Labels

Showing posts with label anggota pasukan keselamatan. Show all posts
Showing posts with label anggota pasukan keselamatan. Show all posts

Wednesday 10 April 2013

FAKTA : Impak Mengundi Pada Hari Ahad


Azrin Ren :: Pengumuman tarik penamaan calon sudah....tarikh hari mengundi awal sudah....dan tarikh hari mengundi pun sudah...jadi kita harus ketahui impak mengundi pada hari ahad...


Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan hari ini tarikh pengundian untuk Pilihan Raya Umum ke-13 ialah pada Ahad, 5 Mei, dan penamaan calon pada 20 April, 2013.

Hari pengundian awal untuk anggota pasukan keselamatan dan pasangan dan pengundi di luar negara pula ditetapkan pada 30 April. 

Pilihan raya kali ini akan menyaksikan tempoh kempen yang agak panjang, selama 15 hari, bermula selepas penamaan calon dan berakhir tengah malam 4 Mei.

Hari Ahad ialah hari bekerja di dua negeri dikuasai PAS; Kelantan dan Kedah, dan juga di Terengganu, yang menjadi sasaran PAS untuk ditawan dalam pilihan raya kali ini.

Sebelum ini, Pilihan Raya Umum ke-11 diadakan juga pada hari Ahad, 21 Mac, 2004, yang menyaksikan kemenangan besar Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pilihan Raya Umum ke-12 diadakan pada hari Sabtu, 8 Mac, 2008. 

Hari berikutnya, Isnin ialah hari bekerja di negeri-negeri lain termasuk di Lembah Kelang, kawasan yang didiami ramai pengundi di negeri-negeri Kelantan, Kedah dan Terengganu.

Kesan mengundi pada hari Ahad ini bakal menyumbang kepada keterbatasan pergerakan ramai pengundi, terutama di negeri-negeri utara semenanjung - dan juga di Sarawak dan Sabah - disebabkan faktor seperti masa yang terhad dan kemungkinan kesesakan jalan raya.

Wujud kemungkinan jumlah pengundi yang akan merosot disebabkan hari mengundi yang jatuh pada hari Ahad, terutama di negeri-negeri yang bekerja pada hari tersebut, dan memerlukan pengundi balik mengundi dari jauh.

Hari bekerja selepas hari mengundi juga bakal menyaksikan kegiatan politik yang terhad pada hari pengundian, tidak seperti biasa apabila hari mengundi ialah hari Sabtu.

Kegiatan seperti aktiviti parti dan penyokong dan kemungkinan juga protes pada malam hari pilihan raya boleh menjadi terhad akibat faktor hari bekerja keesokannya.

Hari mengundi diikuti hari Isnin juga bermakna urusan pejabat yang diperlukan boleh dilaksanakan segera pada hari berikutnya, sama ada oleh kerajaan yang baru dipilih atau yang mengekalkan kuasa.

Faktor hari bekerja selepas hari mengundi dalam pilihan raya umum kali ini bakal memberi kesan kepada jumlah yang keluar mengundi, terutama yang memerlukan perjalanan jauh, dan memerlukan strategi baharu parti-parti yang bersaing, terutama parti-parti dalam gabungan Pakatan Rakyat.

#Jentera Pakatan Rakyat harus kuat dan bekerja keras, tahan tidur dan makan untuk memastikan penipuan dapat dielakkan...


Muahaha....madey kutty takdak modal....

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat