Labels

Showing posts with label pas. Show all posts
Showing posts with label pas. Show all posts

Sunday 21 April 2013

SELESAI!!! : 3 DUN Terengganu Kepada PAS, Labuan, Sg Aceh, Panti kepada PKR!


Azrin Ren : Alhamdulillah....ini dinamakan sepakat membawa berkat, kali inilah tiada lagi perkataan ''pakatan tiada sepakat'' oleh pencacai-pencacai UmnoBN. Maka...masalahnya selesai jua akhirnya...Takbir!!! Ini Kalilah!!!


PAS mencadangkan agar parti itu menyerahkan kerusi Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh di Pulau Pinang dan Panti di Johor kepada PKR.

PKR pula dicadangkan oleh PAS agar menyerahkan tiga DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera kepada PAS.

Manakala kerusi DUN Kota Damansara di bawah Parlimen Subang akan dirundingkan antara PAS dan PKR.
Cadangan ini diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS yang dipengerusikan oleh Presiden PAS.

Perkara ini diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang media di Pusat Media PAS Jalan Raja laut hari ini.

Ustaz Hadi juga memaklum, semua ahli PAS yang bertanding atas tiket bebas termasuk penyokong dan pencadang mereka akan dipecat dari menjadi ahli PAS.

Dalam penamaan calon Sabtu 20 April lepas, calon PAS dan PKR bertindan di tujuh kawasan pilihan raya iaitu satu Parlimen dan enam DUN.

Ekoran itu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Ahmad Sabki Yusof memaklumkan ia akan diselesaikan dalam mesyuarat hari ini.

Dengan pengumuman ini bermakna semua kerusi yang bertindih selesai kecuali DUN Kota Damansara yang akan dirundingkan lagi dengan mereka yang terlibat.

Menurut sumber Harakahdaily, di DUN Panti, Johor kekeliruan berlaku apabila calon PKR lambat sangat menghantar borang pencalonan. Bimbang ia jatuh secara percuma kepada BN, PAS mendaftarkan calon mereka.

Di tiga DUN di Terengganu pula  berlaku pertikaian tentang calon yang lambat dikemukakan.

Di DUN Kota Damansara pula, berlaku pertikaian apakah calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) akan menyertai pilihan raya ini dengan logo PSM. Ini kerana, mereka datang ke pusat penamaan calon dengan menggunakan logo itu bukannya logo PKR.

Kerusi DUN Sungai Aceh pula dituntut oleh PAS dari PKR sejak sekian lama manakala Parlimen Labuan pula dituntut oleh PKR dari PAS.

Dengan penyelesaian bermakna semua kerusi yang betindih sudah selesai dan fokus sekarang adalah untuk menjatuhkan lawan Pakatan Rakyat iatu Barisan Nasional.

#Adik -beradik SPR dan ROS tengah dok buat plan apa tu???

Begitu jijik UmnoBN, Ini dia video rakaman beli undi yg dilakukan secara sulit komponen atu barua UmnoBN iaitu SPR!!!, akhirnya kantoi, kurang ajaq punya UmnoBN. Beginilah cara mereka nak menang,  Nak menang dengan cara kotor jijik dan bodoh!!!

Baca Berita Penuh ..

Saturday 6 April 2013

PRU13 : Mat Senbab Kata PAS Parti ajaran Sesat Bawa Fatwa Songsang!

Ikhwan Muslimin Iktiraf PAS

Umno pewaris british, Umno pendokong freemason, Umno mintak bantuan APCO yahudi pulih imej najib, Kak mah pelok chong wei, akum kerabat madey kutty boss syarikat arak, madey kutty hina hukum hudud, najib hina hukum hudud, mat sembab takut tak sempat jadi PM, tu sebab dia jadi short buat sementara waktu...gelisah sungguh selisah mat sembab yang bernama muyiddin ni ya..keh keh keh....

#Mat sembab gila meroyan....

Baca Berita Penuh ..

Saturday 21 January 2012

Akhbar Australia Lapor Rosmah 'berbelanja besar'

Akhbar Australia lapor Rosmah 'berbelanja besar'

Tabiat berbelanja besar seorang lagi anggota keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menarik perhatian media Australia hari ini - kali ini di Sydney.


Dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar Australia Sydney Morning Herald, kolumnis Andrew Horney menggelar Rosmah sebagai "first lady of shopping', kerana dikatakan telah membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

Memetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp, kolumnis itu melaporkan bahawa "pelanggan terbesar" Kapp telah membelanjakan jumlah yang mengejutkan sewaktu "percutian peribadi" di sana "sekitar dua minggu lalu".

darling hotel sydney australiaMenurut kolum tersebut, Rosmah dan Najib, semasa cuti tersebut,
menginap di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam (kanan) di Hotel Darling.

Dengan tajuk 'Super Kerr Now a Model Citizen', kolum itu turut melaporkan bahawa Rosmah telah meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya'

psst...Rosmah pakai emas, Rakyat pakai kayu...

Baca Berita Penuh ..

Tuesday 3 January 2012

Sekufu Rapat UMNO Hina Kebaikkan....


Henti lesen jual arak di Kulim bukti hudud jejas bukan Islam: MCA

Keputusan Pejabat Daerah Kulim untuk menjadikan daerah ini sebagai kawasan bebas minuman keras menjelang Julai membuktikan pelaksanaan undang-undang hudud akan melibatkan kehidupan bukan Islam.

Pengerusi Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong, berkata sikap berdiam diri kerajaan negeri pimpinan PAS terhadap keputusan Pejabat Daerah Kulim untuk menghentikan pengeluaran lesen menjual minuman keras itu juga membayangkan sokongan mereka terhadap tindakan berkenaan. "Ini juga menunjukkan parti lain dalam pakatan pembangkang tidak berupaya melakukan apa-apa kecuali mengeluarkan kenyataan membantah. "Jika DAP dan (PKR)Parti Keadilan Rakyat mendakwa tidak tahu mengenainya, ini bermakna PAS bertindak sendiri dan tidak menghormati rakan sekutunya kerana tidak memberitahu mereka mengenai keputusan Pejabat Daerah Kulim itu," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Chua yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut mempersoalkan dakwaan DAP dan PAS sebelum ini bahawa hudud tidak melibatkan bukan Islam, sedangkan banyak contoh sepanjang tiga tahun lalu menunjukkan sebaliknya.

Ini katanya termasuk kes Majlis Perbandaran Subang Jaya di Selangor yang melarang pekerja beragama Islam menghidang minuman keras.

"Walaupun Selangor di bawah pentadbiran PKR, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak mampu melakukan apa-apa dan sentiasa mengubah pendiriannya berhubung perkara itu.
"Saya percaya isu itu masih belum diselesaikan sepenuhnya," katanya.

Media semalam melaporkan pemilik kedai minuman keras di daerah ini telah menerima surat bahawa lesen mereka akan ditamatkan secara automatik pada akhir Jun. - BERNAMA

psst...Mana dia panglima yg nak meludah mahasiswa tu?? takder teloq ker??

Baca Berita Penuh ..

Wednesday 28 December 2011

Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, 439 lagi keluar parti


Dalam satu tindakan yang mengejutkan malam tadi, Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon meletak jawatan daripada semua jawatan parti, kerana mendakwa kecewa dengan kepimpinan MCA.

penang mca youth chief eng hiap boon quit party 281211 eng hiap boonEng (kanan) berkata 439 ahli juga turut keluar parti bersama-sama dengan dia, mengakibatkan dua MCA cawangan di negeri itu dibubarkan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di George Town malam tadi, Eng berkata, beliau dan rakan-rakan seperjuangannya amat kecewa dengan pemimpin parti yang menurutnya sedang berdepan dengan isu moral dan tidak beretika dalam kepimpinan mereka.

Perbalahan dalaman parti, tambahnya, semakin buruk dan para pemimpin pula didakwanya enggan melibatkan diri dengan akar umbi atau berkhidmat kepada rakyat secara ikhlas.

Eng dikenali sebagai "penyokong tegar" bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, tetapi tegasnya, tindakannya itu adalah keputusannya sendiri.

Katanya, beliau juga difahamkan bahawa kira-kira 500 ahli parti dari Johor mungkin turut keluar MCA pada masa yang sama (malam tadi), mengakibatkan pembubaran lima cawangan parti itu.

Eng berkata, beliau tidak tahu bila badai itu akan berhenti, tetapi menegaskan bahawa kepimpinan MCA perlu melakukan muhasabah diri.

psst....Ler..ada lagi ke MCA?
mati-mati gua ingat selama ni semua rakyat baik melayu, cina, india, singh, indon, mynmar, vietnam, bangla hatta negro semuanya dah habis masuk umno.....

Baca Berita Penuh ..

Wednesday 21 December 2011

Perkkkkk : - Rakyat Kedah gembira di bawah PAS


Pak Manaf, nelayan di Kuala Kedah yang sudah berusia 58 tahun, begitu gembira apabila hasratnya menagih sedikit bantuan daripada Exco Kerajaan Negeri Kedah bagi menampung sedikit duit belanja bagi persediaan anaknya ke universiti berjaya. Dia baru tahu rupanya sapa masuk IPTA kerajaan negeri bagi; diploma dapat RM200, ijazah RM400. Kerajaan BN dulu haram sekupang pun tak bagi.

Mak Cik Teh sudah 10 tahun berniaga nasi lemak di pinggir bandar Alor Setar. Satu hari beliau didatangi pegawai berpakaian uniform yang menyuruh beliau menutup perniagaan kerana tempat dia berniaga tepi tong sampah.

Pegawai tu suruh pi MBAS buat permohonan berniaga di tempat yg disediakan sebelah Ukir Mall, Jalan Sultan Badlishah. Permohonannya berjaya, "Alhamdulillah dan terima kasih kerajaan PAS," ujarnya gembira.

Lim peniaga barang binaan di Pendang semakin hari semakin seronok melihat barangan yang sangat laku kerana sektor pembinaan di Kedah yang bergerak maju. Di Tanah Merah, Seberang Pendang, Batu Menunggul, Jalan Lencong Barat, di Alor Mengkudu, Jalan Putra, Jalan Sultanah Sambungan, Langgar (ish tak larat nak sebut banyak sangat) kawasan perumahan dan rumah kedai muncul bagai cendawan selepas hujan apabila PAS perintah. Pusat hiburan pun ada.. (he he) tapi untuk orang kapiaq sajala.

Rosli, seorang kakitangan kerajaan yang bertugas di Pekan Yan kerap kali memaki hamun BN kerana Proton Saganya sering kali terlanggar lubang di jalan MADA dan jalan persekutuan yang dilaluinya.

Beliau tidak faham kenapa jalan yang rosak tidak diperbaiki oleh kerajaan BN Pusat sedangkan jalan negeri hampir kesemuanya dah diturap, tinggai sikit saja lg dok tengah buat.

Watak-watak mereka itu serta puluhan ribuan orang lain lagi, adalah gambaran kehidupan rakyat di Kedah yang gembira berada di bawah kerajaan PAS dengan slogan Kedah Sejahtera. Di waktu yang sama mereka sangat benci kepada UMNO/BN yang tak membangunkan infrastruktur Kedah walaupun depa adalah kerajaan Pusat yg juga berkuasa di Kedah. "Harap dekat pilihanraya ni baru mai nak hulog rasuah RM100 dan RM500 untuk pancing undi, RM250 juta depa bagi kat lembu..ptuuii," jerkah Pak Cik Sobri Sudin, 60, pengayuh beca di Pekan Rabu.

Di sudut hati mereka sering tertanya bilakah akan berakhirnya regim tua BN yg memerintah Msia lebih separuh abad di samping berharap PAS terus menerajui kerajaan di Kedah PRU13 nanti.

p/s....Mata pipi telinga dan dahi
Doktor periksa situ dan sini;
bawa tahi pastu makan tahi
 Kotoq betoi otak Mat Umno....

Baca Berita Penuh ..

Friday 7 January 2011

Semakin PANAS : - Akhbar Indonesia mula hangatkan isu 'menteri rogol Robengah'!!!


 
 Hehehe..Adakah dia didalam dilema?


Baca Berita Penuh ..

Tuesday 9 November 2010

Banjir 2010


Sekitar Banjir Perlis 2005



Sekitar Banjir Perlis 2010


Banjir 2010 adalah antara yang terburuk jika nak di bandingkan dengan banjir 2005 yang lalu, banyak liku-liku yang begitu luas dan juga banyak memberi kesan negatif yang begitu mendalam.

dugaan, kesabaran dan ujian terus di tempuhi setiap insan yang menjadi mangsa bencana tersebut. pada waktu kesusahan inilah masa manusia sesama manusia perlulah saling bantu membantu tak kira agama, bangsa dan lain-lain persefahaman politik dan ada juga yang ambil kesempatan melakukan jenayah, baru-baru ni ada cubaan nak menculik seseorang tetapi telah berjaya dipatahkan oleh penduduk kampung, ada juga menggunakan kenderaan berat seperti lori untuk mencuri motosikal yang tersadai, cara itu dapat mengkabur orang ramai seolah-olah motosikal yang di angkut tersebut untuk dibawa berpindah ke tempat lain. berhati-hatilah kalian apabila berhadapan dengan bencana..macam-macam boleh berlaku akibat keadaan suasana yang tidak tenteram.


jika saya katakan banjir 2010 lebih dahsyat dari 2005. jadi bagaimana pula banjir dalam masa 5-10 tahun lagi jika tidak di tangani secepat yang mungkin. jangan kalian berfikir banyak. kembalilah kepada ke jalan Allah s.w.t, jangan lalai, jangan asyik berseronok, jangan menghina manusia sesama manusia, dan jangan melanggar hukum hakam yang telah di terangkan oleh Al-Qur'an.


bencana kali ini adalah bencana yang sama taraf seperti bencana-bencana yang telah banyak berlaku di negara-negara luar seperti yang kita lihat di media-media tersebut. semakin tahun semakin banyak bencana mengganas membadai manusia yang lalai, degil dan penting diri sendiri.


marilah kita bermohon agar angin syurgawi ini sampai ke arah kita, supaya kita semua dapat menjadi manusia yang mendapat barokah. angin dari syuga ini membawa kekuatan kehidupan yang sebenarnya. sesiapapun yang mahu berada dalam keadaan yang baik di dunia dan di akhirat, mesti menumpukan perhatian mereka untuk menerima kedatangan angin dari syurga ini. apabila angin ini sampai ke jasad kalian, jasad mu nantinya akan ambil barokahnya, kemudian kerohanian kalian, iaitu sebenar2 diri kalian, akan mengambil sebahagian darinya juga.
Ketika tiba waktu solat maka harus segera dilaksanakan.
Ketika ada kematian, maka harus segera mayat itu dikuburkan.
Ketika berbuat dosa, maka bertaubat janganlah ditunda.


Azrin Renヅ

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat