Labels

Showing posts with label tawan putrajaya. Show all posts
Showing posts with label tawan putrajaya. Show all posts

Thursday 25 April 2013

Red ALert!!! :: Pengundi Import Sudah Tiba Di KLIA!!! (GAMBAR)

Azrin Ren : Tudiaaa....inilah puak-puak yang nak menangkan UmnoBN, Depa nilah yang nak menentukan masa depan negara yang kita cintai ini, Pengundi Import inilah yang nak menawan semula negeri lubuk duit iaitu selangor yang UmnoBN idam-idamkan....Sebab itulah dengan angkuhnya UmnoBN cakap besar mampu menawan semula selangor kononnya rakyat selangor sudah menolak PR, Padahal pendatang tu la rakyat yang UmnoBN maksudkan Iturrrrrrr.....Pemimpin PR jangan dok diam ja...bertindaklah..jangan dok pandang ringan jaa...UmnoBN ni gun taktik yahudi Untuk menjadi juara!!! Juara palsu!!!


Tu dia.. dah sampai dah.. siapa boleh jelaskan bangla bangla ni ramai ni datang untuk apa? Apakah berbaju hijau seolah olah uniform kerja kilang ni hanya untuk "mengaburi" mata oarang ramai?

Adakah jaminan mereka ni bukan pengundi hantu?

Musim mengakut pengundi hantu dah tiba!!!

Dari Sabah turun KLIA.. bas-bas disediakan..

Lokasi lokasi tu tersorok ke dalam.

Ade pengawal jaga kat jln besar arah bas2 tu masuk ke kwsn park.

Pastu berderet2 bas masuk dlm, plate sume W.

Bila masuk pusing ke kwsn park tu, ade lebey kurg 12 biji bas. Bas persiaran..

Sebelum ni tak ada pun bas2 ni parking kat sana..

Mencurigakan.. kemungkinan ini bas2 yang akan tunggu penumpang pengundi hantu.

Mohon sesiapa yang dekat sana tolong check!

Lokasi die, tpk psr mlm pekan salak lame, antara pekan yg dkt dgn KLIA .




INI SEWA KHAS ... TAK PASTI SAPE YG SEWA N SPONSOR ATAU CHERITY SERVIS DR MSIA AIRLINES...

NORMAL FLT SCEDULE  SEPERTI DIBAWAH...

DEPARTURE  KUL
MH 2604 BKI 0730 
MH 2612 BKI 0825 
MH 2608 BKI 0900 
MH 2610 BKI 0920 
MH 2618 BKI 1145 
MH 2614 BKI 1255 
MH 2616 BKI 1415 
MH 2640 BKI 1530 
MH 2622 BKI 1720 
MH 2662 BKI 1810 
MH 2606 BKI 1900 
MH 2628 BKI 2005 
MH 2626 BKI 2210

TOTAL  13FLT

DEPARTURE BKI
MH 2637 BKI 0830
MH 2603 BKI 0945
MH 2619 BKI 1035
MH 2613 BKI 1220
MH 2605 BKI 1310
MH 2641 BKI 1410
MH 2621 BKI 1510
MH 2611 BKI 1540
MH 2607 BKI 1605
MH 2609 BKI 1940
MH 2617 BKI 2005
MH 2631 BKI 2115
MH 2623 BKI 2300

TOTAL  13FLT

UNTUK PGETAHUAN FLT NI TIKET TIDAK DIJUAL SPERTI FLT BIASE... U ALL BOLEH TENGK KAT ATTCHMNT YANG KAT ATAS TU.

DIA ADA TULIS  CHTR FLT/NO BKGS PERMITTED  . TU MAKNENYE KAPAL NI DI CHARTER/SEWA .

SO SIAPAKAH SPONSOR? MAKLUMAT MASIH DICARI,...



#Jaga-jaga SPR, dulu boleh la lu nak tipu rakyat, Tak semestinya Pekerja SPR semuanya PRO-BN...

Jom tonton LIVE Ceramah Perdana PR P082...Klik SINI

Baca Berita Penuh ..

Thursday 18 April 2013

PRU13 : Umno Diberi Tempoh Ada Masa Sampai Malam Esok Saja!


SAKSI VIDEO LUCAH FITNAH AKAN DIDATANGKAN KHAS DARI NEGARA JIRAN


 Regim makin tertekan dengan kesedaran kebangkitan rakyat. Pasca pilihanraya 2008, Pakatan Rakyat berjaya membawa pertembungan politik dalam negara kepada politik baru, politik ke arah perdebatan polisi dan tawaran. Namun regim terus tenggelam dalam politik kebencian, fitnah dan serangan peribadi. Politik video lucah dijaja bagi mengaibkan dan merosakkan minda rakyat.

Bukan seorang pemimpin musuh regim di fitnah menggunakan taktik ini terbaru ialah Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS.

 Allah maha kaya, Dia yang mencipta masalah dan Dia juga yang memberikan penyelesaianya.

 Hampir sebulan lepas kami telah dihubungi oleh orang hubungan di negara jiran memaklumkan bahawa siasatan rasmi telah dilakukan dan beberapa penemuan mengejutkan telah diperolehi. Simpati apabila melihat betapa fitnah amat jijik dikenakan terhadap pimpinan Pakatan Rakyat maka saksi penting dari negara jiran itu setuju datang secara sukarela menerangkan hasil siasatan yang menggemparkan.

Seluruh rakyat Malaysia dijemput untuk;

SOLAT HAJAT DAN PEMBONGKARAN FITNAH VIDEO LUCAH

Tarikh : 19 April 2013
Masa : 8.00 malam
Tempat : Pusat Pengajian An Nahdhoh, Kubang Semang, Permatang Pauh

 Acara akan dimulakan dengan solat hajat dan solat Isya' berjemaah yang akan di imamkan oleh Ust. Mutalib (An Nahdhoh) kemudian dikuti ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas itu penerangan oleh che'GuBard (individu yang dijemput menonton video oleh 'Datuk T'). Kemuncaknya ialah penerangan saksi dari luar negara sebelum penerangan oleh Hishamuddin Rais (graduan perfileman) dan rumusan oleh Datuk Johari Abdul.

 Semua dijemput datang awal dengan membawa sejadah sendiri. Hadirlah beramai – ramai menyaksikan pembongkaran fitnah jijik dan bersama untuk mengakhirkan politik kotor ke arah menjadikan PRU ini bermakna dengan meletakkan politik baru yang berasaskan politik nilai dilandasanya.

 Program ini anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia dan Briget Keselamatan Permatang Pauh dengan kerjasama Pakatan Rakyat.

#Pencacai kini bertukar jadi sexbluecai....

Baca Berita Penuh ..

Wednesday 17 April 2013

PRU13 : Seorang Calon Boleh Menang BN Tarik Diri Dari Bertanding di Melaka!!!


Azrin Ren : Aiseymen......kaliankan ada SPR, SPRkan bleh menangkan kalian, buat apa kalian nak takut?


Maklumat dari Profesor @erapasca dari ajensi berita fakap EP di melaka hari ini telah
 mengesahkan mengenai PENARIKAN DIRI seorang lagi calon Barisan Nasional yang
 akan bertanding di kerusi DUN N 02 Tanjung Bidara Melaka iaitu Datuk Abdul Karim 
Sulaiman.

 disenaraikan sebagai calon BOLEH KE MENANG oleh Najib Razak semalam untuk
 bertanding dan pertahankan kerusi  DUN Tanjung Bidara selama dua penggal.

 mengikut maklumat yang ada pada kami, melalui ajesi rahsia antarabangsa berita fakap 
EP, kebanyakkan calon calon BN di melaka, malahan di seluruh malaysia bakal
 menarik diri pada saat akhir kerana khuatir akan nasib mereka jika kalah,

 kerana telah di war warkan bahawa rakyat telah memerhatikan tempahan jet jet peribadi 
untuk melarikan diri pada 5 dan 6 may ini - Credit EraPasca

#Tempahla kapal selam, apa barang jet peribadi.....


Baca Berita Penuh ..

Thursday 11 April 2013

PANAS! : Seorang Anggota Tentera Membongkar Ketidakadilan Undi Secara POS!! (ScreenShot)


Azrin Ren : Demokrasi malaysia adalah palsu, najib razak kata malaysia sebuah negara demokrasi..tetapi demokrasi hantu....kepada kakitangan kerajaan dan penjawat awam, jangan takut untuk mengundi calon PAKATAN RAKYAT 5 mei ini, siapa-siapa yang menjadi kerajaan, dialah kerajaan yang diamanahkan membayar gaji dan elaun kepada kalian, bukan BN sahaja sebuah kerajaan di dunia ini yang mampu membayar gaji kepada kalian. Talian akhir hayat BN adalah untuk mengugut kalian demi memperoleh kemenangan secara haram, itulah taktik lapok yang telah di guna pakai oleh UmnoBn sejak sekian lama sepanjang PRU diadakan...ia di asas oleh tun Madey sendiri. tengok lah...pemberian IC yang terbesar di sabah dan sarawak, dialah yang bartanggungjawab, najib razak pulak buat perjanjian dengan orang-orang sulu nak beri tanah..tetapi najib razak mungkir janji, sehinggalah orang-orang sulu mogok dan melancar perang terhadap kerajaan, yang jadi korban, anggota keselamatan kita, kesian kat keluarga mereka, begitu kurang ajar UmnoBN Tersebut.



Gambar di petik dari inbox PRs, di mana pengantar bersetuju untuk membceritakan perkara yang benar-benar berlaku di sektor awam tempat beliau sendiri mencari nafkah, iaitu sebagai angkatan tentera Malaysia (ATM)

Tentera ini bersetuju bahawa Malaysia bukanlah sebuah negara pengamal demokrasi terpimpin seperti yang di war-warkan media termasuk media lucah UMNO, tapi Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi songsang yang menyebelahi sebelah pihak iaitu parti pemerintah. Secara halusnya Pemerintah memaksa rakyat mengundi mereka. 

Hak rakyat untuk memilih pemimpin yang di sukai di ketepikan. Untuk itu kenapa perlunya membuat PRU? Jika UMNO mahu terus berkuasa buatlah negara ini sebuah negara Republik dan Autokratik.

Berikut adalah perbualannya.


Nama pengantar terpaksa di padam demi menjaga privacy pengantar. Gambar DP pun tak nampak rupa. AFEP beranggapan Undi POS perlu di reformasikan agar tidak dapat di manipulasi oleh mana-mana parti.

#Jadilah pengajaran, penacai UmnoBn Bila kalah hujah..mulalah nak spin-spin tajuk lain...bodo punya penacai!




Baca Berita Penuh ..

PRU13 : Kajian Sebut Pakatan Boleh Menang 215 Kerusi Parlimen – Khalid

Azrin Ren : tetapi kena mangambil langkah berjaga-jaga, kena kerja keras, kena tahan tido dan makan..UmnoBn ni depa boleh buat apa sahaja untuk menang, depa adapa SPR...SPR pula barua setia depa...


Calon Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan satu kajian menunjukkan Pakatan Rakyat bakal memenangi 215 kerusi Parlimen termasuk Sabah dan Sarawak pada PRU 13.

“Petang tadi (semalam), saya terima emel daripada beberapa  rakan saya yang membuat tinjauan (survey) secara teliti.
“Mereka merupakan kumpulan universiti yang membuat kajian dan tiada kepentingan dalam politik, termasuk Sabah dan Sarawak.
“Mereka kata jika strategi Pakatan seperti yang ada sekarang, kita sekurang-kurangnya akan memenangi 215 kerusi Parlimen,” katanya disambut sorakan gemuruh.

Pendedahan itu dibuat depan lebih 5,000 orang dalam ceramah di padang bola di Jalan Jujur, Bandar Tun Razak 10 April lalu.
Ada 222 kerusi Parlimen di Malaysia dan kajian itu – jika benar – menunjukkan Pakatan memiliki majoriti dua pertiga, sekaligus membentuk sebuah kerajaan yang kuat.

Tanpa menyebut identiti kumpulan yang melakukan kajian berkenaan, Khalid berkata, penyelidikan dibuat melalui tiga peringkat iaitu antaranya Jun dan Disember tahun lalu dan Mac 2013.

“Kajian menunjukkan peningkatan. Dan saya rasa ini cabaran kita sekarang bagaimana kita hendak tumpukan supaya kita capai kemenangan yang kita perjuangkan dalam reformasi semasa berbelas-belas tahun.
“Saya yakin reformasi ini akan lahir semula dan dilaksanakan seperti cita-cita kita. Jadi, angka-angka itu menunjukkan peluang kita untuk menang, nampak jelas,” 

#Umno kata PR nak buat huru-hara waktu mengundi, Depa caap PR nak halng orang mendungi....ya aku akui...yang nak buat huru-hara sebenarnya adalah UmnoBN, PR nak halang pengundi..maksudnya nak halang puak bangla, nepal, pinoy dan PATI2 yang lain datang mengundi untuk menangkan UmnoBN!

Baca Berita Penuh ..

Tuesday 9 April 2013

BONGKAR : Rahsia Tingkat 2 Blok B4 Putrajaya



Kompleks B jabatan perdana menteri. Blok b4 dekat dengan mampu, bph. Memang hak milik kerajaan. Kat sini kalo nak tengok pejabat B4 dari luar JPM tengok kat bumbung yang mana paling banyak antena dan piring satelite tu la dia. 

Apa dia blok B4? 

Nama yang ingin dikenali orang awam ialah bahagian penyelidikan. Tapi disebalik nama penyelidikan tu sebenarnya unit perisikan dari segi politik dan lain2 yang gua masih riky2 lagi. 

Semenjak tak mendapat majoriti 2/3 pada PRU12 lepas, ada satu unit ditubuhkn iaitu unit khas pilihan raya atau unit strategi pilihanraya. Ia dibuat untuk mengekalkan penyamun2 dan lanun2 supaya kekal memerintah agar semua rahsia rompakan selamat dilindungi dari terbongkar ketahuan oleh rakyat amnya. 


Unit ni ada kat tingkat 2 blok B4 ni dan staf yang tak terlibat dilarang masuk, Selain tu..ada lagi satu unit ditubuhkan dengan tujuan propaganda iaitu mencetak risalah, harakah palsu, bunting2 palsu untuk kelirukan orang ramai. Masa bersih dulu..ramai jugak orang2 aras 2 ni turun untuk buat kacau. Geng2 inilah yang buat latihan memanjat bumbung kereta polis dan media propaganda tv3 diarah mengulang ulang adegan ini.Semua ni adalah rancangan dari B4. 

Baca lebih lanjut di sini : 



#Bongkar jangan tak bongkar....

Baca Berita Penuh ..

Thursday 21 March 2013

SELEPAS TAWAN PUTRAJAYA, JET PERIBADI TIDAK DIBENARKAN BUAT PENERBANGAN :: "Mimpi Buruk" Pemimpin UMNO Bakal Menjelma...



“Sebaik sahaja kita tawan Putrajaya, ‘Perdana Menteri’ baru, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan keluar arahan pertama kepada semua lapangan terbang supaya jet peribadi tidak dibenarkan membuat penerbangan,” demikian tegas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

 Arahan itu menurut Guan Eng akan dikeluarkan malam ketika keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diumum dan beliau yakin besar ia berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR).

 Beliau berkata, ia berikutan PR tidak mahu pemimpin yang didakwa kuat ‘curi’ harta rakyat sebelum ini melarikan diri apabila mereka diumum kalah.

 Katanya, ‘pemimpin’ dimaksudkan memang pandai kerana jika menang mereka akan tinggal di negara ini tetapi jika kalah akan pakai jet peribadi dan terbang ke luar negara.

“Kita tidak mahu ‘mereka-mereka’ ini bawa lari dan bakar fail, PM baru akan keluar arahan pertama kepada semua lapangan terbang, jet peribadi tidak boleh terbang sebaik sahaja PR diumum dapat tawan Putrajaya.

“Arahan akan keluar juga di sebuah daerah di Sarawak kerana di sana banyak jet peribadi, tidak boleh terbang kecuali dapat kebenaran ‘kerajaan baru’ Malaysia,” katanya ketika berucap sebelum merasmikan Pusat Perkhidmatan Pilihanraya PR Puchong, di sini lewat malam tadi.

 Hadir sama Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Adun Kinrara, Teresa Kok Suh Sim.

 Guan Eng sebelum ini mendakwa, negara tidak akan bankrap sekiranya PR memenangi Putrajaya dan perkara itu diakui bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam.

 Sambil merujuk Selangor dan Pulau Pinang, beliau berkata, setiap tahun kerajaan negeri itu untung meski memberi duit kepada rakyat melalui program dilaksanakan.

 Jelasnya, Barisan Nasional (BN) dilihat menakutkan-nakutkan rakyat dengan cerita tipu sekiranya PR menang besar PRU akan datang.

“Itu semua tipu punya cerita... kenapa rakyat perlu ditakutkan... rakyat tidak buat salah, tidak curi saham.. tidak curi kereta.. tidak curi tanah malah lembu pun mereka tidak curi,” katanya.

 Dalam ucapan sama, Guan Eng berkata, bapanya Lim Kit Siang akan bertanding di kubu kuat BN di Gelang Patah, Johor.

 Jelasnya, jika boleh menang di Gelang Patah beliau percaya akan menang banyak kerusi lain di Johor dan PR mempunyai peluang besar ke Putrajaya.

#Sipapagomo setan pesalah rasuah dan seorang bekas banduan rupanya...londeh jangan tak londeh...ce tengok senarai dari laman web SPRM ni kat bawah......

WebSites SPRM DI SINI

Baca Berita Penuh ..

Saturday 11 February 2012

BBC MOHON MAAF MENGAKU DI BAYAR RM81.4 JUTA MENAIKAN IMEJ NAJIB, PERANAN APCO-FBC BENAR

BBC akan menyiarkan permohonan maaf ke seluruh dunia hari ini kerana telah mengkompromi integriti editorialnya melalui program-program yang terlibat dalam "skandal penetapan berita" baru-baru, demikian menurut laporan berita.

Hari ini akhbar Independent di UK melaporkan bahawa BBC World News akan menyiarkan permohonan maaf "dari Kuala Lumpur ke Khartoum" dalam empat slot masa.


Skandal itu melibatkan FBC Media (UK) yang telah didedahkan pada tahun lepas kerana telah menghasilkan program-program bagi pihak pelanggan berbayar, untuk membersihkan imej awam mereka.

"Syarikat itu telah menghasil lapan program untuk BBC mengenai Malaysia tetapi gagal mengisytiharkan bahawa ia telah dibayar £17 juta oleh kerajaan Malaysia untuk 'komunikasi strategik global'. Program-program tersebut termasuk liputan positif terhadap kontroversi industri minyak sawit Malaysia," lapor Independent.


Menurut laporan itu, siasatan terhadap skandal itu telah "membongkar 15 pelanggaran garispanduan editorial" yang mana lapan daripadanya adalah berkaitan dengan program FBC di Malaysia.

Permohonan maaf itu, menurut laporan itu lagi, akan berbunyi:

"Dalam kes lapan program lain, yang semua memaparkan tentang Malaysia, kami mendapati bahawa syarikat produksi tersebut yang menghasil program berkenaan, nampaknya mempunyai hubungan kewangan dengan kerajaan Malaysia.

"Ini bermakna terdapat potensi konflik kepentingan, walaupun BBC tidak menyedarinya apabila program disiarkan."

LAPURAN PERMOHON MAAF BBC MENGESAHKAN DAKWAAN PAKATAN MENGENAI PENGGUNAAN WANG RAKYAT UNTUK MENAIKAN IMEJ PM NAJIB.

KEADILAN bongkar peranan APCO-FBC Media naik imej Najib

KUALA LUMPUR: KEADILAN akan terus membongkar isu penggunaan wang rakyat bagi meningkatkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menjelang pembentangan belanjawan 2012 Oktober depan.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata demikian ketika ditanya mengenai bayaran RM57 juta oleh kerajaan Malaysia kepada firma penerbitan TV dan komunikasi strategik Britain, FBC Media.

“Kita menjangka akan ada perkembangan terbaru mengenai perkara ini menjelang Bajet 2012. Kita akan terus memantau isu ini secara dekat dan akan membuat pendedahan-pendedahan baru yang lebih sensasi,” kata Saifuddin.

Menurut Saifuddin, pendedahan tersebut berkisar mengenai kontrak antara FBC Media dan APCO Worldwide, syarikat perunding Israel yang turut terlibat dalam mempromosi imej Najib sebelum ini.“Ini merupakan sumber yang diperolehi dari Parlimen. FBC Media lebih awal menggunakan khidmat Apco, berbanding kerajaan Malaysia dengan jumlah USD 70,000,”

“Kerajaan Malaysia kemudiannya membayar Apco sebanyak RM 77 juta. Perkara ini didedahkan Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) di Parlimen,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Machang.FBC Media, yang berpangkalan di United Kingdom dilantik kerajaan Malaysia untuk menerbitkan program TV berkaitan Malaysia, ketika pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Program- program berkenaan kemudian ditayangkan syarikat penyiaran antarabangsa seperti CNBC (Consumer News and Business Channel), CNN (Cable News Network) dan BBC (British Broadcasting Corporation).

Kerajaan Persekutuan pula membayar RM57.68 juta kepada FBC Media antara tahun 2008 dan 2009, manakala kerajaan Sarawak membelanjakan RM15 juta setahun untuk tujuan itu.

“Perkara ini memalukan Malaysia dan menjatuhkan imej kerajaan. Mereka tuduh (ketua pembangkang) Datuk Seri Anwar bayar CNN untuk diwawancara dalam rancangan ‘Connect The World’ dan CNN nafikan.“Sebaliknya yang terdedah ialah kerajaan Malaysia bayar kepada FBC Media untuk melobi agar Najib muncul di CNBC, CNN dan BBC. Ini menyalahi etika kewartawanan,” kata Saifuddin.

psst....Nak kasi kucing makan jap....

Baca Berita Penuh ..

Friday 10 February 2012

Najib ‘GADAI AKIDAH’ Hadir Upacara Thaipusam Di Batu Caves

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini. 


Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.

“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.

“Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.

“Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan,” katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing.


Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.

Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.

“Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah.

“Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang,” kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan.

AzrinRen : Mana pergi pakar akidah si hassan ali tu?? ah jib gor lu dah gadai akidah ni. Lu cepat-cepat datang pulihkan akidah ah jib gor ni....
psst....Sedap ikan bakor tadi, Bakar sendiri beb..nyam..nyam....

Baca Berita Penuh ..

Tuesday 7 February 2012

Hassan Ali Gila Kuasa Nak Jadi MB, Patut Jadi Pengkhianat.

Setelah puas Hasan Ali buat 'roadshow' untuk pertahankan dirinya akibat dipecat daripada Pas kini nampak semakin lengang isu berkaitan Hasan Ali.Cuma sekali sekala media pro Umno keluarkan kenyatan Hasan yang menguntungkan Umno iaitu serangan beliau terhadap Pas.Kalau Hasan tak serang Pas dalam ceramah akidahnya maka muka Hasan tak akan keluar dalam media arus perdana kerana ini merugikan Umno.Tak percaya?Kalau takat buat ceramah isu murtad dan akidah Umno tak akan layan Hasan Ali.


Setelah Hasan tuduh ahli parlimen Shah Alam sebagai parasit dalam Pas dan dakwa kata 72 peratus pemimpin Pas dikuasai golongan sekular Khalid Samad bangkit jawab tuduhan Hasan Ali terhadap beliau.Kata Khalid Samad dalam blog beliau khalidsamad.com ;

Ketika usaha kerjasama dengan UMNO dijalankan, Hassan Ali pernah bertanya pada saya, “siapa patut menjadi MB Selangor?” Saya jawab sambil memandang terus ke muka beliau, “Tan Sri Abdul Khalid”. Beliau terdiam, perasaan kecewa jelas kelihatan terbayang di mukanya. Mungkin beliau merasakan saya mengkhianati dirinya. Mungkin beliau inginkan saya, sebagai orang kanannya memperjuangkan ‘haknya’ untuk menjadi MB. Mungkin bagi dirinya, itulah peranan seorang kanan. Saya tidak tahu, mungkin itulah yang difikirkannya. Beliau diam dan terus berpaling.

Pasti ada yang masih ingat bagaimana saya telah menggantinya dalam pertemuan dengan Pak Lah dan Khir Toyo. Kami berjaya menggagalkan usaha kerjasama bersama UMNO dan dengan itu cita-cita Hassan Ali untuk menjadi MB hancur berkecai.

Bermula dari saat itu saya merasakan hubungan kami sudah mula berubah dan Hassan Ali mula membawa agenda tersendiri.

Kata Khalid lagi;

Melalui tulisan ringkas ini saya ingin memberitahu semua bahawa Hassan Ali sudah gila talaq. Maka jangan percaya apa yang dinyatakan beliau. Beliau sanggup berbohong dan memutar-belit semua perkara. Lagi beliau cakap lagi jelas kegilaannya.

Hadis Rasulullah (SAW);
Dari Abi Umaamah yang berkata, telah bersabda Rasulullah (SAW),
<“Terdapat pada orang beriman semua jenis kekurangan, kecuali khianat dan berdusta” (Dari Ahmad, Baihaqi dari Saad Bin Abi Waqas).

Hadis ini diketengahkan bukan untuk menafikan keimanan mana-mana pihak. Tetapi ianya adalah untuk menjelaskan betapa kejinya sifat khianat dan berdusta.Baca semua di sini.

psst....Hassan ali harus ingat PAS pernah ditendang UMNO dari perikatan dulu.



Mission Acomplete


Baca Berita Penuh ..

Sunday 5 February 2012

Ketua UMNO Nyatakan SOKONGAN RAHSIA pada PAS

Menyentuh mengenai rumus Parlimen akan dibubarkan minggu hadapan, beliau berkata, PAS sudah bersedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa dari sekarang.

"Rumus terbaru kata Parlimen bubar minggu depan. Kita tak tahu sejauh mana kebenarannya tapi bagi PAS, kita sudah bersedia. Cepat atau lambat, kita memang kena hadapi pilihan raya.

"Saya yakin suasana pilihan raya makin terasa dan momentum yang ada memperlihatkan rakyat sudah tidak sabar-sabar nak hadapi pilihan raya," katanya lagi.

Momentum ini katanya, bukan sahaja berlaku dalam negara tapi juga di luar negara.


"Minggu lepas saya ke luar negara bertemu dengan anak-anak Malaysia di sana dan sambutan yang diberi sangat memberangsangkan.

"Ada ketua Kelab Umno di luar negara hadir program kita dan menyatakan sokongan kepada PAS dan memberikan derma untuk program kita. Ini satu perkembangan yang mengejutkan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud dalam ucapannya menyeru anak muda agar melibatkan diri dalam kerja-kerja parti selain pulang mengundi bagi mempertahankan kemenangan PAS di Kedah.

"Saya menyeru kepada golongan muda, jangan takut untuk terlibat dalam parti.

psst....Alhamdulillah hassan hali pengkhiana tak merayu masuk semula PAS, belah arr pak hassan!!!

Baca Berita Penuh ..

Thursday 2 February 2012

Shaheizy Sam Samad Mohon Maaf


Kkekekekeke...amboi....amboii...amboi....tak sampai 24 jam kena penangan blogger-blogger Pakatan Rakyat. Terus mohon maaf dan membuat akuan ek..kekekek....

Hebatnya penangan blogger-blogger Pakatan Rakyat. tak Sampai 24 jam Video "Kutuk Bersih 2.0 " didedahkan, Artis ni mula tak tidur lena nampak gayanya. Semua komen-komen yang kritik dia kat wall semua dia delete. Heiii kawan-kawan, Shaheizy sam buat lawaklah hari ni weii !!... HaHaHa.. takut tak dapat undi dari geng Pakatan Rakyatlah tu untuk jadi bintang paling popular. Dah tau lu tak berpihak Sesiapa, yang lu buat kenyataan tu kat video UMNO buat apa? baru "GUBRA" Sekarang? dah terlambat... lu ni Pun Spisis "KATAK" Gak... tak tau apa-apa konon tapi yang komen tu ngalahkan lu tau semua. lepas lu dapat paling popular, lu buat lagi. 

Apa-apa pun gua maafkan lu wahai shaheizy sam. Lu langsi lu hidup!!!

psst...Gua nak gi amik balik filem lu yang gua buang dalam tong sampah...kekeke..

Mission Acomplete

Baca Berita Penuh ..

Sunday 29 January 2012

Ceramah Ustaz Azhar Yang Penuh Keberkatan.


Subhanaallah kuliah Ustaz Azhar Idrus(Original) benarlah kata kata Prof Dr Yusof Al Qardhawi abad 21 ini adalah abad kebangkitan islam dimana setiap manusia akan mencari cari agamanya. Mungkin Allah letakkan Ustaz Azhar Idrus di Malaysia sebagai pencetus revolusi anak muda datang menghadiri kuliah kuliah agama...Allahuakbar!!!

Alhamdulillah semoga Agama islam terus bersinar dan kembali menjadi Agama untuk manusia berubah dan kembali ke arah kedamaian dan kemakmuran, Semoga kembalilah kita kepada islam agar kita tidak menjadi manusia yang tidak mementingkan diri, Manusia yang tidak merosakankan sesamat umat yang sering kali memfitnah para-para sahabat yang ingin berbuat kebaikkan walaupun para sahabat kita tidak bersetuju dengan tindakan kita. Kususnya memfitnah seseorang itu melakukan moral seks tanpa bukti yang jelas. 

Daripada kita menonton AJL yang penuh melalai tu lebih baik kita menonton ceramah ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus ini. Alangkah lebih baiknya kita menjadi manusia yang sering berhadapan dengan Allah s.w.t dan mencari ilmunya untuk menjadi manusia yang jujur, amanah dan manusia yang ada sifat nilai-nilai murni antara sesama manusia agar kita terus manjadi orang-orang yang diberkati oleh Allah s.w.. 

Ambillah kebangkitan Islam di mesir, Ambillah iktibar kebangkitan Islam di dunia-dunia arab dan seterusnya ke syria, Dimana kita lihat rakyat-rakyat syria sudah mula bangkit dari tidur menjadi umat yang berani menentang kerajaan zalim pimpinan bashar yang lebih mengutaman Syiah dan memberi muka kepada yahudi israel, Syiah adalah banyak membawa kesesatan dan adalah antara agama islam syiah yang menentang ajaran nabi muhammad dan tidak bersutuju suruhan nabi muhammad.

 Sebab itulah kita harus belajar untuk mengelak mempercayai sandiwara yang di mainkan oleh puak-puak syiah ini, Contohnya negara iran yang dipimpin berlandaskan syiah islam yang banyak bersandiwara kononya nak berperang dengan israel dan amerika. tetapi hakikatnya mereka di belakang kita adalah sahabat amerika dan israel dan iran juga pernah bersekongkol amerika untuk menakluk iraq pada mac 2003.

Sebab itulah kita harus mencari Islam yang benar-benar mengutamnkan apa yang disuruh oleh Allah s.w.t supaya islam tidak lagi di permainkan oleh kaum-kaum yang sering membawa binasa kepada kita semua.

Kembali kepada pasal sikap Ustaz Azhar Idrus ni, Yang menariknya mengenai Ustaz Azhar, selain pandai buat lawak (kalah Raja Lawak), dia juga boleh cakap apa saja, pasal komputer ke, pasal gigabait ke…malah pasal rock pun dia juga tahu. 


Berikut dikongsikan gambar-gambar sekitar ceramah@kuliah Ustaz Azhar Idrus yang diadakan di masjid negeri shah alam@sultan Salahuddin Abdul Aziz shah pada 29 januari 2012 dengan di hadiri puluhan ribu orang ramai.

Anggaran ada yang cakap lebih 30 ribu ada juga yang cakap lebih 50 ribu orang yang menghadiri ke ceramah tersebut, azrinren tidak berani menyatakan kerana azrinren tidak berada di tempat ceramah tersebut cuma sahabat azrinren yang berada di sana yang memberi maklumat, Azrinren cumalah menonton secara live streaming kuliah ustaz azhar idrus ni dari rumah sahaja.

Untuk lebih gambar, layari terus ke laman rasmi Ustaz Azgar Idrus di http//www.ustazazhar.net dan juga gambar suasana selepas kuliah Ustaz Azhar Idrusi di Facebook Ustaz Azhar Idrus(Original)


psst....Tak habis-habis dengan hiburan...sebab tu mudah sangat kena kencing oleh penzalim...sudah-sudahlah..kembalilah ke pangkal islam, jangan dok bantu syaitan untuk menjahanam umat Allah s.w.t yer..jangan dok utamakan sistem freemason.

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat