Labels

Showing posts with label dun selangor. Show all posts
Showing posts with label dun selangor. Show all posts

Wednesday 18 January 2012

Dr Ahmad Yunus Hairi Exco Agama Negeri Selangor Yang Baru


Dewan Pemuda Pas Selangor (DPP Selangor) berharap pelantikan Dr. Ahmad Yunus Hairi sebagai Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Dr. Hasan Ali akan memperkukuhkan lagi kesepaduan pakatan pembangkang di Selangor.

Ketuanya, Hasbullah Mohd. Ridzwan berkata, DPP Selangor turut bersyukur kerana proses perlantikan tersebut berjalan dengan lancar dan penuh muhibbah.

“Kami merakamkan ucapan penuh penghargaaan kepada kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana telah memperkenankan perlantikan Ahmad Yunus itu.


Baca Berita Penuh ..

Saturday 31 December 2011

Kenyataan BN nak selangor demi kepuasan....


Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Selangor yakin dapat merampas kembali empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi Parlimen di Selangor yang mereka tewas kepada pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008.

Kawasan berkenaan ialah DUN Teratai, Bukit Lanjan, Bukit Gasing dan Kota Alam Shah serta Parlimen Puchong.

Pengerusi Gerakan A.Kohilan Pillay berkata perkara ini didorong trend semasa pengundi di kawasan terbabit yang kembali memberi kepercayaan kepada BN untuk menerajui Selangor selepas hilang keyakinan terhadap kerajaan negeri itu, yang berdepan pelbagai masalah sejak memerintah pada 2008.

"Segala persiapan parti kini berada pada tahap yang amat memuaskan, dan kami sudah bersedia untuk mengatur strategi baru bagi memenangi kembali hati rakyat di negeri ini.

"Saya akan memastikan jentera pilihan raya Gerakan Selangor sudah bersedia dan akan membuat segala perancangan terbaik dengan mengkaji pelbagai perkara supaya tiada lagi ruang untuk pembangkang secara berterusan melemparkan tuduhan terhadap Gerakan dan BN," katanya kepada Bernama.

Terdahulu, Kohilan Pillay, yang juga Timbalan Menteri Luar, menyampaikan sumbangan beg sekolah dan baucer tunai bernilai RM150 kepada 100 kanak-kanak terpilih di sekitar Puchong.

Azrin Ren : Beginilah sikap geng-geng BN, dari dulu kini selamanya tak habis-habis asyik mengeluarkan statement syok sendiri. sebagaimana mereka mengeluar statment nak rampas kelantan sejak dari dulu lagi. tetapi ternyata gagal hahahah...lembu-lembu ni bercakap auta sahaja lebih, kata kerajaan PR menghadapi masalah sejak mulai memegang tampuk pemerintahan di selangor. sedangkan masalah yg datang itu adalah hasil rekaan oleh puak-puak UMNO lembu semata-mata untuk mengabur mata rakyat di negeri-negeri lain, gempaklah konon.

Cukup bangang statement yg dikeluarkan oleh manusia syok sendiri ini. kenapa mereka nak sangat selangor? azrin ren tahu kenapa UMNO tergila-gila nak sangat selangor ni. sebab selangor adalah negeri pelaburan dan mempunyai pelabuhan terbesar dimalaysia. sebuah negeri yg kaya dan boleh memasukkan duit tak henti-henti. maka sebab itulah UMNO nak sangat ambil semula selangor kononya demi rakyat dan kerajaan PR mempunyai masalah sedangkan niat mereka adalah kotor semata-mata, kerana mereka geng-geng lembu ini hanya mahukan wang besar di negeri tersebut.

Sebab itu lah UMNO jatuh miskin dan meminta sedekah sana sini ekoran kehilangan negeri kaya mereka iaitu selangor dan pulau pinang. porahh..dulu mat penyapu menyamun hak rakyat selangor lu talak menyalak. sikalang lu mahu menyalak katakan PR bermasalah sedangkan toyol yg banyak membawa sial dan malang terhadap rakyat selangor. jangan cakap serupa org yg kehilangan akal bro.

Harus ingat!!! PKR Selangor telah bersedia untuk mendedahkan satu persatu penyelewengan dan taktik kotor UMNO untuk merampas Selangor pada bila-bila masa. tunggu!!!

psst....Jangan terkejut beruk kalau kehilangan putrajaya...

Baca Berita Penuh ..

Tuesday 25 January 2011

Doraemon : - UMNO Nak Sekat Kebebasan Internet!!!



psst : Lepas saman ekor, naik harga, cukai astro, lepas ni nak sekat kebebasan internet pulak, buatlah umnobongok kalau nak undi rakyat semakin berkurangan. nampak sangat umnobongok ni penakut sebab ramai-ramai rakyat dibandar-bandar dan berpelajaran tinggi tak layan tv3 suku, rtm dan utusan meloya. mereka lebih suka mencari maklumat sebenar di internet. tu sebab rating utusan menurun amat berbeza dari dahulu.

Langkah terbaru Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memperluaskan penguatkuasaan merangkumi ruang maya Internet hari ini menerima bantahan keras daripada golongan pendukung kebebasan media.
Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) menyuarakan rasa bimbang dan kesal dengan tindakan KDN yang ingin meminda Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 (PPPA) untuk terus mengawal kebebasan media di negara ini.

Presidennya, Hata Wahari berkata ia satu "usaha ke kebelakang" yang akan menghalang aliran maklumat kepada masyarakat dan seterusnya memundurkan Malaysia.

Beliau mengulas tindakan KDN untuk meminda akta tersebut supaya meliputi media dalam talian dan juga pengenalan satu garispanduan baru berkaitan kesalahan hasutan di ruang maya Internet.

"Sehubungan itu NUJ Malaysia meminta KDN agar menghentikan segala usaha untuk meminda PPPA bagi tujuan mengawal kandungan Internet termasuk laman berita, blog dan Facebook.

"Sebaliknya NUJ Malaysia menuntut agar KDN melakukan pindaan bagi memberikan kebebasan kepada media cetak untuk beroperasi dengan lebih bebas," kata Hata lagi dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kerajaan juga perlu menghapuskan ketetapan kepada pengusaha media supaya memperbaharui permit akhbar setiap tahun dan memberikan kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menerbitkan akhbar berkenaan tanpa permit KDN.

'Bantahan akan lebih meluas'

Baca Berita Penuh ..

Monday 24 January 2011

Jawapan Dah Ada!!! : - UMNO Penderhaka!!


Siapa Penderhaka Sebenar?
Jawapan : - Melayu UMNO!! 

Kelihatan Melayu-melayu UMNO Haprak yang disokong (diperbodohkan) UMNO sedang membuat bantahan terhadap sidang tergempar Dewan Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa sultan. Woiiii mangkuk hayun, yang ni korang tak kira derhaka ke Sultan keee, sebab Sultan dah bagi perkenan. Haprak tahan cipan punya Melayu UMNO. Mana, PERKOSA, Mana GAPS, mana lagi yang kononnya pro-Melayu, malaun-malaun haprak nih sedang derhaka kat Sultan ni woiiiiiiiiiii. Kalau haprak ni laaaa yang dipanggil Melayu UMNO, khakkkk tuiiiii kepada Melayu UMNO.

kelihatan hampir seribu melayu haprak berhimpun sambil melaungkan:


"Kami mahu duit minyak"
"Kami mahu duit minyak"

turun kelihatan,mereka memegang sepanduk yg tertulis:

"Jgn Gadai Nasi Bungkus Kami.Kami Lapar!!!" 

Baca Berita Penuh ..

Sunday 23 January 2011

Sidang Khas : - Sidang KHAS Dun selangor 24 januari.


 Sidang Khas DUN Selangor pada 24 Januari akan membincangkan cadangan untuk meminda perlembagaan negeri bagi mengembalikan kepada negeri dan sultan, kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang.

Siapa derhaka?

Esok jom kita tengok sidang khas DUN Selangor yang akan membincangkan cadangan untuk meminda perlembagaan negeri bagi mengembalikan kepada negeri dan sultan, kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang.

Untuk menonton sidang Khas DUN selangor, sila klik logo tvselangor yang tertera diatas.

psst : - nak tengok Adun BN ni MENDERHAKA pada SULTAN atau tidak... 

Diharapkan TV3/4 dapatlah kiranya membuat siaran langsung Sidang DUN Selangor... pastu buat ulang tayang 7 hari berturut2.... 

Diharap Puak PENDEMO Jalan KEBUN tempohari siap sedia buat protes dan DEMO dan jangan lupa siapkan gambar2 pemimpin UMNO untuk dibakar... 

Diharap PERKOSA dapatlah kiranya menjulang keris dan sedia menusuk barangsiapa ADUN yg tidak menyokong KEMBALIKAN KUASA SULTAN...blogger2 UMNO seperti papa gomo jugak harap bersiap sedia.
 


Baca Berita Penuh ..

Monday 3 January 2011

Isu SUK Selangor : - MP dakwa Khusrin dilantik untuk bubar DUN Selangor

 
 Lagu Rap Untuk Si Pelakon Konspirasi

psst : - ISU NI KERAJAAN PERSEKUTUAN YG CARI PASAL.....SIAPA ARAHKAN SIDEK HASSAN LANTIK MAMAT NI..... BAGUS SANGAT KE DIA.... BIARLE KERAJAAN SELANGOR LANTIK SU MEREKA.......... SENANG NAK TADBIR NEGERI...... BN TAK HABIS2 NAK GANGU KERAJAAN PR (BUKAN KERAJAAN PEMBANGKANG TAU) 

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa kerajaan persekutuan cuba membubarkan DUN Selangor melalui pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK). 

NONEKhalid berkata, Khusrin yang merupakan bekas setiausaha sulit kepada menteri besar sebelum ini Tan Sri Muhammad Mohd Taib, terhutang budi kepada perdana menteri Datuk Seri Datuk Najib Razak dan bukannya kepada negeri itu.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di pejabatnya, Beliau mendakwa, Najib pula berniat untuk mewujudkan kekacauan di negeri itu dan memaksa pembubaran DUN.

Kebimbangan yang disuarakan Khalid itu timbul berikutan desas-desus berhubung langkah Selangor dan negeri-negeri dikuasai Pakatan Rakyat untuk tidak membubarkan DUN sekiranya Najib mahu mengadakan pilihan raya mengejut.

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat