Labels

Showing posts with label el-baradei. Show all posts
Showing posts with label el-baradei. Show all posts

Thursday 3 February 2011

Petua : - Perangkap Nyamuk Mesra Alam

Oleh kerana negara kita banyak kes2 nyamuk seperti denggi yang menyebabkan kematian, disini saya kongsikan bagaimana untuk menghapuskan atau membasmi nyamuk nie dengan perangkap yang mudah disediakan serta mesra alam...Check it out...Harap info ini membantu anda sedikit sebanyak 
Perangkap Nyamuk 
Metode ini ditemukan oleh Kelas anak-anak cerdas di SD Yong-An di Taipei, Taiwan. (Hsu Jia-Chang sang penemu, yang dibantu oleh gurunya). 

Bahan bahan 
» Sebuah Botol plastik berukuran 2 liter 
» 50 gram gula pasir 
» 1 gram bubuk ragi 
» Termometer 
» Gelas ukur 
» Cutter 
» Kertas Hitam 

Langkah 1 
Potong Botol seperti terlihat pada gambar. Simpan bagian atasnya untuk langkah ke-4. 





Langkah 2
Campur 200 ml air panas dengan 50 gram gula. Lalu dinginkan air gula menjadi 40 derajat. 






Langkah 3
Tuangkan air gula ke dalam botol dan tambahkan bubuk ragi. Anda tidak perlu mencampurnya karena akan bereaksi berangsur-angsur dengan gula untuk memproduksi CO2. 






Langkah 4
Masukkan bagian atas botol ke bagian bawahnya seperti terlihat pada gambar. Usahakan sekencang mungkin (tidak longgar), agar gas CO2 yang diproduksi hanya keluar melalui lubang tengah saja. 



Baca Berita Penuh ..

Berita Fasiq : - Kaji dulu sebelum mempercayainya...

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) menggesa kepada pihak media di Malaysia supaya memastikan kebenaran berita yang diperolehi tentang keadaan pelajar Malaysia di sini.

KAHERAH, 2 Feb - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) menggesa kepada pihak media di Malaysia supaya memastikan kebenaran berita yang diperolehi tentang keadaan pelajar Malaysia di sini.

Hal ini berikutan beberapa media tempatan menyiarkan berita situasi pelajar Malaysia di Mesir yang jelas bersalahan dengan apa yang berlaku di sini.

Selain itu, sumber berita yang diterima perlu dikaji dengan teliti agar tidak menimbulkan pelbagai spekulasi pelbagai pihak.

Pihak PMRAM yang merupakan persatuan induk bagi pelajar Malaysia di Mesir, sentiasa menerima perkembangan pelajar-pelajar tanah air yang berada di serata Perlembahan Nil.

Semoga perkara ini diambil perhatian sewajarnya oleh pihak yang berkenaan.
Sumber: pmram.org - Media Perlu Saring Berita

setakat ni berita rogol, bunuh dll adalah palsu." 

psst : media umnobongok nak memperpolitikkan isu revolusi di mesir, nak tunjuk dengan takburnya yg kerajaan umnobongok bertungkus lumus membantu rakyat malaysia di mesir dalam keadaan susah. tetapi hakikatnya apa yang dikatakan media-media umno kononya pelajar kita di rogol dan sebagainya adalah palsu.

Baca Berita Penuh ..

Wednesday 2 February 2011

Revolusi Mesir : - Apa kesudahannya?

Wallahua’lam,

Itulah jawapan yang paling tepat. Namun, segalanya mungkin. Apa yang kita semua mahu adalah tiada lagi rusuhan, disamping bertukarnya pucuk pimpinan. Apa yang telah berlaku di Palestin dan Iraq, akhirnya rakyat sesama rakyat bertelagah. Di Mesir, bibit kearah itu, sudah tercetus, bila penyokong dan penentang Husni yang tak Mubarak itu dah bertempur. Nauzubillah. Isunya sekarang,

Masih ada manusia yang buta, entah kerana apa sehinggakan ‘ Husni yang sudah tidak Mubarak’  itu hendak dipertahankannya lagi. 

Dari satu sudut, itulah ujian buat sang manusia yang beriman. Adakalanya, orang mempersoalkan, mengapa sesama negara, sesama agama, sesama kaum hendak bertelagah? Sahabat-sahabat sekalian, apa nak hairan ! hatta orang Islam sekalipun, ianya adalah satu realiti kehidupan. Islam adalah agama yang benar. Tapi kedapatan sang manusia yang bernama Muslim telah mencorakkan Islam dengan acuannya sendiri.

Sebab itu, kedapatan manusia yang merasakan dia berada di dalam dilema. Bak kata pepatah

Nak diluah mati bapak, nak ditelan mati anak

Apa susah, sokong je yang hak, tolak saja yang batil. Melainkan, ada sang manusia yang masih teringatkan periuk nasinya, hartanya dan dunianya

Sahabat-sahabat sekalian, yang benar telah jelas, barangsiapa menegakkan kebenaran, Allah akan meredhainya, sekalipun dipandang hina disisi manusia.

Justeru, krisis bumi kinanah, adalah pertembungan antara hak dengan yang batil. Sudah pasti yang hak akan memperolehi haknya suatu hari nanti, kalau tidak hari ini. Jawapan kepada kesudahannya , Sesungguhnya, kemenangan hampir tiba. Walau apapun berlaku, kiranya terkorban biarlah shahid hendaknya, kalau menang biarlah benar disisinya.


psst : - EL-BARADEI jugak pro-yahudi dan pro-barat sama macam hosni mubarak al murtabak hehehe...jangan lantik dia jadi pemimpin. nanti negara mesir dalam diam-diam akan menjadi sebahagian wilayah negara israel. EL-BARADEI tu anak didikan APCO yahudi macam UMNO. ''kami ingin pertahankan Islam!!! yahudi barat jangan ganggu agama kami!!! jangan bogel anak-nak kami!!! jangan bukak aurat anak-anak, artis-artis kami macam seperti di malaysia!!!jangan berbikini anak-anak dan artis-artis kami seperti kat malaysia!!! jangan sesatkan kami!!! APCO jangan ganggu kami!!! jangan jadikan anak-anak Islam kami kaki judi, kaki arak, kaki maksiat dan kaki fitnah sebagaimana yang telah berlaku sikap-sikap pemimpin yang tamak kuasa!!! APCO yahudi barat berambus kau dari muka bumi islam kami termasuk dari malaysia!!! jangan ajar umno jadi kaki kencing, kaki tembrang, kaki fitnah, kaki penyamun!!!''jangan perbanyak cerai berai pasangan Islam kami yang ingin membina umat Allah!!!''

Baca Berita Penuh ..

Penipu Besar : - Gobala Kata PKR Anti India, Zul Kulim Kata PKR Anti Melayu

 

''GOBALA menjadi `katak hitam' melompat keluar dari PKR, manakala Zul Kulim `firaun besar' pula di`tendang' keluar dari PKR. Gobala kata PKR pinggirkan kaum India, manakala Zul Kulim pula kata PKR pingirkan kaum Melayu. Mana satu betul? Jawapannya, kedua-duanya tidak boleh pakai langsung. 

 PKR telah menjawab secara fakta angka dan peratusan keahlian PKR, berbanding dengan `dua ekor' MP yang tidak berani mengosongkan kerusinya itu. Ini fakta yang dikeluarkan oleh PKR, jauh sekali apa yang didakwa oleh Gobala tentang keahlian kaum India di dalam PKR. PKR hari ini memperbetulkan laporan sebuah portal berita yang menyebut 40 peratus ahli parti itu adalah kaum India serta kenyataan ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan bahawa 90 peratus pimpinan PKR adalah Melayu. Dalam kenyataan hari ini, pengarah komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, daripada 371,612 ahli PKR, 45 peratus adalah Melayu, Cina 11 peratus, India 23 peratus, Bumiputera Sabah, Sarawak dan lain-lain pula sebanyak 21 peratus. Manakala Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR bagi sesi 2010-2013 terdiri daripada Melayu 62 peratus, Cina 20 peratus, India 12 peratus dan Bumiputera Sabah, Sarawak serta lain-lain 4 peratus (Malaysiakini).

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat