang ketika membeli rumah, berhutang ketika membeli kereta, berhutang ketika hendak belajar atau menghantar anak2 belajar, berhutang membeli itu ini dengan kad kredit. hutang-hutang yang menimbun ini telah mencipta bunga yang tinggi. bunga ini ditampung pula dengan proses cetakan wang kertas yang baru untuk melangsaikan hutang-hutang dari bunga tadi. Kesannya ialah wang baru mencuri nilai wang lama dlm pasaran menyebabkan nilai wang RM menjadi rendah. Lebih banyak wang kertas diperlukan untuk membeli barang2 dan perkhidmatan yang terhad, menjadikan harga barang tadi naik mendadak. Inilah inflasi!

Jadi tidaklah menghairankan kenapa kerajaan sentiasa menaikkan harga barangan keperluan. Sebabnya ialah mereka telah mencetak wang baru yang banyak dan kita kena menggunakannya untuk menambahkan kantung pihak2 bank yang kesemuanya adalah kroni pemerintah. lihatlah kalau barangan itu dikatakan dikawal, harganya sentiasa naik dan naik tetapi barangan yg tidak dikawal contohnya komputer dan telefon bimbit, harganya sentiasa saja turun.

Baca Berita Penuh ..

Sunday 6 February 2011

Gelombang Merah : - Pemuda Kelantan Tolak Gelombang Penipu

 Gelombang Merah Yang Sebenar Tunggu Nak Pukoi Orang

PAS berpandangan harapan Datuk Seri Mustafa Mohamed yang hendak memikat 400,000 orang muda hanya angan-angan mat jenin sahaja. Orang muda Kelantan adalah generasi yang sedar dan bermaklumat. Mereka anti penindasan, diskriminasi dan penyelewengan. Orang muda Kelantan tidak boleh terima slogan Umno hendak membela Kelantan, sedangkan Umno perlu membela rakyat negeri lain yang berada di bawah pemerintahan Umno yang tertinggal jauh dari segi kuasa membeli dan memiliki hartanah

400,000 orang muda Kelantan bukan hidup di dalam gua yang tidak tahu perkembangan dunia. Orang muda  Kelantan yang terkenal sebagai golongan terpelajar dan memenuhi kerusi di pusat pengajian tinggi di dalam atau luar negeri. Mereka menguasai ketua jabatan di Putrajaya. Ini petanda rakyat Kelantan, cerdik dan berjaya dalam pelajaran dan kerjaya.

Baca Berita Penuh ..

Revolusi MESIR : - MOSSAD Mula Menjalankankan Operasi Dajjalnya


 Seperti yang dijangka, Israel mula memainkan peranan untuk melindungi Regim Hosni Mubarak daripada jatuh d itangan rakyat. Operasi pertamanya, meletupkan saluran gas di utara Semenanjung Sinai.

Matlamatnya untuk memburukkan golongan anti Mubarak. Kita tengok dengan pantas dan segera pihak kerajaan menyalahkan golongan penentang regim.

Umum mengetahui dahulunya Israel pernah menduduki Semenanjung Sinai sehinggalah mereka menyerah kembali kepada Mesir dalam Perjanjian Damai Camp David 1978.

Untuk melakukan sabotaj amat mudah buat Israel melalui MOSSAD kerana mereka pernah menduduki tempat berkenaan dan tahu segala lokasi rahsia. Tujuan letupan adalah untuk mengalih perhatian rakyat terhadap Regim Mubarak.

Mesir mempunyai simpanan gas asli sebanyak 1.7 trilion meter padu dan yang ke 18 terbesar di dunia.

Baca Berita Penuh ..

Saturday 5 February 2011

Doraemon : - Semua Hangpa Tak Bagi Hahhhh....

 

Tadi aku tengok Astro Awani memaparkan demo anti mubarak dibuat diseluruh dunia. Bahrain, Turki....yang lagi menarik negara2 bukan Islam juga ada menganjurkan demo tersebut seperti Amerika, Jepun dan Venezuela....tapi tak nampak pun kena tembak dengan air atau gas pemedih mata.......Malaysia lain sikit demo secara aman kena sembur air dan gas pemedih mata....bangang punya undang2!!! kalau demo yang di anjurkan oleh umnobongok..confirm tak kena macam tu...bolehh ja semua..nak usung kepala lembu pun takpa..janji masyukk memanjang...

Pencacai2 umnobongok mesti kata ''demo adalah yang penyebab jalanraya jem dan menggangu urusan harian orang-orang lain''

Jawapannya : Amboi...amboi...amboi..jangan pentingkan duniawi hangpa, fikirkan di akhirat nanti. jalan jem pun tak boleh nak bersabaq...bukan kami nak pi merompak!!..bukan kami nak pi merogol!!!...bukan kami nak pi buat maksiat!!!...bukan kami nak pi main nombor ekoq...kami nak buat demo menunjukkan kami juga membantah hosni yang pro-yahudi barat tu...sebab dialah antara penyebab umat islam palestin derita berabad-abad selain pemimpin palestin sendiri dan juga yaman penyebabnyA..nampaknya kalau berlaku peperangan, bencana ka..confirm hangpa ni tak boleh bersabaq jugak kot...dok penting duniawi ja. nak hidup kat dunia ciptaan Allah ni kena lah jadi seorang umat yang bersabaq...demo menentang kezaliman terhadap umat islam ia adalah salah satu syahid!!!demonstrasi menentang dan mengutuk hosni pro-yahudi barat ia juga contoh menentang kezaliman dan membela Islam. Fikir-Fikirlah...

Azrin Ren  
 

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat