Labels

Showing posts with label perubahan kutub bumi. Show all posts
Showing posts with label perubahan kutub bumi. Show all posts

Wednesday 25 December 2013

Kutub Bumi Berganjak 1 Batu Sehari : Malaysia Bakal Jadi Alaska


Amerika selatan khususnya Brazil akan menjadi Kutub Utara manakala India akan menjadi Kutub Selatan. Malaysia dijangka berada sebaris dengan India. Tidak tenggelam tapi membeku. Khatulistiwa berada di Antartika. Mesir sedang mengalami musim salji pertama dalam sejarah selepas 112 tahun manakala Vietnam juga mengalami jatuhan salji yang tidak begitu berat berbanding Mesir. 

Kehadiran salji di beberapa tempat di Vietnam menarik ramai penduduk seluruh Vietnam ke kawasan terlibat untuk melihat fenomena bersejarah itu sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas selam berjam-jam seperti dilaporkan Al Jazeera.

Ibnu Mas’ud RA meriwayatkan bahawa, 

“Kami mendatangi Rasulullah SAW dan baginda keluar dengan membawa berita gembira, dan kegembiraan itu terbayang pada wajahnya. Kami bertanya kepada baginda perkara yang menggembirakan itu dan kami tidak sabar untuk mendengarnya. 

Tiba-tiba datanglah sekumpulan anak-anak muda Bani Hasyim yang di antaranya adalah al-Hasan dan al-Husain RA. Apabila terpandangkan mereka, tiba-tiba kedua-dua mata baginda berlinangan lalu kami pun bertanya, “Wahai Rasulullah, kami melihat sesuatu yang kami tidak sukai pada wajahmu.” 

Baginda menjawab, “Kami Ahlulbait, telah Allah pilih akhirat kami lebih dari dunia kami. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehingga datanglah Panji-­panji Hitam dari Timur. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kejayaan. 

Sesiapa di antara kamu atau keturunan kamu yang hidup pada masa itu, datangilah Imam dari ahli keluargaku walau terpaksa merangkak di atas salji. Sungguh, mereka adalah pembawa Panji-panji yang mendapat hidayah. Mereka akan menyerahkannya kepada seorang lelaki dari ahli keluargaku yang namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku. Dia akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan.” 


Peta dunia akan diterbalikkan 180 darjah dan kita akan dapati Singapura akan berada di atas Malaysia. Peta diterbalikkan bagi tujuan untuk memudahkan paksi rujukan kompas. 


PostPosted: Fri Dec 20, 2013 7:19 pm    Post subject: Reply with quote
Apa yang aku nampak paksi bumi dulu tegak, kajian sains jumpa dah senget paksi tu & tidak heranlah ianya semakin menyenget & akhirnya upside down... Sebab itulah perubahan cuaca berlaku saban tahun pada tempat yang berbeza. 

Dikatakan Ethiopia adalah negara yang akan meruntuhkan Kaabah. Apa ada pada Ethiopia? Negara gersang bukan? 1 hari nanti kerana perubahan paksi ini akan menjadikan Ethiopia negara subur & maju...negara² maju lain jadi papa kedana...


Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat