Labels

Showing posts with label lagu untuk anwar ibrahim. Show all posts
Showing posts with label lagu untuk anwar ibrahim. Show all posts

Monday 1 April 2013

FUYOOOO!!! : Kumpulan Exist Cipta Lagu Untuk Anwar Ibrahim, Jom Layan!


LAGU terbaru bertajuk "pasti kau ingin" sebuah lagu berentak rock kini boleh ditonton melalui YouTube. Difahamkan lagu berentak rancak tersebut dicipta oleh Musrad atau nama sebenarnya Musa Radhi dari kumpulan Exist.




 Suara penyanyi rasanya dinyanyikan oleh Joey, vokalist baru kumpulan Exist. Manakala drummer Ujang dan bassist Musa Radhi. Guitarist rasanya tentulah Along Exist, tapi gua tak nampak muka along dalam video klip ni. Gua cuma nampak Musa dan Ujang je.

 Tapi jari runcing guitarist yang goreng gitar tu gua kenal, itu jari Along kah kah kah...

 Video klip arahan Johan ini secara simbolik menyokong dan mengajak anak muda kepada perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana sebuah lukisan grafiti memaparkan gambar beliau ketika muda terpapar di akhir video klip.

 Nampaknya semakin ramai artis tanah air yang berani menonjolkan ideologi politik untuk menyokong selain Barisan Nasional. Zaman angguk dan patuh kepada parti penyebar video lucah, iaitu Umno dan Barisan Nasional sudah berlalu.

 Berikut video yang dimaksudkan sila tonton, like dan sebarkan video klip ini kepada orang kampung, orang bandar, ayam, itek, lembu dan kambeng, sebelum macai gerombolan penyebar video lucah dislike video ini secara berjamaah kah kah kah...


#Ketika diajukan soalan, apakah BN akan menang kali ini, berikut adalah jawapan sumber Umno. 
“Sekarang nak print poster, bunting dan sebagainya, printer pun dah mula minta Umno bayar dulu secara tunai, tak boleh hutang. Malah, orang-orang yang dulunya penyokong tegar Umno sudah mempercayai bahawa Umno akan tumbang kali ini. 
"Dulu tiada orang akan percaya Umno akan tumbang. Tapi kali ini sehinggakan budak-budak sekolah pun merasa Umno akan tumbang. Saya sendiri meletakkan 50-50, dengan kelebihan masih di BN dengan syarat Najib kena bubar cepat sebelum negeri kedua terbubar secara automatik.


Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat