Labels

Showing posts with label pru13 mac ini. Show all posts
Showing posts with label pru13 mac ini. Show all posts

Saturday 11 February 2012

BBC MOHON MAAF MENGAKU DI BAYAR RM81.4 JUTA MENAIKAN IMEJ NAJIB, PERANAN APCO-FBC BENAR

BBC akan menyiarkan permohonan maaf ke seluruh dunia hari ini kerana telah mengkompromi integriti editorialnya melalui program-program yang terlibat dalam "skandal penetapan berita" baru-baru, demikian menurut laporan berita.

Hari ini akhbar Independent di UK melaporkan bahawa BBC World News akan menyiarkan permohonan maaf "dari Kuala Lumpur ke Khartoum" dalam empat slot masa.


Skandal itu melibatkan FBC Media (UK) yang telah didedahkan pada tahun lepas kerana telah menghasilkan program-program bagi pihak pelanggan berbayar, untuk membersihkan imej awam mereka.

"Syarikat itu telah menghasil lapan program untuk BBC mengenai Malaysia tetapi gagal mengisytiharkan bahawa ia telah dibayar £17 juta oleh kerajaan Malaysia untuk 'komunikasi strategik global'. Program-program tersebut termasuk liputan positif terhadap kontroversi industri minyak sawit Malaysia," lapor Independent.


Menurut laporan itu, siasatan terhadap skandal itu telah "membongkar 15 pelanggaran garispanduan editorial" yang mana lapan daripadanya adalah berkaitan dengan program FBC di Malaysia.

Permohonan maaf itu, menurut laporan itu lagi, akan berbunyi:

"Dalam kes lapan program lain, yang semua memaparkan tentang Malaysia, kami mendapati bahawa syarikat produksi tersebut yang menghasil program berkenaan, nampaknya mempunyai hubungan kewangan dengan kerajaan Malaysia.

"Ini bermakna terdapat potensi konflik kepentingan, walaupun BBC tidak menyedarinya apabila program disiarkan."

LAPURAN PERMOHON MAAF BBC MENGESAHKAN DAKWAAN PAKATAN MENGENAI PENGGUNAAN WANG RAKYAT UNTUK MENAIKAN IMEJ PM NAJIB.

KEADILAN bongkar peranan APCO-FBC Media naik imej Najib

KUALA LUMPUR: KEADILAN akan terus membongkar isu penggunaan wang rakyat bagi meningkatkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menjelang pembentangan belanjawan 2012 Oktober depan.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata demikian ketika ditanya mengenai bayaran RM57 juta oleh kerajaan Malaysia kepada firma penerbitan TV dan komunikasi strategik Britain, FBC Media.

“Kita menjangka akan ada perkembangan terbaru mengenai perkara ini menjelang Bajet 2012. Kita akan terus memantau isu ini secara dekat dan akan membuat pendedahan-pendedahan baru yang lebih sensasi,” kata Saifuddin.

Menurut Saifuddin, pendedahan tersebut berkisar mengenai kontrak antara FBC Media dan APCO Worldwide, syarikat perunding Israel yang turut terlibat dalam mempromosi imej Najib sebelum ini.“Ini merupakan sumber yang diperolehi dari Parlimen. FBC Media lebih awal menggunakan khidmat Apco, berbanding kerajaan Malaysia dengan jumlah USD 70,000,”

“Kerajaan Malaysia kemudiannya membayar Apco sebanyak RM 77 juta. Perkara ini didedahkan Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) di Parlimen,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Machang.FBC Media, yang berpangkalan di United Kingdom dilantik kerajaan Malaysia untuk menerbitkan program TV berkaitan Malaysia, ketika pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Program- program berkenaan kemudian ditayangkan syarikat penyiaran antarabangsa seperti CNBC (Consumer News and Business Channel), CNN (Cable News Network) dan BBC (British Broadcasting Corporation).

Kerajaan Persekutuan pula membayar RM57.68 juta kepada FBC Media antara tahun 2008 dan 2009, manakala kerajaan Sarawak membelanjakan RM15 juta setahun untuk tujuan itu.

“Perkara ini memalukan Malaysia dan menjatuhkan imej kerajaan. Mereka tuduh (ketua pembangkang) Datuk Seri Anwar bayar CNN untuk diwawancara dalam rancangan ‘Connect The World’ dan CNN nafikan.“Sebaliknya yang terdedah ialah kerajaan Malaysia bayar kepada FBC Media untuk melobi agar Najib muncul di CNBC, CNN dan BBC. Ini menyalahi etika kewartawanan,” kata Saifuddin.

psst....Nak kasi kucing makan jap....

Baca Berita Penuh ..

Friday 10 February 2012

Najib ‘GADAI AKIDAH’ Hadir Upacara Thaipusam Di Batu Caves

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini. 


Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.

“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.

“Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.

“Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan,” katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing.


Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.

Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.

“Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah.

“Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang,” kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan.

AzrinRen : Mana pergi pakar akidah si hassan ali tu?? ah jib gor lu dah gadai akidah ni. Lu cepat-cepat datang pulihkan akidah ah jib gor ni....
psst....Sedap ikan bakor tadi, Bakar sendiri beb..nyam..nyam....

Baca Berita Penuh ..

Wednesday 8 February 2012

SAWIT : Sekat Eksport Ke Iran, Tapi Jual Ke Israel


(Reuters) - Malaysian palm oil exporters have stopped supplying Iran with most of the 30,000 tonnes of the food staple the Middle Eastern country buys each month, or about half its demand, as Western financial curbs on Tehran stymie payments, two trading sources said.

The halt in Malaysia's palm oil exports to Iran, which the traders said started late last year, is the latest sign that sanctions aimed at persuading Tehran to abandon a suspected nuclear weapons program have started to bite.

The sanctions, spearheaded by the United States and European Union, have made it difficult for Iranian palm oil buyers to use letters of credit and make payments via middlemen in the United Arab Emirates (UAE) to Malaysian exporters.

Malaysia is the world No.2 producer of palm oil, used to make products from bio-diesel to cooking oil. It is a key supplier of Iran's palm oil, along with Indonesia, the world's top producer.

"Most of the companies selling palm oil to Iran have stopped since the end of last year," one trader with direct knowledge of the deals told Reuters on Wednesday.

"Payments are not coming through and no palm oil shipper wants to risk sending the cargoes to Iran with such a tense political situation," added the trader, who declined to be identified due to the sensitivity of the issue.

Malaysia's Commodities Ministry and the Malaysian Palm Oil Council (MPOC) -- the country's key marketing agency for the tropical oil -- were not immediately available for comment.

Source : Reuters US Edition

AzrinRen : Dok puter beli ahkbar yahudi kononya anwar sokong keselamatan israel, mintak tunjuk paloran penuh tidak mahu pula, sekarang nah!! lu berhenti hantar minyak ke iran dan hantar ke israel, tu sudah kiran menjaga keselamatan israel jugak tu. kata kat orang tengok cermin terpantul kat diri sendiri. amik lu!!!

psst....Lain kali mintak yahudi beri idea yang bernas ok...sekian...

Baca Berita Penuh ..

Tuesday 7 February 2012

Hassan Ali Gila Kuasa Nak Jadi MB, Patut Jadi Pengkhianat.

Setelah puas Hasan Ali buat 'roadshow' untuk pertahankan dirinya akibat dipecat daripada Pas kini nampak semakin lengang isu berkaitan Hasan Ali.Cuma sekali sekala media pro Umno keluarkan kenyatan Hasan yang menguntungkan Umno iaitu serangan beliau terhadap Pas.Kalau Hasan tak serang Pas dalam ceramah akidahnya maka muka Hasan tak akan keluar dalam media arus perdana kerana ini merugikan Umno.Tak percaya?Kalau takat buat ceramah isu murtad dan akidah Umno tak akan layan Hasan Ali.


Setelah Hasan tuduh ahli parlimen Shah Alam sebagai parasit dalam Pas dan dakwa kata 72 peratus pemimpin Pas dikuasai golongan sekular Khalid Samad bangkit jawab tuduhan Hasan Ali terhadap beliau.Kata Khalid Samad dalam blog beliau khalidsamad.com ;

Ketika usaha kerjasama dengan UMNO dijalankan, Hassan Ali pernah bertanya pada saya, “siapa patut menjadi MB Selangor?” Saya jawab sambil memandang terus ke muka beliau, “Tan Sri Abdul Khalid”. Beliau terdiam, perasaan kecewa jelas kelihatan terbayang di mukanya. Mungkin beliau merasakan saya mengkhianati dirinya. Mungkin beliau inginkan saya, sebagai orang kanannya memperjuangkan ‘haknya’ untuk menjadi MB. Mungkin bagi dirinya, itulah peranan seorang kanan. Saya tidak tahu, mungkin itulah yang difikirkannya. Beliau diam dan terus berpaling.

Pasti ada yang masih ingat bagaimana saya telah menggantinya dalam pertemuan dengan Pak Lah dan Khir Toyo. Kami berjaya menggagalkan usaha kerjasama bersama UMNO dan dengan itu cita-cita Hassan Ali untuk menjadi MB hancur berkecai.

Bermula dari saat itu saya merasakan hubungan kami sudah mula berubah dan Hassan Ali mula membawa agenda tersendiri.

Kata Khalid lagi;

Melalui tulisan ringkas ini saya ingin memberitahu semua bahawa Hassan Ali sudah gila talaq. Maka jangan percaya apa yang dinyatakan beliau. Beliau sanggup berbohong dan memutar-belit semua perkara. Lagi beliau cakap lagi jelas kegilaannya.

Hadis Rasulullah (SAW);
Dari Abi Umaamah yang berkata, telah bersabda Rasulullah (SAW),
<“Terdapat pada orang beriman semua jenis kekurangan, kecuali khianat dan berdusta” (Dari Ahmad, Baihaqi dari Saad Bin Abi Waqas).

Hadis ini diketengahkan bukan untuk menafikan keimanan mana-mana pihak. Tetapi ianya adalah untuk menjelaskan betapa kejinya sifat khianat dan berdusta.Baca semua di sini.

psst....Hassan ali harus ingat PAS pernah ditendang UMNO dari perikatan dulu.



Mission Acomplete


Baca Berita Penuh ..

PANASSSSS: Rahsia Twitter Ah Jib Gor...Patutlah ramai Follower..

Ooooo..patutlah ramai...mari kita bongkar!!! Oooo Bulat....

Ini hasil siasatan dari rakan seperjuangan gua iaitu Really3line, ok jom senaman mata lu semua.

Najib Tun Razak Adalah Perdana Menteri Malaysia

Dia sangat popular

Di akaun twitter 426,969 follower

Di akaun facebook 946,494 like

Baru baru ini Najib Razak mengumumkan beliau terharu kerana dapat menjangkau 400,000 pengikut di twitter.


kalau dia nak terharu ada 400,000 pengikut waktu dia mengimamkan solat, tak pe lah, tapi di akaun twitter, sesiapa pun boleh buat lebih dari 1 juta kawan pun boleh… Siapa kata tak boleh? guna taktik macam najib razak ni.

Apa taktiknya?

Really3line mula untuk semak siapa yang menjadi follower di akaun twitter Najib Razak ni. Mengejutkan apabila ramai yang menjadi follower najib razak ini mengunakan profile picture telur.

contohnya macam ni, korang klik sini. Kalau korang malas, nengok gambar kat bawah ni.


kalau korang rajin, korang klik lah dekat Najib Razak punya follower di akaun twitternya, banyak sangat yang pakai gambar profile picture telur, yang menunjukan mereka ini yang kita panggil sebagai fake user, atau pun spam.

Macam mane kita boleh tahu mereka ni fake user atau Spam?

Biasanya mereka mengunakan software, atau beberapa website yang membantu untuk membuat fake user, atau beberapa individu yang bekerja untuk membuat email dan create akaun facebook atau twitter.

contoh yang lebih jelas macam ni.


Kalau anda rajin, anda semak lah, yang really3line bagi ini sikit je, follower Najib Razak kan ada lagi 426,960 orang, jadi mungkin lagi ramai yang real user kot…

Tapi cuba buang semua fake user dan spam ni, agak agak berapa je follower yang Najib Razak ada ye?

Benda kecil macam ni pun nak tipu ke? sangat menyedihkan lah, kalau tipu guna benda yang logik sikit macam guna software ni (TWIENDS) tak pe lah, kira berkhemah juga.

Apa pun tahniah kepada ah jib gor kerana mempunyai ramai followers dan Likes yang banyak di laman social seperti facebook dan twitter, walaupun ramai yang spam dan fake user.

psst....Gua pun nak tiru lah...taktik macam ni dah diguna pada zaman kegemilangan frienster lagi...kakak...ah jib gor kantoi..ah jib gor menuduh anwar meliwat..gua jatuh hukum kepada ah jib gor iaitu ah jib gor harus di liwat!!!



Mission Acomplete


Baca Berita Penuh ..

Monday 6 February 2012

Kerajaan BN Dulu Gagal Mentadbir Selangor - Khir Toyo

Wakakakakak!!!!, hari tu toyo ni cakap kemungkinan BN akan mengalami kegagalan untuk merampas selangor. Sekarang dia cakap kerajaan pentadbirannya dulu gagal mentadbir dan membela nasib rakyat. Kehkehekeh...ini dia tempias besar tsunami untuk pencacai-pencacainya..kekek..habis la lu caii...baca dibawah. Scrinshot tu gua ambik kat blog lianglahad.


psst....BN pusat gagal membela nasib rakyat tu tak nak mengaku lagi ker???

Mission Acomplete

Baca Berita Penuh ..

Mamat yang kena tangkap di indonesia: Bekas Ahli PKR Bukan Ahli PKR

Baru-baru ini kita dikejutkan mengenai salah seorang ahli PKR ditangkap di indonesia, setelah disiasat mamat ni adalah bukan ahli PKR tetapi pernah menjadi ahli PKR sewaktu pru12 2008 dahulu, mamat ni pernah membantu kempen pilihanraya pru12 YB eli. Selepas itu mamat ni pernah jadi kuda-kuda UMNO menjadi pengkhianat iaitu membuka aib YB elizabeth wong dengan manyiarkan gambar YB tersebut yang sedang tidur separuh bogel. Mamat di pernah melarikan diri di london selepas melakukan kesalahan tersebut. Yang gua tahu mamat ni bekas kekasih YB eli. mungkin tindakannya dipaksa atau tindakan khianat atas sebab-sebab tidak berpuas hati.

Pihak polis malaysia pernah nak cekup mamat ni sebab mengaibkan orang.

Gambar yang disiarkan oleh blog papagomo kantoi.

Bekas teman lelaki (gambar) Elizabeth Wong dipercayai mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan itu sewaktu pru12.

Laman blog wakil rakyat tersebut yang bertarikh 10 Mac tahun lalu iaitu selepas kejayaannya pada Pilihan Raya Umum Ke-12 mungkin memberikan sedikit petunjuk.

Elizabeth menerusi blognya itu antara lain merakamkan penghargaan kepada teman lelakinya itu yang bernama Hilmi.

Teman lelaki tersebut sangat penyabar dan sentiasa memberikan sokongan padu kepada beliau.

Persoalannya kenapa mamat ni membuka aib YB Elizabeth wong?? 

Persoalannya, adakah Hilmi ialah lelaki misteri tersebut? Setakat ini masih belum ada pihak yang boleh mengesahkan.

Apa-apa pun para-para reform malaysia berhati-hati dengan mamat ni, dia adalah duri dalam daging kita. Mamat ni diperkudakan UMNO sebagai mana mereka perkudakan hassan ali. Mamat ni dah pedajalkan YB eli kali ini dia nak pedajal PKR pulak. 

Teman lelaki Elizabeth itu adalah ahli PKR dan pernah bekerja dengan saya sebagai pegawai khas selama sembilan bulan" Hee Loy Sian, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan.

Ingat semua. mamat tu bukan ahli PKR tetapi bekas ahli PKR. Kami PKR tidak mahu pengkhianat yang pernah membuka aib orang itu berada di dalam bersama kami.

Dah bukan ahli PKR lagi tetapi masih mengatakan dia ahli PKR, gua pun bleh cakap kucing ni ahli PKR tetai dia tak tahu apa tu PKR.

psst...Yang lu ni dok siarkan aib orang ni kepada? cara mamcam tu ka lu nak jatuhkan orang? itu hak dia. hak diri dia, bukan dia kuar gi shopping bukak baju separuh bogel pun. Islam melarang keras umatnya mengaib kan orang lain ok. sekian.

Mission Acomplete 

Baca Berita Penuh ..

Kenapa gerombolan UMNO dan Duta Palestin Sahaja??

Isu fitnah yang kononya dato seri anwar ibrahim menyokong keselamatan terhadap israel, yang terkejut beruk semuanya adalah pencacai-pencacai UMNO dan pendokong-pendokong yang tiba-tiba muncul dari dalam kotak, malah mengatakan duta palestin pun terkejut tingkahlaku anwar tersebut. Yang peliknya. kenapa palestin dan dutanya sahaja? kenapa tidak turki yang memang tegas menentang israel. Kenapa tidak negara-negara arab? kenapa hanya duta palestin? dan ahkbar journal wall street?

Mahmud abbas harus sedar selagi bersekongkol dengan Israel dan Amerika, Beliau terus diperbodohkan dan terus gagal untuk mendapat hak penubuhan sebuah negara palestin.

Persoalan ini harus dijawab, kenapa terkejut beruk sangat ni? adakah PM palestin mahmub abbas sendiri berjaya menyelesaikan masalah rakyatnya yang terus di tindas oleh zionis israel, adakah mahmub abbas mengiktiraf Hamas untuk melawan israel yahudi, mahmud abbas juga sanggup mengarah fatah melawan Hamas kerana sebab hamas ingin pertahan rakyat palestin dan palestin daripada terus dijajah oleh israel yahudi.

Rakyat malaysia harus sedar yang kerajaan UMNO sendiri bersekongkol dengan yahudi, dengan bantuan yahudilah UMNO boleh terus melawan musuh politiknya yang ingin membawa perubahan terhadap malaysia dan lebih-lebih lagi parti yang mempejuangkan ISLAM iaitu Parti Islam Semalaysia(PAS), UMNO adalah parti sekular yang berlandaskan anti islam dan sanggup bertegas dan menentang siapa sahaja yang inginkan undang-undang Islam ditegakkan dimalaysia seperti mana mahathir kutty melakukan zalim terhadap rakyat di memali.

Ah jig gor harus tahu, dia bersekongkol dengan APCO. sebuah syarikat gergasi yahudi. bayar sahaja, janji APCO boleh mambantu ah jib gor memperdajalkan anwar. sebab journal wall street itu adalah akhbar media dari yahudi. Maka ah jib gor boleh memperkudakan ahkbar itu dengan hanya menggunakan bantuan dari APCO untuk meracuni pemikiran rakyat supaya membenci anwar. Alangkah lebih baiknya APCO membantu ah jib gor demi untuk mempertahan sistem sekularnya dimalaysia.
Journal wall street tidak berani menunjuk laporan penuh dan dato seri anwar ibrahim harus berhati-hati untuk memberi komen-komen dimana-mana ahkbar demi mengelak dari fitnah.

Sitem sekular ini adalah sistem yang terang-terang menentang hukum hakam islam yang di asas oleh penjajah british dan memberi UMNO mewarisinya sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Feemason adalah sebuah pertubuhan gerakan bawah tanah untuk melawan Islam secara halus, pergerakan ini adalah gerakan dajal untuk menjatuhkan umat Islam di dunia ini. Isyarat yang ditunjuk oleh ah jib gor
itu adalah isyarat freemason. tanpa isyarat ini, sudah lama ah jib gor ini tewas di tangan anwar.


Lihat sama bukan, bush adalah presiden amerika syarikat bertanggungjawab membunuh ribuan orang Islam di iraq, afghanistan, dan bertanggungjawab mengarah bekas PM israel ehud olmert menyerang dan membunuh rakyat palestin dan islam asia barat setiap kali ketibaan bulan mulia bulan ramadhan. masih ingat???

Di negara yahudi iaitu israel, mereka mempergunakan ulama untuk mengalahkan umat islam secara halus.selama ini sudah menampakkan kesannya sejak berabad-abad lagi, yang termakan plan yahudi itu adalah orang-orang yang lemah imannya, yang jahat dicap sebagai hero ang baik dicap sebagai musuh. PAS parti yang perjuangkan islam di angap musuh dan pas harus menghapus parasitnya yang ingin menjahanam kan parti islam tersebut. Begitu juga UMNO terus menceduk dan mengikut apa yang dilakukan yahudi terhadap umat islam. Sebab itu Islam harus bangkit dan menentang segala kejahatan yang dilakukan anak buah freemason ini. Hassan ali adalah parasit PAS. 

Semoga islam bangkit dan membawa keamanan, keharmonian dan mengikut apa yang disuruh Allah S.W.T dan mengikut sunnah Nabi Miuhammad SAW. Alhamdulillah spring yang telah berlaku di negara-negara arab menampakkan islam kembali segar dan harus ditegakkan untuk menghapus kezaliman dan kejahilan manusia dimuka bumi ini. Ingat saudara dan saudari sekalian, Allah S.W.T Amanahkan kita untuk menjagakan bumi ingat dengan baik bukan untuk menyeksakkannya.

psst....Tanpa bantuan APCO yahudi sudah lama UMNO kecundang!!!

Baca Berita Penuh ..

Sunday 5 February 2012

NAJIB UMNO/BN PELINDUNG ISRAEIL, PEMBUNUH RAKYAT PALESTIN

''NGO, Pejuang Palestin tahu siapa sebenarnya kawan dan lawan mereka di Malaysia. Kerajaan sekular UMNOBN bermuka-muka untuk tarik sokongan rakyat bawahan tapi bersekongkol dengan Israeil membunuh rakyat Palestin. DS Anwar Ibrahim rakan rapat kerajaan Turki pejuang dan tokoh diplomatik pembebasan Palestin.'' 

Najib, Mahathir jalin hubungan dengan Israel sekian lama- AMK



Ini bukti kerajaan peliwat@umno mempunyai hubungan dengan ISRAEL, Mereka juga tidak mengiktiraf hamas untuk menyelamat rakyat palestin. mereka menyokong mahmud abbas PM palestin yang lemah dan bertanggungjawab rakyat palestin terus ditindas oleh yahudi israel.

KUALA LUMPUR 3 Feb: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) berpendapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pimpinan Umno lainnya bersikap talam dua muka berhubung dasar luar negara dengan menjalinkan hubungan dengan Israel sejak sekian lama.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin mengulas kenyataan semborono pemimpin Umno, termasuk bekas presidennya, Tun Dr Mahathir Mohammad yang menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya ketua pembangkang itu menyokong Israel.

Dokumen EU menunjukkan Malaysia di kedudukan ke 15 menjalin hubungan dagang dengan Israel

Menurut Shamsul, Malaysia menduduki tangga ke 15 sebagai rakan dagang utama dengan Israel pada 2010, melalui dokumen rasmi yang didedahkan oleh Kesatuan Eropah (EU), selain kapal Israel dibenarkan berlabuh di perairan Malaysia.

“Pendedahan dokumen yang menyatakan Malaysia menduduki tangga ke 15 sebagai ‘The Major Trade Partner 2010′ dengan rejim Israel membuktikan sikap sebenar hipokrasi Umno.

“Namun di dalam negara, mereka (pemimpin Umno) cuba menyatakan Malaysia tiada hubungan langsung dengan Israel, samada secara rasmi atau tidak rasmi,” katanya.

Selain itu, katanya, Najib melantik syarikat perunding komunikasi Israel, Apco Worldwide untuk menaikkan imej kerajaan dengan membayar sebanyak RM77 juta setahun kepada syarikat zionis itu.

Manakala Mahathir pula mengakui pernah membayar seorang pelobi Zionis, Jack Abramoff bagi menemui bekas Presiden Amerika Syarikat, George Bush.

“Najib mengupah Apco dan Dr Mahathir pula membayar pelobi zionis jutaan ringgit, ini semua mengukuhkan lagi sikap bermuka-muka Umno yang mempercayai kepakaran Israel berbanding keupayaan rakyat Malaysia sendiri.

“Sebab itu fitnah Umno bersama media kawalannya kononnya Anwar menyokong Israel jelas menggambarkan sikap hipokrit dan bertujuan cuba mengalih isu sebenar,” jelas beliau kepada keadilandaily.com

Sebelum ini, pentadbiran Najib membayar RM77 juta setahun kepada Apco Wordwide, untuk tujuan perundingan komunikasi selain mengilhamkan slogan 1 Malaysia yang meniru konsep One Israel.

Pendedahan itu pada Mac tahun lalu menyebabkan Anwar dan tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat hampir setengah tahun.

Selain Apco, pentadbiran Najib turut mengupah syarikat komunikasi, FBC media yang terlibat dalam kempen menyokong serangan tentera Israel terhadap konvoi misi bantuan Mavi Marmara ke Gaza, Mei 2010.

FBC yang dibayar kerajaan Malaysia RM94 juta turut memuji tindakan Israel menghentikan misi bantuan kemanusian kapal Mavi Marmara ke Gaza, yang menyaksikan beberapa orang terkorban.

psst....Tanpa israel...siapalah UMNO...

Baca Berita Penuh ..

Ketua UMNO Nyatakan SOKONGAN RAHSIA pada PAS

Menyentuh mengenai rumus Parlimen akan dibubarkan minggu hadapan, beliau berkata, PAS sudah bersedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa dari sekarang.

"Rumus terbaru kata Parlimen bubar minggu depan. Kita tak tahu sejauh mana kebenarannya tapi bagi PAS, kita sudah bersedia. Cepat atau lambat, kita memang kena hadapi pilihan raya.

"Saya yakin suasana pilihan raya makin terasa dan momentum yang ada memperlihatkan rakyat sudah tidak sabar-sabar nak hadapi pilihan raya," katanya lagi.

Momentum ini katanya, bukan sahaja berlaku dalam negara tapi juga di luar negara.


"Minggu lepas saya ke luar negara bertemu dengan anak-anak Malaysia di sana dan sambutan yang diberi sangat memberangsangkan.

"Ada ketua Kelab Umno di luar negara hadir program kita dan menyatakan sokongan kepada PAS dan memberikan derma untuk program kita. Ini satu perkembangan yang mengejutkan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud dalam ucapannya menyeru anak muda agar melibatkan diri dalam kerja-kerja parti selain pulang mengundi bagi mempertahankan kemenangan PAS di Kedah.

"Saya menyeru kepada golongan muda, jangan takut untuk terlibat dalam parti.

psst....Alhamdulillah hassan hali pengkhiana tak merayu masuk semula PAS, belah arr pak hassan!!!

Baca Berita Penuh ..

Saturday 4 February 2012

Mereka Dihina Kerana INSAF

Dihina, diusik dan dilabel dengan pelbagai gelaran seperti ‘ustazah jadi-jadian’ selain dipulau rakan, saudara-mara dan adik beradik antara cabaran kehidupan empat artis ini selepas mendekatkan diri ke jalan Allah.


Pada zaman kemuncak mereka, siapa tidak kenal Catriona Noorhayati Ross Bahrain Ross (Cat), Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge) dan Zafri Nanarudin (Zaf VE).

Mereka bukan asing dalam industri hiburan tanah air. Masing-masing pernah merasai dunia glamor dan menyemarakkan dunia lakonan dan muzik melalui genre R&B dan hip-hop hingga menjadi kegilaan ramai, terutama anak gadis.


Cat kini bergelar penceramah bebas, manakala tiga lagi artis lelaki itu menubuhkan kumpulan nasyid Al Mawlid bersama Abdullah Ahmad (Lah VE) dan Amer Munawer Yusoff (Amer Ruffedge). Sempena sambutan Maulidur Rasul hari ini, keempat-empat artis ini mengambil kesempatan berkongsi cabaran dan pengalaman dalam mengharungi fasa baru dalam hidup mereka.

Begitu Juga PAS, PAS nak perjuangkan Islam untuk malaysia dan ingin membawa malaysia supaya lebih aman mengikut dasar undang-undang ISLAM mereka (PAS) dihina, dituduh sesat oleh puak-puak tolol dan sekular.

Nabi muhammad S.A.W pun pernah kena hina dan dituduh sesat gara-gara mendidik umatnya untuk menjadi manusia yang mengguna, manusia yang ada nilai-nilau akhirat dan menjadi manusia yang tidak rugi didunia dan di akhirat.

Golongan-golongan jahil ni lebih suka kebebasan kejahatan, sebab itu jenayah, maksiat, cerai-berai, curang sana curang sini, peluk sana peluk sini, tunjuk tubuh pungkoq sana sini, bukak baju tunjuk superman sana sini, rempit sana sini, fitnah sana sini gara-gara takut kat seseorang itu terus meningkat, ulama membela yang dia tidak dihina ulama yang tidak membela dia dihina.

Tetapi mereka-mereka ini tidak dihina malah dipuji lagi oleh puak-puak bahalol.

Tambah-tambah yang ni, lagi dipuji, ghairah kaum lelaki sehingga terjerumus ke lembah kemaksiatan. sekian..

psst....Golongan-golongan jahil sesuai humban ke dalam hutan untuk mencari kehidupan sebenar untuk mereka.



Baca Berita Penuh ..

Hasan Ali Dipecat Sebagai Timbalan Pengerusi Mais?

Baru sekejap saya menerima panggilan yang bertanyakan apakah saya sudah tahu berita terkini mengenai Hassan Ali (Hassan Akidah). Saya memberitahu tidak tahu menahu sebab saya baru bercadang hendak mengulas mengenai Ngo bernama Jati yang beliau hendak umumkan 21 Februari nanti.Hari ini dan semalam saya sepanjang hari di Kota Bharu, jadi berita-berita sulit dan maklumat terbaru tidak diketahui.


"Apa dia?" tanya saya penuh suspen.

"Sultan telah pecat Hasan Ali sebagai timbalan pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais?" jelasnya. Ha... saya terkejut dan diam seketika.

"Apakah telah diumum?" soal saya meragui.

"Belum lagi, tetapi orang dalam Mais sudah memberi tahu... harap enta siasat sikit.." katanya menyebabkan saya jadi sedikit konfius.
Siasat?
Saya rasa kalau maklumat ini benar lewat malam ini juga berita mengenai pemecatan itu akan memenuhi Fb dan juga blog. Kita tunggu sahajalah... izinkan saya untuk mandi dan menjamah nasi. Soalnya baru tiba dari Kota Bharu. [wm.kl.10:05 pm 03/02/12]

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat