Labels

Monday 25 July 2011

WauMail – Salah Satu Perkhidmatan Emel Di Malaysia Sekitar Tahun 1999

Perdebatan mengenai projek emel 1Malaysia sejak daripada semalam telah membawa kepada perbincangan sebuah projek yang seumpamanya pernah diperkenalkan sekitar tahun 1999 sebelum ini, dengan nama WauMail. Namun begitu, amat mendukacitakan memandangkan projek tersebut tidak lagi aktif buat masa ini.


WauMail telah dilancarkan secara rasminya pada 12 Julai 1999, dimana ianya telah dibangunkan bersama-sama oleh Technology Park Malaysia dan juga Intelliweb Sdn Bhd. WauMail sebelum ini telah ditawarkan dalam pelbagai bahasa, termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan juga Bahasa Tamil. Pada tahun 2001, WauMail telah pun digodam, dan ketika itu ianya diperkatakan yang mana WauMail mempunyai lebih daripada 600,000 orang pengguna.


                            WauMail Pada Tahun 1999
                            WauMail Pada Tahun 2000
Menariknya mengenai WauMail adalah dimana ianya selain menyediakan perkhidmatan emel seperti biasa, ianya juga turut sama menyokong fungsi pesanan suara, dimana anda boleh menghantar dan menerima pesanan suara bersama-sama pengguna WauMail yang lain. WauMail yang dimulakan sebagai perkhidmatan percuma, turut sama mula memperkenalkan perkhidmatan berbayar sekitar tahun 2002, serta turut sama menyokong domain lain untuk digunakan bersama-sama dengannya.


                            WauMail Pada Tahun 2004
Sepanjang beberapa tahun selepas itu, nama syarikat disebaliknya terus berubah, daripada Intelliweb Sdn Bhd, kemudian kepada Ivoli Sdn Bhd, dan kepada Wau Solutions Sdn Bhd. Namun begitu, ianya tidak diketahui mengapakah perkhidmatan tersebut berkubur, dan tidak lagi aktif sehingga sekarang. kerajaan UMNO harus hindari pembaziran.


psst : - live_kayangan@hotmail.com <----- email aku paling lama..masih aktif sejak dari tahun 1999 lagi. waumail didalam nostagia ku...

Blog Pakatan Rakyat