Labels

Showing posts with label mat sabu. Show all posts
Showing posts with label mat sabu. Show all posts

Thursday 4 April 2013

TERKINI! : Mat Sabu Atau Momahad Sabu Sah Bertanding Di Pendang!!!



Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan nama Mat Sabu telah disahkan akan bertanding di Parlimen, Pendang Kedah atas tiket PAS/PR pada PRU 13 nanti.

Beliau menggantikan Ahli Parlimen Pendang yang sedia ada YB Dr Mohd Hayati Othman.Berita ini disahkan semasa sidang media di Ibu Pejabat PKR Tropicana sebentar tadi.

#Tahniah abe mat sabu, gandingan datuk seri anwar ibrahim, mat sabu, haron din, lim kit siang ,hadi awang, rafizi boleh menyebabkan puak-puak umno terkencing!

Baca Berita Penuh ..

Friday 30 September 2011

Kalau PR....

Jikalau PR tiada langsung kerusi diparlimen...jangan harap UMNO nak wat macam ni....UMNO ni jenis didesak...baru depa buat..terkucil...kalau tiada kerusi PR diparlimen..mereka akan bermuka-muka.




psst : - Sebab apa orang-orang yahudi itu cerdik?? sebabnya mereka asingkan pelajar perempuan dan lelaki.

Baca Berita Penuh ..

Sunday 11 September 2011

Maklumat Dari Sahabat

 Hahahaha...1malaysia..rakyat dikencingkan pencapaian cincin kakmah diutamakan..hahahah...

 Sahabat aku yg bekerje dengan salah satu distributor syarikat telco..
maka orang aku memberitakan kepada aku..mentang-mentang la 15hb nanti harga prepaid kad.. top-up nanti naik..syarikat-syarikat telco ni dah "sorok stok"
tunggu 15hb baru nak bagi kat distributor..sekarang ni opis sahabat aku tu..
berdering tak berenti...dealer2 non-stop tepon..minta stok..salesman pon naik pening.. 


tidak boleh memberitakan kat dealer stok takdak...aposalnyer telco akan "marah" jadi mahu tak mahu kena tipu dealer-dealer la..


sekarang ni yang tinggal stok balance ajah..
nak cover lagi 5 hari...haru betul.
aku ingatkan minyak masak.. tepung.. gula saja depa sorok..
prepaid kad pon sama..aduyai..ni semua keje bn la nie..
bodoh piang..sekadar piang...bagi aku. depa-depa yang tak terasa diatas tindakan kerajaan mengenai cukai.sah depa-depa ni adalah kuda-kuda tunggangan umno. 

depa ni senang dan lenang tak pikiaq terhadap kesusahan orang lain yang kurang mampu. islam mengajar kita menghindari sikap penting diri sendiri dan menghindari menimbulkan lebih banyak permasalahan terhadap orang-orang yang kurang berkemampuan. depa-depa ni harus pikiaq. kalau depa dapat kemalangan, mampos katak ka, putus kepala ka. manalah tahu secara kebetulan orang-orang yang berkemampuan itu membantu mengutip anggota tubuh depa-depa yang berkecai disebabkan kemalangan itu.

berbalik kepada prepaid...seelama ini memang pengguna prabayar tidak dikenakan caj 6% ini kerana ianya diserap oleh syarikat telekomunikasi. tetapi tidak mulai 15 September 2011 bila pengguna dikehendaki menanggung kos cukai perkhidmatan. dannnn hak mengenakan caj ini ke atas pengguna memang hak mutlak syarikat telekomunikasi.
dalam Akta Cukai Perkhidmatan 1975, cukai perkhidmatan ialah cukai kepenggunaan dan boleh dicaj kepada pengguna. syarikat telekomunikasi dikehendaki melevi cukai perkhidmatan ke atas sebarang perkhidmatan telekomunikasi termasuk talian prabayar..
jadi kesimpulannya mudah. ada cukai perkhidmatan sebanyak 6% untuk sebarang perkhidmatan termasuklah telekomunikasi. cukai sebanyak 6% ini boleh dicaj kepada pengguna oleh syarikat yang memberikan perkhidmatan yang kemudiannya akan dibayar pula kepada kerajaan.

Sebab apa aku kata Najib selamba saja berbohong dalam isu ini katanya
"Kita tidak pernah luluskan, keputusan dibuat pihak syarikat telekomunikasi sendiri,"
sebenarnya memang Najib dan Kerajaan UMNO tidak pernah meluluskan kenaikkan ini tapi mereka telah menetapkannya di dalam Budget yang dibuat pada 15 Oktober 2010..

Sebahagian Budget..

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGENAAN CUKAI PERKHIDMATAN BERDASARKAN PENGUMUMAN BAJET 2011

1. Pendahuluan

YB. Menteri Kewangan melalui pembentangan Bajet 2011 di Dewan Rakyat pada 15 Oktober 2010 telah mengumumkan mengenai cadangan:

(i) menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5% kepada 6% ke atas semua perkhidmatan bercukai kecuali kad kredit dan kad caj. 

psst : - teruskan pekenakan cukai kepada kami. semoga duit itu boleh beli cincin yang kedua. 

Baca Berita Penuh ..

Sunday 4 September 2011

Leggings Bukan Sejenis Seluar...Ada Paham???

Jom layan DOKUMENTARI ni ok 

Bertudung+Legging = Bahalol...lain kali pakai skirt terus..baru puas orang tengok...

psst : - Kalau nak pakai legging....jadi jer superman....hehehe....mat sabu..teruskan perjuangan...


Iklan




Baca Berita Penuh ..

Friday 29 July 2011

BloggerzExpress : - UMNO!!!...Sekarang bukan zaman mesin taip!!!


psst : - Dulu amerika kalah teruk peperangan dengan vietnam, pastu buat filem mendakwa yg mereka menang dalam peperangan tersebut.

Setelah 2 minggu BERSIH 2.0 berlaku. Setelah berpuluh-puluh sedutan video dalam You Tube tersiar ke seluruh dunia, barulah polis dengan kerjasama media UMNO menayangkan filem BERSIH versi UMNO.
Mengapa begitu lembab polis bertindak? Itupun setelah menerima sumpah seranah rakyat akibat terlaku mengikut telunjuk UMNO.

Malangnya, filem BERSIH 2.0 versi UMNO diketawakan rakyat. Lebih-lebih lagi melihat lagak begitu bersungguh pegawai atasan Bukit Aman menjadi "penglipur lara" kepada 300 media untuk ceritakan kembali kisah 9hb. Julai.

Ini zaman IT dan teknologi. Nampaknya PDRM masih ketinggalan zaman akibat terlalu jadi "hamba UMNO".

 Jika Peristiwa Memali 1985 , bolehlah polis dan media UMNO seperti Utusan dan RTM "menggoreng-goreng" rakyat. Dulu mana ada internet dan You Tube. Rakyat termakan tipu muslihat UMNO.

Barangkali PDRM masih merasakan hari ini adalah seperti hari-hari tahun 70 an dan 80 an. Iaitu pemikiran rakyat boleh dikawal dan di"basuh".

Inilah hakikatnya apabila melihat klip video arahan polis dan UMNO. Gaya penyiaran, edit dan persembahan jauh ketinggalan dari apa yang tersiar dalam You Tube.

Begitu juga fakta yang diberikan oleh polis tentang perlanggaran keatas Mat Sabu. Kesilapan fakta amat memalukan polis. Iaitu kenderaan yang melanggar Mat Sabu. Pegawai Bukit Aman cuba mengalih isu kenderaan yang melanggar Mat Sabu. Beliau menyatakan bukan Pajero yang melanggar Mat Sabu. Sedangkan dalam laporan Mat Sabu pada hari kejadian, kereta Wira polis yang melanggarnya.

Adakah Pengarah Keselamatan Bukit Aman belajar dari mantan IGP Musa yang mengubah-ubah tarikh dalam kes Anwar 1998? Biasalah...anak ikut bapa kencing berdiri!

Teringat ketika Malaysia sibuk-sibuk dengan zaman sibernya....masih ada lagi Balai Polis pakai mesin taip...mesin taip tua! "
 





Baca Berita Penuh ..

Wednesday 27 July 2011

BloggerzExpress : ~ Biometrik KDN Gagal, Biometrik SPR Gena Pulok?


psst : - kaji dulu habis2an sblum buat keputusan biometrik malaysia ni cerdik pandai jgn nanti 'mengabeh boreh' jo!!

Nampaknya program pendaftaran Biometrik pekerja asing gagal mencapai sasaran dimana setakat ini hanya 30 peratus dari 1.3 juta pekerja asing yang mendaftar dengan tinggal lima hari saja lagi. Kalau KDN boleh dikatakan gagal, macamana SPR boleh berbangga untuk guna Biometrik semasa pilihanraya?

Itu belum cerita 10 peratus MyKad yang rosak atau lebih 2.4 juta MyKad rosak seperti laporan dihttp://amkns.blogspot.com

Adakah 1.3 juta pekerja asing tersebut tak nak daftar Biometrik kerana mungkin mempunyai MyKad palsu yang boleh dikesan kelak apabila mendaftar dalam sistem Biometrik yang dihubungkan ke KDN - SPR - JPN?

Orang suruh celup jari , mudah, murah, nak guna cara mahal, susah.

Orang suruh pergi sekolah naik bas, dia nak pergi sekolah naik jet pejuang canggih Typhoon berharga RM3 Billion sebuah.

BIOMETRIK: 1.3 JUTA BELUM DAFTAR 


PUTRAJAYA 26 Julai 2011 – Ke manakah mereka? Tinggal lima hari lagi Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Yang Sah berakhir tetapi lebih 1.3 juta pekerja asing yang sepatutnya mengambil peluang pendaftaran itu belum berbuat demikian.

Sehingga semalam, hanya 390,404 daripada 1.75 juta pekerja asing mendaftar sejak program bermula 13 Julai lalu, sedangkan Kementerian Dalam Negeri menegaskan tempoh akhir Ahad ini tidak akan dilanjutkan



Baca Berita Penuh ..

Monday 25 July 2011

WauMail – Salah Satu Perkhidmatan Emel Di Malaysia Sekitar Tahun 1999

Perdebatan mengenai projek emel 1Malaysia sejak daripada semalam telah membawa kepada perbincangan sebuah projek yang seumpamanya pernah diperkenalkan sekitar tahun 1999 sebelum ini, dengan nama WauMail. Namun begitu, amat mendukacitakan memandangkan projek tersebut tidak lagi aktif buat masa ini.


WauMail telah dilancarkan secara rasminya pada 12 Julai 1999, dimana ianya telah dibangunkan bersama-sama oleh Technology Park Malaysia dan juga Intelliweb Sdn Bhd. WauMail sebelum ini telah ditawarkan dalam pelbagai bahasa, termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan juga Bahasa Tamil. Pada tahun 2001, WauMail telah pun digodam, dan ketika itu ianya diperkatakan yang mana WauMail mempunyai lebih daripada 600,000 orang pengguna.


                            WauMail Pada Tahun 1999
                            WauMail Pada Tahun 2000
Menariknya mengenai WauMail adalah dimana ianya selain menyediakan perkhidmatan emel seperti biasa, ianya juga turut sama menyokong fungsi pesanan suara, dimana anda boleh menghantar dan menerima pesanan suara bersama-sama pengguna WauMail yang lain. WauMail yang dimulakan sebagai perkhidmatan percuma, turut sama mula memperkenalkan perkhidmatan berbayar sekitar tahun 2002, serta turut sama menyokong domain lain untuk digunakan bersama-sama dengannya.


                            WauMail Pada Tahun 2004
Sepanjang beberapa tahun selepas itu, nama syarikat disebaliknya terus berubah, daripada Intelliweb Sdn Bhd, kemudian kepada Ivoli Sdn Bhd, dan kepada Wau Solutions Sdn Bhd. Namun begitu, ianya tidak diketahui mengapakah perkhidmatan tersebut berkubur, dan tidak lagi aktif sehingga sekarang. kerajaan UMNO harus hindari pembaziran.


psst : - live_kayangan@hotmail.com <----- email aku paling lama..masih aktif sejak dari tahun 1999 lagi. waumail didalam nostagia ku...

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat