Labels

Wednesday 18 January 2012

Dr Ahmad Yunus Hairi Exco Agama Negeri Selangor Yang Baru


Dewan Pemuda Pas Selangor (DPP Selangor) berharap pelantikan Dr. Ahmad Yunus Hairi sebagai Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Dr. Hasan Ali akan memperkukuhkan lagi kesepaduan pakatan pembangkang di Selangor.

Ketuanya, Hasbullah Mohd. Ridzwan berkata, DPP Selangor turut bersyukur kerana proses perlantikan tersebut berjalan dengan lancar dan penuh muhibbah.

“Kami merakamkan ucapan penuh penghargaaan kepada kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana telah memperkenankan perlantikan Ahmad Yunus itu.




“DPP Selangor berharap pelantikan ini dapat memperkukuhkan dan memperkasakan pengupayaan jentera pakatan di semua peringkat,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.


Hasbullah seterusnya berkata, DPP Selangor mengucapkan tahniah kepada Ahmad Yunusdan mendoakan beliau akan melaksanakan amanah itu dengan penuh rasa tanggungjawab.

Jelasnya, seluruh jentera Pemuda PAS di semua peringkat akan sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan kepadanya sekiranya diperlukan

Azrin Ren : Tahniah kepada Dr Ahmad Yunus kerana dilantik sebagai exco agama negeri selangor yang baru menggantikan tempat hassan ali ejen UMNO, azrin ren berharap selepas ni tiada lagi amalan pergunakan agama dan murtad untuk mensabotaj kerajaan pentadbiran Pakatan Rakyat selangor. 

Kalau ada pun, itu kerja hassan ali dan puak-puak UMNOnya. usah dilayan lagi permainan kotor dan jijik mereka itu. mereka bukan mahukan keamanan negara tetapi mereka mahukan negara ini hancur lebur dan bankrap. sekian terima kasih. sila tepuk tangan.

psst....Sepandai-pandai tumpai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga...

Blog Pakatan Rakyat