Labels

Showing posts with label tembelang raj petra. Show all posts
Showing posts with label tembelang raj petra. Show all posts

Tuesday 26 March 2013

RAJA PETRA KANTOI!!! :: Rafizi Pula Pecah Tembelang Raja Petra!



Dia cuma cakap ikut kepala dia saja.

Itu rumusan paling tepat bagi menunjukkan bahawa artikel blogger dalam buangan (baca: pelarian) Raja Petra Kamaruddin sekali lagi berjaya dikantoikan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Raja Petra dalam artikel di laman Malaysia Today semalam mendakwa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim kononnya pernah mengadakan pertemuan dengan Ketua Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Nur Misuari di Jakarta, Indonesia pada 16 Julai 2012.

Pertemuan itu diadakan di Hotel Crowne Plaza, Jakarta petang hari tersebut setelah ahli politik tempatan yang rapat dengan Anwar yang menjadi orang tengah kepada pertemuan yang turut dihadiri oleh beberapa jeneral tentera dan komando MILF.

Dalam artikel bertajuk 'The Untold Story of Lahad Datu Incident', Raja Petra mendakwa Anwar mengadakan perjumpaan sulit dengan Misuari kononnya Anwar meminta bantuannya supaya umat Islam keturunan Sulu di Sabah mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.

Sebagai balasannya, Anwar kononnya menjanjikan Misuari agar kesemua orang yang mengundi Pakatan Rakyat diberikan taraf kewarganegaraan dan penduduk tetap selain diberikan kad pengenalan tulen sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memperolehi 20 daripada 25 kerusi parlimen dan 35 daripada 60 kerusi DUN.

Hanya dengan sekeping gambar, itu pun bukannya dari sumber sendiri tetapi dari gambar yang diambil dari Anwar Ibrahim Club, Raja Petra sudah boleh membuat rumusan bahawa Anwar sememangnya ada membuat perjanjian sulit seperti yang didakwa dalam blognya itu.

Lagi pun peertemuan itu bukannya hanya mereka berdua sebaliknya Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhyono dan Presiden Timor Leste, Jose Ramos Horta juga berada di dalam pertemuan tersebut!

Apakah terlalu bodoh Raja Petra mahu mengaitkan Susilo dan Horta dengan fitnah yang dibuatnya terhadap Anwar?

Kemudian Raja Petra sekali lagi mendakwa pada 4 Ogos tahun yang sama, Anwar sekali lagi mengadakan pertemuan dengan Misuari di Manila, Filipina kononnya Misuari mahukan kepastian (confirmation) sama ada tawaran Anwar akan ditepati atau sebaliknya.

Raja Petra kononnya memberi bukti siap dengan nombor penerbangan Anwar ke Manila menggunakan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH 704 kononnya sebagai bukti bahawa Anwar pasti akan bertemu dengan Misuari di ibu negara Filipina itu.

Bagaimanapun dari kesemua 'pendedahan' yang dikeluarkan blogger yang dipercayai sudah berpaling tadah itu, tiada satu pun bukti, dokumen atau keterangan jauh sekali video menunjukkan bahawa Anwar sememangnya menjanjikan sesuatu kepada pemimpin selatan Filipina itu.


Tambahnya lagi, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan persekutuan, Misuari akan dijanjikan tanah dan kemudahan seperti rakyat Malaysia kerana kedua-dua negeri di Borneo, Sabah dan Sarawak akan diberikan kuasa autonomi bagi mentadbir negeri masing-masing.

Inilah yang mendorong Rafizi mengatakan bahawa kesemua dakwaan Raja Petra sebagai sampah dan ikut kepala dia sahaja tanpa memberikan sebarang bukti bagi menyokong keterangannya.

Pendek kata sekiranya dakwaan Raja Petra ini dibawa ke mahkamah, pendaftar mahkamah sendiri akan menolak untuk menerima permohonan memfailkan dakwaan tersebut.

Kini jelas apa sahaja dakwaan Raja Petra untuk mencalar imej Anwar sudah tidak laku lagi sebagaimana dakwaannya sebelum ini bahawa kononnya Anwar mengkhianati janjinya selepas dibebaskan pada 2004. 

#RAJA PETRA SEBENARNYA MUSUH DALAM SELIMUT, MUSUH DALAM SELIMUT NI BAHAYA MAKHLUKNYA...MUSUH DALAM SELIMUTLAH YANG MENYEBABKAN EMPAYAR TUKRI UTHMANIYYAH TUMBANG...

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat