Labels

Showing posts with label pru12. Show all posts
Showing posts with label pru12. Show all posts

Saturday 29 October 2011

Makkah Pada Masa Depan...


Future Makkah! itulah gambaran beberapa buah projek mega suluruh Saudi yang menelan belanja melebihi SR100 Trillion. Antaranya adalah Projek Pembinaan Hotel Mewah Abraj al-Bait berhampiran Masjidil Haram, projek penempatan mewah serba esklusif di Jabal Khandama & Jabal Omar, projek Makkah Metro Line, iaitu sistem aliran keretapi laju yang pertama seumpamannya, projek Jama’an Al Kenani iaitu penempatan moden untuk jemaah di Mina seluas 2-20 juta meter persegi untuk menampung 10 juta jemaah menelan belanja SR40 trillion, Projek 'Makkah Expansion & Shades' iaitu pembesaran ruang Masjidil Haram dan membina payung gergasi di atasnya dan sebuah pembinaan sebuah menara 'gila', sebuah menara paling tinggi didunia dimana ketinggiannya menyamai 4 kali ganda KLCC.

Semasa 14 Abad yang silam, Nabi Muhammad S.A.W telah mengungkapkan kejadian yang akan datang dalam sebuah hadis:
"Salah satu di antara tanda-tanda akhir zaman adalah perjalanan ibadah haji dilakukan untuk 'bertemasya', perniagaan, riya’ (pamer) atau mengemis."
“Akan tiba suatu masa di mana orang-orang kaya akan pergi haji untuk bertemasya, orang yang berpunya untuk kepentingan perniagaan, orang bijak untuk pamer dan orang miskin untuk mengemis”.
(Diriwayatkan oleh Anas r.a.)

Kingdom Tower, Jeddah. lihatlah ketinggaan menara ini. menakutkan! ketinggiannya adalah 4 kali ganda KLCC.


Iklan Google Adsene Youtubeku ''Mission Impossible Ghost Protocol New Video Scene''

psst : - Saya sokong pembangunan Mekah.. 
krn hotel2 selama ini, amat daif,kecik dan tiada safety... 
tetapi, pembangunan utk kemewahan tidak adil...
majoriti umat Islam pergi ke Mekah bukan golongan ultra kaya...hanya beser2 sahaja...kalau bab2 membazir ni...haa..umno dan rosmah suka...hehehe..

''Sesungguhnya Allah besar dan maha tinggi. kita sebagai hambanya..jangan berlaga dok tinggi2...suatu hari nanti kelak..kita dok kat dalam tanah jugak...:D

Baca Berita Penuh ..

Tuesday 25 January 2011

Doraemon : - UMNO Nak Sekat Kebebasan Internet!!!



psst : Lepas saman ekor, naik harga, cukai astro, lepas ni nak sekat kebebasan internet pulak, buatlah umnobongok kalau nak undi rakyat semakin berkurangan. nampak sangat umnobongok ni penakut sebab ramai-ramai rakyat dibandar-bandar dan berpelajaran tinggi tak layan tv3 suku, rtm dan utusan meloya. mereka lebih suka mencari maklumat sebenar di internet. tu sebab rating utusan menurun amat berbeza dari dahulu.

Langkah terbaru Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memperluaskan penguatkuasaan merangkumi ruang maya Internet hari ini menerima bantahan keras daripada golongan pendukung kebebasan media.
Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) menyuarakan rasa bimbang dan kesal dengan tindakan KDN yang ingin meminda Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 (PPPA) untuk terus mengawal kebebasan media di negara ini.

Presidennya, Hata Wahari berkata ia satu "usaha ke kebelakang" yang akan menghalang aliran maklumat kepada masyarakat dan seterusnya memundurkan Malaysia.

Beliau mengulas tindakan KDN untuk meminda akta tersebut supaya meliputi media dalam talian dan juga pengenalan satu garispanduan baru berkaitan kesalahan hasutan di ruang maya Internet.

"Sehubungan itu NUJ Malaysia meminta KDN agar menghentikan segala usaha untuk meminda PPPA bagi tujuan mengawal kandungan Internet termasuk laman berita, blog dan Facebook.

"Sebaliknya NUJ Malaysia menuntut agar KDN melakukan pindaan bagi memberikan kebebasan kepada media cetak untuk beroperasi dengan lebih bebas," kata Hata lagi dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kerajaan juga perlu menghapuskan ketetapan kepada pengusaha media supaya memperbaharui permit akhbar setiap tahun dan memberikan kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menerbitkan akhbar berkenaan tanpa permit KDN.

'Bantahan akan lebih meluas'

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat